Beberapa minggu lepas, saya berbual-bual sambil minum dengan seorang rakan saya yang masih duapuluhan umurnya. Beliau bertanyakan saya tentang ulama dan peranannya dalam masyarakat. Menurutnya, dia keliru kerana terlalu banyak pendapat dari ulama, banyak juga yang bertentangan sesama sendiri. Rakan saya ini merupakan usahawan muda pembiak benih ikan keli dan ayam kampung.
Jawapan saya tentulah tidak direct. Dimulai dengan definisi dan sebagainya. Untuk sesuai dengan format blog ini, mari kita imbas zaman 90an sebelum kegawatan ekonomi 1997. Tun Mahathir sedang dipuncak kuasanya. Malaysia dikenali dengan julukkan antara '7 Harimau Asia' pada ketika itu.
Ketika Tun membawa Malaysia ke mercu kejayaan, digeruni dan dihormati dipersada dunia, PAS seperti biasa parti yang bankrupt idea menjual idea hududnya ketika itu. Jelas Islam bagi PAS hanya dari sudut feqah sahaja, selain itu PAS tidak tahu apa-apa. Seperti biasa Tun yang suka membuat provokasi dalam sebuah Perhimpunan Agung UMNO(saya tidak ingat tahun sebenarnya), Tun membuat satu kenyataan yang knotroversi: "Saya merupakan ulama'.
Ulama-ulama dalam PAS menghentam Tun dengan hebat. Ada yang menyifatkan Tun hujub dan bangga diri. Ada yang menyifatkan Tun lari dari Islam kerana mempersendakan ulama. Ada kena mengena cerita ini dengan soalan kawan saya tadi.
Ulama atau alim dari segi bahasa orang yang pandai atau tahu. Dari segi istilah maknanya mungkin pakar dalam ilmu Islam seperti tauhid, feqah dan sebagainya. Seringkali jika masyrakat awam ragu-ragu tentang sesuatu yang lazimnya berkaitan dengan hukum seperti nikah, mandi junub, berhadas atau hal-hal akidah mereka akan rujuk kepada orang tahu. Orang yang mengkaji dan mendalami urusan ini umumnya dipanggil ulama.
Dan kawan saya bertanya, ulama yang mana perlu diikut kerana ramai sangat dan sering bercanggah pendapat. Jangankan dalam soal mazhab, sesama mazhab pun kadang-kadang mereka bercanggah. Saya terangkan, dalam banyak hal, ulama ini seperti 'consultative body.' Mereka pakar dan pakar ini mempunyai kaedah yang berbeza antara satu sama lain.
Saya ambil contoh, dalam perubatan, tidak semua doktor akan memberi presripsi yang sama. Lain doktor lain pendekatannya. Selalunya patient yang baik(atau intelligent) akan mendengar semua pendapat dan akan mengambil yang terbaik untuknya kerana setiap body mempunyai treatment yang berbeza. Ada yang rasi dengan ubat ini, tetapi tidak dengan ubat ini.
Begitu halnya dalam undang-undang. Lawyer menggunakan kaedah yang berlainan walaupun tujuan mereka untuk menang kes. Mungkin ada yang menasihati clientnya untuk mengaku dan offer deal. Ada yang rasa boleh menang akan fight case itu. Akhirnya terpulang kepada client untuk memilih lawyer mana yang sesuai dengan kaedahnya.
Tun mengatakan dia ulama kerana dalam pentadbiran dan kedoktoran dia merupakan pakar dalam bidang itu. Ulama hanya 'term' dan tiada apa yang istimewa atau pun suci darinya. Term yang menunjukkan mereka pakar dalam bidang mereka, umumnya akan merujuk kepada Islam. Tidak seperti Pope yang memang memiliki kuasa sekular juga, ulama hanya consultative body sahaja. Jika kebetulan mereka dalam bidang kehakiman syariah, mereka memiliki sedikit kuasa menghukum. Rata-rata mereka hanya keluar pendapat, seringkali dalam bentuk fatwa.
Jika fatwa mereka majoriti, ini akan menjadi ijmak. Secara tradisi, selepas Quran dan hadis, ijmak ulama merupakan sumber hukum Islam. Seperti pakar yang lain, kepada siapa yang ingin kita ikut terpulang kepada kesesuaian individu selagi 'ulama' berkenaan tidak menyalahi akidah.
Oleh kerana kawan saya lebih bijak dari saya tentang ikan, jika saya hendak membiak benih keli contohnya, saya akan rujuk kepada dia kerana dalam soal ikan, dia merupakan 'ulama'. Tapi bukan dia seorang sahaja 'ulama ikan', ramai juga yang lain dan mana yang sesuai dengan saya, saya akan tentukan kemudian.
Surah Al-Zumar Ayat 18: "Who hear advice and follow the best thereof. Such are those whom Allah guideth, and such are men of understanding"
3 comments:
ulama ikan...istilah yang menarik..anyway..jom jenguk2 blog si ikan keli....jom sahabat...
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
Terima kasih tuan. saya akan link kan blog tuan ini kpd rakan saya itu kerana dia mmg ghairah menternak ikan keli. TQ
Ulama ada yang baik ada yang jahat. Poltician pun ada yang baik ada yang jahat. Boss pun ada yang baik dan ada yang jahat. Begitu juga penternak Ikan ada yang baik dan ada juga yang jahat.
Kalau macam tu trainer aku kat sini ulama analyzer la hehehehe
Post a Comment