Followers

Saturday, April 24, 2010

Budaya Niaga

Semalam saya menulis tentang bagaimana cabaran, jika tidak ditangani dengan baik akan membawa malapetaka kepada sesuatu bangsa. Persekitaran, geografi, iklim dan budaya juga mempengaruhi peribadi sesuatu bangsa itu. Oleh kerana Melayu merupakan bangsa yang tidak menghadapi banyak rintangan dan cabaran sebelum kedatangan penjajah dan orang luar, maka sikap tolak ansur yang  dikalangan mereka memang tinggi. Melayu dulu juga naive kerana mereka tidak tahu diluar tembok dunia Melayu ini terdapat berbagai bangsa yang ganas dan aggresif.

Budaya selesa dan tidak mahu mengambil risiko atau keluar dari zone selamat ini terbawa-bawa hingga ke zaman moden. Jika ada peluang pekerjaan, terutama dalam kerajaan maka berebut-rebutlah bangsa Melayu yang memohon. Jika ada 800 kekosongan PTD, 8000 kebanyakkan graduate Melayu yang memohon.

Jika memasuki universiti, kebanyakkan pelajar Melayu akan mengelak mengambil kursus yang sukar. Mereka berminat kursus yang senang, asalkan graduate kerana kebanyakkan matlamat mereka bekerja dengan kerajaan. Tidak ramai yang cuba menceburi bidang yang 'merbahaya' dan ber'risiko'. Ini menjadikan mereka tidak competative bukan hanya di universiti, malah jika mereka diterima bekerja. Untuk selamat, ramai yang memilih kerja dengan kerajaan kerana selamat.

Saya ada seorang kawan yang muda masih duapuluhan. Beliau minat berniaga tetapi tidak dapat galakkan dan panduan dari ibubapa, teman-teman dan masyarakat kelilingnya. Bapanya enggan membantu beliau membuat pinjaman kerana menggalakkan dia bekerja dengan kerajaan kerana beliau memiliki ijazah.

Saya juga ada kenalan seorang pemuda kaum Cina yang mempunyai kelulusan dalam bidang IT. Beliau membantu bapanya berniaga kedai runcit. Walaupun dia boleh bekerja dengan mana-mana syarikat IT, beliau memilih untuk berniaga. Berniaga bukan tanpa risiko tetapi ibubapa kaum Cina menggalakkan anak mereka bekerja sendiri dan berniaga.

Antaranya adalah kerana mereka dinafikan, atau di'sukar'kan untuk memasuki sektor awam. Setidak-tidak itu yang mereka dakwa. Menjadi kaum yang dinafikan, mereka tiada pilihan kecuali terpaksa mencipta peluang pekerjaan sendiri dengan berniaga atau kerja sendiri. Kaum Cina yang berniaga kecil-kecilan tidak semuanya berjaya dan menjadi jutawan. Mereka berniaga kerana hanya itu profesion yang mereka tahu.

Melalui kesilapan yang mereka lalui, mereka akan matang sebagai businessman. Mereka belajar menjadi usahawan dari bawah. Skill ini sudah diasah secara turun temurun dan oleh kerana desakkan, mereka akan berjaya juga akhirnya.

Persekitaran yang tidak menggalakkan untuk berniaga mneyebabkan Melayu takut mencuba. Dan berniaga bukan bererti menunggu projek dari kerajaan. Berniaga atau 'trader' adalah mencipta apa sahaja peluang sendiri tanpa bergantung 'projek' dari kerajaan. Bila ini menjadi desakkan ia akan melatih minda orang Melayu untuk bersaing dan akan membangunkan skill berniaga ini.

Ia tidak mungkin akan dapat dicapai dalam jangkamasa terdekat, mungkin mengambil masa beberapa generasi untuk berjaya. Cuba dan mencuba tanpa penat lelah walaupun hingga bankrupt. Mari saya petik dari blog Dr Bakri Musa:

"In Silicon Valley, California, a bankrupt businessman proudly displays his failures as a war hero would his battle scars, and then bravely moves on. In Malaysia, a failed entrepreneur is shunned, humiliated, and stigmatized. He would also be forever tagged as a failure, left to ruminate, and be caricatured as yet another example of the inadequacies of his race. His friends and relatives would chime in, “I told you so,” or “Should have stuck with his secure government job and enjoyed his pension,” or some such sentiments."
 
Tidak perlu saya ulas lagi kesimpulan beliau. Saya pernah menulis dalam posting 'Kesilapan', kita dididik dalam sistem pendidikan yang menghukum. Orang yang buat silap dalam peperiksaan dianggap bodoh dan yang betul dianggap cerdik.

Bila kita disekolahkan oleh kehidupan, kesilapan yang sebenarnya mengajar kita untuk bertindak betul dan apa yang kita anggap betul membuat kita lalai. Ambil saja kisah Thomas Edison sebagai model, percubaannya yang ke berapa kali baru menjadikan mentol lampunya kerjaya yang berhasil. Saya tidak mahu lagi mengulangi kegagalan Suchiro Honda sebelum dia berjaya. Cuma kata-katanya sahaja yang abadi: "Orang hanya nampak 1% kejayaanku, tidak nampak 99% kegagalan ku."

Budaya niaga ini perlu diwujudkan dikalangan orang Melayu. Tidak kira samada akan berjaya atau gagal, Melayu terpaksa memulakan. "Perjalan beribu batu tetap bermula dengan langkah yang pertama." Dan kita memerlukan segenap lapisan masyarakat untuk mengubah budaya ini; guru, ibubapa,rakan, kerajaan bagi menggalakkan Melayu berniaga.

Ingat berniaga bukan bererti semestinya mendapat laba saja. Namun kita tetap kena jadikannya sebagai budaya. Jatuh bangun biasa tetapi Melayu perlu digalakkan berniaga.

3 comments:

Anonymous said...

Bagus laa entri kali ni! Aku suka suka suka! kalau boleh tambah lagi :)

luahfikiran said...

Salam.
Setuju orang Melayu perlu berubah jika mahu berjaya seiring atau lebih baik daripada bangsa lain. Malahan agama Islam kita mahukan umatnya menjadi umat yang hebat dan terbilang di dunia dan akhirat. Budaya selesa, mahu senang cepat dan lebih suka memilih yang mudah perlu diubah.

sri tribuana said...

Nak tambah lagi saudara Anon? Dari aspek mana? Terima kasih saudara luahfikiran. Segenap tenaga perlu digembeleng utk mewujudkna budaya ini.