Followers

Thursday, April 15, 2010

Duri Dalam Daging

Kita akui, prestasi buruk BN dalam Pilihanraya Umum 2008 kerana banyak faktor seperti protes orang Melayu terhadap kepimpinan Pak Lah. Walaupun BN tidak dapat majoriti 2/3, tetapi UMNO berjaya memenangi 78 kerusi dari 115 kerusi yang diagihkan kepada UMNO mengikut musyawarah BN.


Parti komponen BN di Semenanjung seperti MCA, Gerakan dan MIC yang tidak cemerlang lalu menafikan 2/3 BN. Lanskap politik Malaysia sudah berubah. UMNO masih boleh dikatakan diterima lagi oleh sebahagian majoriti Melayu, tetapi MIC sudah tidak boleh di terima oleh kaum India, MCA dan Gerakan tidak boleh diterima oleh kaum Cina.

MIC merupakan parti terkecil dalam yang mewakili etnik terkecil iaitu kaum India. Selama ini dalah sejarah pilihanraya, parti ini menang dikawasan yang majoritinya Melayu. Melayu yang masih taat kepada UMNO dan memilih golongan minoriti atas semangat BN.

Lanskap politik Melayu juga sudah berubah. Taat kepada UMNO dan BN sudah tidak automatik lagi. Banyak faktor lain seperti anak tempatan, kelayakan calon, aspirasi akar umbi pengundi perlu diambil kira. Ini memberi dilema kepada UMNO, dimana hendak diletakkan calon MIC kerana mereka minoriti dimana-mana sahaja?

Dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor yang bakal diadakan pada 25 April ini, PKR sudah meletakkan calon iaitu bekas 'orang kuat' UMNO juga. Datuk Zaid Ibrahim telah diumumkan sebagai calon PKR. Terdengar juga suara sumbang disana sini mengatakan PKR Selangor tidak boleh menerima Zaid Ibrahim kerana banyak faktor seperti orang luar, persaingannya dengan orang kuat Selangor, Azmin Ali dan beliau masih baru dalam PKR.

Hulu Selangor merupakan kubu kuat BN sebelum tewas kepada PKR dalam pilihanraya 2008. Sememangnya Hulu Selangor merupakan kuota MIC ketika zaman MIC 'berkuota'. UMNO bahagian Hulu Selangor minta calon dari UMNO kerana majoriti pengundi Melayu. Hanya 19% sahaja pengundi India dikawasan berkenaan.

Pilihanraya kecil ini berbeza dengan pilihanraya kecil lain. Ini kerana pilihanraya yang dibuat selepas setahun Dato' Sri Najib menjadi PM. Pilihanraya ini satu ujian kepada kepimpinan beliau yang dikatakan melepasi 68% penerimaan oleh rakyat.Dan juga ujian samada konsep 1Malaysia ini diterima terutama oleh majoriti Melayu dan UMNO.

 PM juga sangat memerlukan kemenangan ini kerana beliau mempunyai harapan untuk kembali menguasai 2/3 Parlimen sebelum pilihanraya umum ke 13 nanti. Ini kerana seramai 8 orang dari pembangkang sedang dibekukan di 'grey zone' yang bila-bila boleh di 'BN'kan. Jika BN menang di Hulu Selangor, PM hanya perlu dalam 2 atau 3 MP lagi di 'BN'kan untuk kembali menjadi 2/3.

Atas semangat BN, maka calon dari MIC akan diletakkan dalam pilihanraya kecil ini, walaupun banyak tekanan dari UMNO dan Melayu untuk meletakkan calon Melayu. UMNO juga tidak mahu dilihat sebagai 'pembuli' parti komponennya dan keputusan ini saya fikirkan amat wajar. Dan keputusan ini juga bukan tanpa risiko.

Ada desas desus mengatakan, walaupun PM sudah bersetuju meletakkan calon MIC, tapi masih  ada pertelingkahan antara calon Presiden MIC dan calon yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan. Datuk Seri Sammy Velu masih mahukan Dato' Palanivel yang selama ini wakil di Hulu Selangor dan tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dalam pilihanraya umum 2008.

Pucuk pimpinan parti mungkin tidak mahukan Palanivel lagi dan mahu calon lebih muda, current dan tempatan. Dijangkakan petang ini diumumkan calon BN tetapi hingga kini masalah calon dari MIC tidak dapat diselesaikan.

Jika MIC tewas di Hulu Selangor, UMNO perlu mempunyai 'new political worldview'. UMNO tidak boleh lagi membawa biawak hidup, atau extra baggage dari komponen yang lemah seperti MIC. Bukan sahaja lemah tetapi angkuh dan tidak tahu menilai diri mereka. Super ego Presiden MIC ini datangnya kerana terlalu lama berkuasa dan beliau rasa beliau boleh dapat apa yang beliau inginkan.

MIC perlu sedar, mereka boleh mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat kerana undi orang Melayu dari UMNO. Dimana-mana juga dalam Malaysia ini, kaum India tidak majoriti jika tidak dibantu oleh sekutu yang faithful seperti UMNO. Statistik menunjukkan, fahaman lama ini sudah berubah. Melayu/UMNO boleh tidak mengundi sekutu mereka. Apalagi jika keangkuhan Presiden MIC  tidak mengenal batas. Beliau sendiri tewas di Sungai Siput.

Memang wujud tekanan dari MIC dalam pemilihan calon ini. Ini memberi senjata tambahan kepada PKR walaupun calon mereka 'doubtful'. Dan saya hairan, sampai bila BN tidak belajar dari kesilapan lepas. Jika berterusan MIC begini - kolot, angkuh, tidak currrent dan tidak mahu berubah dengan idea lama ternyata MIC menjadi 'duri dalam daging' kepada BN.

Update: Sah Kamalanathan merupakan calon BN di Hulu Selangor. Beliau Ketua Penerangan MIC. Orang baru. Fresh dan tiada 'dosa' lagi, menurut Rocky's Bru.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Shahrir,

Apa kah saudara berpandangan BEnd akan tertewas?. Kalau tak silap SAK juga kata secara implisit atas kertas PR tak tewas.

2. Zaman globalissasi dan abad ke-21 ini, faktor Anak Tempatan tak terpakai lagi, lebih- legi konsep 1Malaysia.

3. Yang terpakai dan relevan ialah faktor kaum kelompok, agama,pengundi majoriti kaum mana, Semua ahli parti di tempat itu adalah pengundi berdaftar, cara makan dan cara beramal- amalan, strategi mencuit hati pengundi inilah penentu nya. Tidak begitu Sdra Shahril ?.

TQ dari Bentayan.

sri tribuana said...

Salam saudara Bentayan,

Saya tidak meramalkan sesiapa menang cuma saya nyatakan MIC memerlukan kekuatan UMNO utk menang di Hulu Selangor. UMNO setuju mengekal kuota MIC tapi MIC berkeras(sebenarnya Presidennya) nak meletakkan calon dia. Presiden MIC tidak faham musyawarah dan ingin menjadi diktator minta semua org dgr ckp dia. Katanya jika BN meletak calon bukan Palinavel, MIC akan boikot pilihanraya ini. Tapi berita tidak rasmi mengatakan calonnya ada lah Kamalanathan. MIC kena sokong siapa saja pucuk pimpinan inginkan.
Kalau PKR menang pun kerana BN berpecah dan lemah. Semuanya terpulang kpd BN utk bermuafakat. Kata Sun Tzu, "Skill warrior put himself into position beyond defeat, to defeat the enemy is provided by the enemy himself."

Anonymous said...

Sdra Sharir,

Tak ikut kata, sama makna nya menempa kekalahan, tak begitu Shahrir?. Secara implisit (tersirat ) dan eksplisit ( tersurat ) hasil buah fikir saudara menunjukkan ada kembimbangan dan was-was ada nya kesusahan untuk mencapai kejayaan.

2. Shahrir, Pahlawan tersohor Pahang Mat Kilau dalam perjuangan nya , menggunakan strategi " PUKUL DAN LARI". Kalau ini makna nya ada kerisauan tidak menempa kekemilauan. Adakah ia nya mengiyakan semangat Jenderal McArthur" I will comeback". Atau pendekatan Hitler menggunakan kepakaran Joseph Goebbel melalui propaganda "misinformation and Disinformation" untuk menegangkan persepsi khalayak?. Itu kah dia nya, sdra Shahril.

TQ dari Bentayan.