Followers

Monday, April 5, 2010

U.N.O

Pada mulanya, UMNO dinamakan UMO iaitu United Malays Orginisation atau Pertubuhan Melayu Bersatu. Pendita Zaaba minta ditambah 'national' atau kebangsaan. Jadilah United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Kebangsaan bermakna UMNO menghapuskan semangat kenegerian, lebur dalam satu wadah perjuangan yang jitu. Tidak ada Melayu Pahang, Melayu Johor, Melayu Kedah atau lain-lain. Hanya Melayu yang membawa idea dan gagasan yang sama tidak kira latarbelakang politik dan apa-apa pertubuhan Melayu sebelum itu.

Sekarang sudah terbalik. UMNO nampaknya seperti ingin menjadi parti kebangsaan sahaja dengan mengorbankan Malay dan menjadi UNO - United National Orginisation. Dalam bahasa Melayu Pertubuhan Kebangsaan Bersatu. Ke mana perginya 'malay' atau Melayu? Mungkin ke MBM dan Perkasa.

UNO dalam bahasa Itali bermakna satu, atau 1. Sesuai juga dengan slogan 1Malaysia(atau 1Israel seperti dakwaan Anwar). Mungkin juga bukan kebetulan agenda Melayu segan-segan kelihatan dalam Model Ekonomi Baru.

Melayu rata-rata kembali keliru. Sebagai bangsa yang tidak mempunyai tanahair(bukan negara) induk seperti kaum Cina dan India, Melayu cuma mempunyai Semenanjung Tanah Melayu, atau Tanah Melayu atau Malaya sebelum bergelar Malaysia.

Bayangkan jika kita masih bergelar Tanah Melayu, bolehkah kita digelar 1Tanah Melayu?

Ini bermakna, apabila Tan Sri Muhyidin Yasin menyatakan dia 'Malay first' dan baru Malaysia, bermakna ketuananan Melayu sebagai penduduk asal sini ditegaskan oleh beliau dengan hanya satu perkataan. Malaysia boleh berubah- dari Tanah Melayu, kemudia Malaya kemudian Malaysia atau selepas ini ntah apa-apa sahaja, tapi roh perjuangan orang Melayu yang berakar-umbi di sini tidak akan berubah. Namakan apa sahaja bumi bertuah ini, Melayu tetap terasnya.

Mahu tidak mahu, kaum lain perlu faham, jika kaum India, Pakistan, atau Cina lahir di England, mereka mungkin warganegara British tetapi mereka tetap bukan bangsa British atau Inggeris.

Jika UMNO terlalu ghairah bertukar menjad UNO, maka lambat laun akan wujud parti yang akan mengambil alih perjuangan UMNO sendiri. Dan perjuangan bangsa Melayu ditanahair(lagi sekali bukan negara) nenek moyang mereka tidak perlu dalam keadaan malu-malu atau hidup segan mati tidak mahu.

Perkasa mungkin hint permulaan keresahan majoriti Melayu yang sudah makin keliru mengapa kita perlu malu-malu mempertahankan bangsa kita sendiri.

No comments: