Posting saya sebelum ini diperdebatkan. Saya suka pembaca memberi idea walaupun berlainan pendapat dengan saya. Perdebatan dalam semangat zaman Enlightment, pemikiran rasioanal dan bukan dogma mewarnai perbincangan intelek. 'Saya mungkin tidak setuju dengan anda, tetapi saya akan mempertahankan hak anda memberi pendapat'. Kata Voltaire.
Sesekali saya cuba memahami generasi muda Melayu dan kaum-kaum lain. Asalnya saya terbaca nota dalam facebook 'rakan' dalam laman sosial itu. Mereka baru berusia 22 tahun dan juga pelajar oversea. Penulis seorang Melayu ada menyatakan tentang isu Malay Right ini agak 'tricky' kerana ini akan menganggu keseimbangan sosial. Dalam maklum balas rakan-rakannya, tidak mengejutkan dari kaum Cina, mempersoalkan tentang isu ini.
Saya cuba memahami kedua-dua kaum ini. Melayu kini dan kaum lain kini. Kesimpulan yang saya dapat, walaupun berpandukan hanya seorang berdua sahaja, bahkan Melayu sendiri tidak merasa penting mempertahankan hak Melayu ini. Secara jujur saya kecewa kerana baru hanya 50 tahun, orang Melayu sudah larut diasimilasikan dalam budaya 'liberal'.
Mengapa kaum Cina dan India masih ingin mewujudkan sekolah Tamil dan Cina? Mengapa mereka tidak sanggup menjadi 1Malaysia tetapi bising dengan agenda Melayu. Mengapa kaum Cina dan India mahu mengadakan sekolah berdasarkan sylibus nenek moyang mereka dari negara asal sedangkan mereka sudah berapa generasi di Malaysia. Tidakkah sejarah Three Kingdoms, Middle Kingdom, Ming Dynasty, Manchu, Zaman Warlord, Zaman Kuomintang lebih lama dari isu '50 Tahun' ini?
Adakah Melayu sahaja yang perlu berubah dan mengalah? Dong Zhou dan Sinqui tetap memperjuangkan bahasa mandarin dan adat nenek moyang mereka. Dan tiada siapa mengatakan mereka rasis. Mengapa Melayu yang kena carry onus rasis ini? Imej rasis kononnya walaupun sudah banyak mengalah.
50 tahun sahaja bahkan generasi kita sendiri sudah merasakan kita tidak berlaku adil kepada kaum lain. Adakah kaum lain fikir tentang ibu tunggal di Hulu Tembeling, anak yatim di Yan, janda beranak 7 di Limau Kasturi, kampung-kampung yang kebanyakkannya dihuni oleh Melayu yang kebanyakkannya dari statistiknya 80% apa yang PM labelkan sebagai lulusan SPM sahaja.
Dalam Discovery Channel berjudul 'The History of Singapore', peranan raja Melayu yang menemui Negara Singa(Singa Pura) dihapuskan sama sekali. Peranan Melayu direlegatekan kepada hanya footnote dalam sejarah. Sejarah nenek moyang mereka. (Raja itu bernama Sang Sapurba Taram Sri Tri Buana).
Bermulanya Singapura adalah bermula dari Sir Stamford Riffles dan Lee Kuan Yew. Sejarah beginikah kita ingin tunjukkan kepada cucu cicit Melayu nanti, jika Malaysia kononnya foundernya mungkin Hang Too Ah dan bukan Tunku Abdul Rahman.
Sila baca apa yang Tun Mahathir tulis dalam blog terbarunya, kebetulan hampir sama dengan isu saya ini. Rujuk ke http://chedet.co.cc/chedetblog/
2 comments:
Salam Sri TriBuana,
Saya membaca posting CheDet itu, maksud sama posting saudara. Memang lah itu yang bermain difikiran kita-kita semua. Persoalan nya kenapa terjadi di Negara Kita dan merisaukan kita?. Adakah kesilapan Pemimpin Dahulu dan masakini?.
Kenapa asimilasi dan adaptasi menyeluruh tidak berlaku di negara kita, Malaysia, tetapi berjaya di Thailand, Filipina dan Indonesia?.
Adakah kerana BAHASA atau AGAMA?. Pada pandangan saya, adalah BAHASA adalah senjata yang AMPUH dan BERKESAN menyebabkan berlaku ASIMILASI dan ADAPTASI, Bukan nya AGAMA. Dasar satu BAHASA di sekolah adalah faktor nya. Para imigran awal ( yang datang awal) menerima. CheDet juga berkata kesefakatan telah diterima oleh pemimpin awal dari 3 kaum, cuma pelaksanaan menggunakan pendekatan 3 arah. Jadi siapa yang Silap?. Undang- Undang Bahasa Kebangsaan Jelas ada jelas peruntukan. Tapi atas tolenransi dan inklusif kita yang beradaptasi. Sekarang perlu masa, itu sebab nya DSRNTR beriya- iya menjayakn konsep 1MALAYSIA atas perpaduan, kita perlu sokong ini. TMY pula mengembalikan pengajaran MAT dan Sc kedalam bahasa Melayu,untuk memertabatkan BM.
Kita tentu terkejut, kagum dan invy, jika suku bangsa sewaktu suku bangsa di negara kita, baik kulitnya kuning dan gekap kelabu, bertutur dengan keluarga dalam kapalterbang, di airport diluar negara, di shopping mall bercakap tidak pelat sebiji loghat pertuturan pribumi negara nya, kenapa tidak di negara kita?. Bahkan dinegara kita mereka masih tak fasih dan pelat-pelat, termasuk para pemimpin dan ketua masyarakat. Soal nya mana silap nya?.
Sri TriBuana apa tindakan Affimative yang saudara cadangkan?.
Saya cadangakan, tindakan pertama semua wakil rakyat BN amat fasih BM
dan disaring melalui ujian kefasihan bahasa. Ini penting mereka akanjdi legislatif yang menggubal undang-undang. Apa pandangan Sri TriBuana?.
Sekia, TQ dari Bentayan.
Mengapa mereka tidak sanggup menjadi 1Malaysia tetapi bising dengan agenda Melayu
adakah kaum cina dan kaum india pernah kasih tahu mereka tak sanngup menjadi 1Malaysia?
Post a Comment