Followers

Saturday, May 1, 2010

Perihal Dua Kaum

Seperti yang pernah saya tulis, peribadi sesuatu bangsa itu banyak dibentuk oleh persekitaran, iklim, geografi dan juga budaya. Makin kasar dan ganas persekitaran, makin gagah dan kuat sesuatu kaum. Jika tidak mereka akan pupus kerana tidak kuat menghadapi cabaran. Dan percayalah, tidak akan  ada 'divine intervention' dari Allah seperti yang Allah nyatakan dalam surah Al Rad ayat 10; "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri." Dan jangan kita fikir kita kerana kita muslim kita akan berjaya akhirnya tanpa berusaha.

Mari kita renung nasib dua kaum yang berasal dari keturunan yang sama, akhirnya membentuk peribadi yang berbeza kerana keadaan persekitaran, iklim dan geografi. Ini penting kerana ini hanya satu contoh dalam rantaian makanan semulajadi, yang kuat akan telan yang lemah. Oleh itu, Melayu tidak ada pilihan kecuali menjadi kuat. Serahkan soal 'perpaduan' kaum kepada pemerintah, tetapi menjadi 'kuat' adalah agenda setiap Melayu tidak kira UMNO, PAS atau Melayu dalam PKR dan DAP. Dan menjadi kuat bukan bererti menindas, hanya memastikan kita tidak di telan zaman.

Orang Polynesia menghuni lautan pasifik sudah berabad-abad. Mereka bertebaran dipulau-pulau kecil seperti Guam, Chantam, Hawaii, Fiji dan New Zealand. Ini merupakan 'tales of two tribes', jadi cerita ini hanya berkenaan dengan suku Maori yang menghuni New Zealand dan Maorori, juga keturunan Polynesia yang menghuni Pulau Cantham, kira-kita 500 batu dari New Zealand.

Orang Maori menetap di New Zealand, dimana iklimnya panas dan sesuai untuk bercucuk tanam. Ini mereka menjadi bangsa petani. Akhirnya tanah menjadi sangat penting kerana ramai orang ingin menetap disana. Ini menyebabkan berlaku perang antara kaum untuk merebutkan tanah. Perang ini membentuk masyarakat mereka menjadi siaga, warlike. Mereka juga pandai berorganisasi.

Sementara di Pulau Chantam, Maorori yang juga dari cabang Polynesia membetuk karakter yang berbeza dari 'cousin'nya. Walaupun mereka asalnya petani tetapi iklim di Pulau Cantham tidak membenarkan mereka mengamalkan skill berkenaan. Mereka menjadi 'hunter-gatherer', sangat bergantung kepada laut dan burung untuk dijadikan rezeki. Tanah yang tidak subur menyebabkan bercucuktanam bukan aktiviti ekonomi yang utama.

Mereka mempunyai populasi yang sedikit kerana mereka 'merancang keluarga'. Ini kerana tanah mereka tidak dapat menampung populasi yang ramai. Tidak seperti Maori, mereka tidak mempunyai sistem kepuakan(tribal), tidak memajukan organisasi seperti ketenteraan dan politik. Mereka tidak akan berperang dan lebih suka menyelesaikan konflik dengan permuafakatan.

Pada tahun 1835, kaum yang lebih ganas, lebih well-organised, mempunyai sistem politik dan tentera yang kuat iaitu Maori telah menemui adanya sebuah pulau yang didiami oleh kaum yang baik, toleran dan sukakan perdamaian. Dengan dua buah kapal perang yang penuh dengan pahlawan Maori, mereka menyerang dan membunuh kaum Maorori yang tidak bersedia, baik, suka berdamai, bertolak ansur, menyelesaikan konflik dengan permuafatan. Bahkan, Maorori tidak mempunyai pahlawan pun!

Benar kata Leon Trotsky: "You may not be interested in war, but war is interested in you."

Kemudian, Maori sendiri hampir menjadi pupus ditelan oleh bangsa yang lebih superior darinya iaitu orang kulit putih yang menakluki New Zealand kemudiannya. Sebelum adanya globalisasi, budaya telan menelan ini sudah wujud dalam rantaian makanan. Ini era Imperialist.

Globalisasi merupakan post-imperialist cuma penaklukan tidak berbentuk fizikal lagi, lebih kepada menjarah ekonomi sahaja.

Bersediakah kita dalam era neo-imperialist ini?


No comments: