Ada beberapa petanda baik ekonomi. Menurut Outsyed The Box, ekonomi Malaysia mencapai pertumbuhan sebanyak 10% melepasi target 8% oleh kerajaan. Selepas kemelesetan ekonomi baru-baru ini, Malaysia telah pulih dengan cepat. Kita perlu angkat topi kepada PM Najib. Sila baca disini
Dalam entri terbaru Datuk Rocky's Bru, seramai 900 orang 'movers and shakers' menghadari bengkel National Key Economic Area(NKEA) di Kelana Jaya bagi membincang dan mencadangkan 'key area' yang kerajaan perlu tumpukan bagi mencapai objektif Model Ekonomi Baru dan menjana ekonomi hingga Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2020. Baca sini
Menarik juga kerana saya ada terbaca dalam Star baru-baru ini Tun Mahathir membuat statement, berdasarkan keadaan yang ada dan perkembangan ekonomi dunia yang sangat berlainan dan perubahan yang tidak dijangka, beliau skeptic Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2020. Menurut beliau Malaysia belum betul-betul pulih dari kesan serangan matawang atau 'electronic herd' pada tahun 1997. Pembuat gagasan sendiri sudah meragui gagasannya. Maaf saya tidak ingat tarikh STAR berkenaan.
Walau bagaimanpun, petanda yang baik apabila PM Najib berjaya memulihkan ekonomi negara seperti yang dibincangkan oleh Outsyed The Box. Cuma saya ingin menyuarakan di sini, minta kerajaan bantu ekonomi kontraktor Kelas F. Rata-rata mereka sedang 'lumpuh' sekarang ini. Ramai kawan-kawan saya terpaksa buat kerja lain dan ada yang rumah dan kereta sudah tidak mampu dibayar lagi. Apalagi yang tidak ada pendapatan lain kecuali melalui kerja-kerja Pembangunan Luar Bandar.
Saya tidak ada lesen kelas F dan saya bukan termasuk dalam golongan ini tetapi mereka adalah wajah-wajah yang sangatt berharap kepada bantuan kerja-kerja projek kerajaan. Semua pemegang lesen kelas F ini merupakan bumiputera dan mereka merupakan sebahagian pengundi Melayu. Jika UMNO gagal menjaga mereka lambat laun mereka tidak akan mengundi BN.
Saya faham dasar PM sekarang tidak mahu lagi menaungi dan mengamalkan konsep 'rental' dibawah MEB tetapi mengubah sesuatu kebiasaan dengan mengejut akan mengakibatkan kerugian kedua pihak; kerajaan dan kontraktor. Dalam 48 Laws of Power mengatakan "preach reform frequently, make change slowly'. Jika tanpa amaran tiba-tiba nasib kontraktor ini menjadi 'mereka yang dilumpuhkan' akan memakan diri kerajaan BN juga.
DEB yang gagal mencapai matlamat 30% pegangan ekuiti bumiputera yang dilaksanakan selama 30 tahun ini tidak diboleh diganti secara drastik. Masih ada dasar-dasarnya yang perlu diteruskan, paling tidak untuk sementara waktu. Perniaga Melayu, dengan malu saya akui, masih memerlukan tongkat.
Orang Melayu masih belum hilang terkejutnya apabila Kementerian Koperasi dan Usahawan yang menjaga kepentingan Melayu selama ini sudah dihapuskan. Bagi mereka masa untuk mencernakan realiti baru ini. Jangan abaikan kontraktor kelas F ini kerana saya ada terbaca di Perak, Dewan Perniagaan Melayu Perak membuat statement sudah ramai kontraktor kelas F yang sudah bungkus kerana tidak ada projek lagi.
Kita perlu ajar perniaga Melayu bersaing tetapi padang masih tidak sama. Bagi mereka masa
No comments:
Post a Comment