Followers

Sunday, May 16, 2010

DAP Menang Di Sibu, 1Malaysia Tewas

Keputusan tidak rasmi yang telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia DAP telah menang di Sibu yang sebelum ini dimenangi oleh BN. Klik sini

Kekalahan BN ini membuktikan kaum Cina benar-benar telah menolak BN. Di Sibu bukan isu perkauman tetapi DAP menggunakan isu agama Kristian. PAS pula bersembahyang hajat dan berdoa agar DAP menang. DAP yang menuduh Islam jika naik akan menindas kaum Cina Kristian di Sarawak. Syabas! Politik is politik.

1Malaysia telah tewas. Kaum Cina tetap tidak menerima BN

5 comments:

Anonymous said...

Nak buat macamana kaum pendatang lebih cerdik strateginya daripada pemimpin kita......kalau ada PRK lagi,kali ini taburlah 'ampow' kepada kaum itu juta-juta.Tak sedar ke wahai pemimpin yang falsafah puak ni sama seperti amanat pemimpin PAS kpd ahlinya.....ORANG BAGI KITA AMBIK,TAPI BILA UNDI,PANGKAHLAH PARTI PEMBANGKANG...?? ADA FAHAMMMM??

Yg kecewa dgn strategi lapuk

sri tribuana said...

Saya sependapat dengan Anon 11:23

Anonymous said...

STB,

Kita tidak boleh emo dalam perkara ini. Teliti baik-baik angka untuk DAP/PR dan SUPP/BN, hampir 50-50 sokongan diberi. Jadi jangan buat kesimpulan sedemikian " DAP MENANG DI SIBU, 1MALAYSIA TEWAS", kerana ungkapan ini tidak tepat, BN/SUPP masih besar sokongan nya, itu penyokong dan BN ada tanggungjawab disitu. DAP pun apa dia boleh buat, dia bukan perinth Federal dan State. Hanya buat bising dan berkokok di parlimen aje seumpama kokok ayam jantan di dini hari untuk memberi tahu pagi dah tiba, tapi pendengar nya boleh bangun dan boleh tidak.Apa pun semua rakyak Malaysia dan pembayar cukai. BN masih memerintah.

TQ

sri tribuana said...

Saudara Anon 7:46,
Angka memang kecil, tapi jika BN sudah mula kalah dalam PRK Sarawak, bermakna revolusi sudah bermula. Mitos Sabah and Sarawak sebagai fiz deposit BN sudah berakhir.

Anonymous said...

STB,

Saya pernah berada di Sarawak untuk satu jangka panjang. Politiknya berbeza dengan Semenanjung. Mereka perlukan hanya keperluan asas. Itu yang penting bagi mereka terutama Melayu dan Bumiputra di sana.

Sibu diwakili oleh SUPP (BN) selama 4 penggal sebelum ini berturut-turut. Lebih 20 tahun rakyat Sibu diwakili oleh SUPP (BN) ini.

Tapi apa pembangunan yang mereka terima...rumah panjang masih tak de bekalan air bersih, Kg Nangka kawasan Melayu terlalu daif...

Anda boleh menitiskan air mata kalau melihat kehidupan mereka. Jadi mengapa bila election kecil baru nak curahkan semuanya. Sehingga apa yang tak dimintapun hendak diberi.

Mereka tidak bercakap soal rasuah, kapal selam, credibility calon, good governent dan politik alaf baru kerana itu semua terlalu asing bagi mereka.

Mereka hanya perlukan kehidupan selepas 47 tahun merdeka dalam Malaysia...terlalu sukarkan kerajaan untuk memenuhi keperluan asas utk mereka selepas 5 penggal sebelum ini mereka adalah penyokong setia BN.

Kali ini mereka menghukum kelalaian BN...dan padahnya tersungkur dikubu kuat sendiri.

Hujan, Ribut, Gurun, Petir pun tahu bila nak berhenti...30 tahun jadi CM tak cukup lagi ke ! Dah terlalu kaya sehingga 7 keturunan pun tak habis makan. Bersaralah, rakyat dah muak sbb kini rakyat bukan lagi bodoh spt 20 thn lalu.

Terlalu korup, krone dan banyak penyalahgunaan kuasa telah berlaku dan menyebabkan rakyat akan menolak. Maka kerajaan yang satu ketika dulu terlalu kuat dan sukar ditumbangkan akan jatuh menyembah bumi....

Ini terlalu sukar bagi saya utk percaya terutama kerana hanya baru 14 tahun saya dan rakan2 meninggalkan Sarawak dan semua ini sudah terjadi...sedihnya hati ibarat kehilangan seseorang yang sukar dilupakan di Bumi kenyalang

Tapi Realiti ini semua sudah berlaku !!!

The Philadelphia