Followers

Sunday, May 16, 2010

Sultans of Swing

Tukar parti? Hina atau bermaruah. Sekarang ini banyak sangat kedengaran wakil rakyat yang tukar parti. Kebanyakkannya dari PKR ke .... nanti dulu, masih di 'grey area' bukan BN. Apapun di Perak fenomena ini menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat, dan mengembalikan Perak ke BN.

Kepada wakil rakyat yang keluar parti, samada menyertai BN atau kekal bebas mereka dicop dengan berbagai stigma. Bagi bekas parti mereka akan melabelkan sebagai 'pembelot', 'katak' dan berbagai perkataan yang menghinakan. Dan ada pengikut berhujah, mandat yang diberi oleh mereka berdasarkan parti yang mereka dukung, bukan peribadi mereka.

Bagi saya perkara ini subjektif. Ia perlu diteliti berdasarkan kes. Jika kita berjuang didalam sesuatu parti dan parti berkenaan sudah lari dari matlamatnya, saya fikir wajar seseorang itu menukar parti. Kita tidak boleh jumud dengan parti, apalagi apabila parti sudah lari dari perjuangan asalnya. Pernah juga saya tulis, parti yang tidak ada ideologi tidak akan bertahan.

Parti seperti PAS dan DAP boleh bertahan kerana mempunyai ideologinya. Bagi mereka menang kalah soal lain tetapi mereka tetap dengan ideologinya. Parti seperti PKR memang bermasalah hendak mengekalkan momentum kerana parti berkenaan tidak mempunyai ideologi. Saya tidak rasa rakyat ramai akan terseret berterus-terusan menjadikan seseorang sebagai landasan perjuangan walaupun atas nama keadilan. Sesebuah parti memerlukan lebih dari itu sebagai ideologinya.

Maka terjawablah mengapa kebanyakkan 'raja katak' atau 'sultans of swing'(dengar lagu Dire Strait) terdiri dari kalangan wakil rakyat PKR. Jika mereka ingin memperjuangkan isu rasuah dan ketidakadilan, masalahnya dinegeri yang mereka kuasai juga mengamalkan rasuah dan pilih kasih. Lihat saja isu ADUN Kapar, Manikavasagam yang memprotes tuduhan rasuah dilkalangan Ahli Majlis kerajaan tempatan dan beberapa exco dalam isu pasir.

Terbukti apabila memegang kuasa, 'buntut kuali dah sama hitamnya dengan belanga.' Kepada ADUN dan MP yang idealist tidak dapat menerima keadaaan ini lalu bertindak keluar parti. Jika mereka keluar parti atas prinsip seperti YB Zulkifli Nordin, ini tindakkan yang berprinsip. Jika sudah jelas celanya sesuatu pertubuhan mengapa perlu disokong?

Di Kedah juga sedang bergolak dengan fenomena 'sultans of swing' ini. ADUN Bukit Selambau, S.Manikumar, Tan Chow Kang ADUN Sidam, Lim Soo Nee dari Kulim dan Lee Guan Aik dikatakan boleh melompat bila-bila masa sahaja. Bicara Nobisha dan Sayuti Omar sudah menulis tentang ini. Sayuti Omar tidak memempercayai janji Mukhriz Mahathir bahawa BN tidak akan mengambil Kedah dengan cara lompat parti. Politik is politik. Curiga memang asas waspada.

Sementara dari BN ke PR pula semuanya terdiri dari orang yang 'tidak laku' dalam BN seperti Chua Jung Meng, Zaid Ibrahim dan Datuk Fauzi Abd Rahman. Orang yang keluar dari PKR sering pula dilemparkan dengan tuduhan rasuah, disogok, diculik dan sebagainya. Penyokong PKR gagal melihat masalah dalaman PKR sendiri yang memangkinkan keluarnya YB seperti Zulkifli Nordin.

Menjadi pemerintah memang tidak sesenang membangkang. Apapun fenomena keluar parti dari PKR ini merosakkan imej PKR dan seperti 'house of card', PKR tidak akan bertahan. Jangan pula kita lupa, the real 'sultans of swing' sebenarnya berada dalam pertubuhan NGO Melayu. Sesuatu perlu dilakukan juga kerana merbahaya apabila non political organisation diketuai oleh orang politik. Semua tindakkan beliau nampak dipolitikkan. Tambahan lagi spesis yang melompat pula.

2 comments:

Anonymous said...

Dengar cerita nya ,Jerantut terkenal sayor masak tempoyak ( terung burong/terung bulat masak, kangkong air,paku-pakis, petai),Lada burong di tumbok-tumbok, tempoyak dikacau-kacau, air, garam secukup rasa , di tambah ikan bilis. Perati disini tentu jumpa jawab nya?.Tidak begitu sdra STB.

sri tribuana said...

Amboi dalamnya berkias saudara Anon 5:30. Di Jerantet ni ada sorang ni yg juga terkenal suka berkias. Ntahla, tapi sultan of swing ni lagu Dire Strait, rodong jerantut saya pulok bagi gelaran kat sorang ahli politik jerantut nama ni. Bila saya tanya ngapa, dia jawab suka melompat,bukan lompat parti but lompat kem.