Hari ini genaplah 64 tahun usia U(M)NO. Pada hari jadi yang ke 64 ini, U(M)NO sudah meletakkan 'M'nya dalam kurungan. Saya percaya meletakkan M dalam kurungan bukan hati nurani seluruh ahli UMNO. Saya sendiri ahli UMNO, tetapi saya sedih apabila ia menjadi UNO.
Tidak ada apa yang hendak dikatakan, cuma saya ingin ingatkan, "perjuangan menegakkan maruah dan harga diri Melayu merupakan jiwa dan roh perjuangan UMNO". Kita tidak pernah memerlukan Perkasa selama ini. Kita tidak pernah memerlukan MPM selama ini. Kita hanya ada UMNO dan kita menyerahkan seluruh jiwa perjuangan Melayu kepada UMNO.
Sekarang sudah 64 tahun, bukan Melayu sudah berani menghina bangsa Melayu dan U(M)NO mendiamkan diri dan mengharap Perkasa atau MPM yang mempertahankan Melayu. Konsep main-con dan subcon dah berjangkit dalam mempertahankan 'olive tree' Melayu. Mungkin ini politik era globalisasi, agaknya.
Teringat saya kata-kata Tun Musa Hitam, politik UMNO merupakan politik kampung. Ini kerana orang Melayu ramai dikampung dan majoriti mereka menyokong UMNO. Melayu bandar ramai yang liberal dan tidak hiraukan perjuangan Melayu. Melayu liberal Melayu yang self-reliance dan tidak bergantung kepada bantuan kerajaan. Kesian Melayu kampung kerana mereka yakin kepada U(M)NO. Soalnya sampai bila jika U(M)NO terus-terusan meletakkan 'M'nya dalam kurungan.
Selepas 64 tahun kelahiran UMNO, sudah sampai masa UMNO melakukan 'soul searching'. Ingat UMNO adalah Melayu dan tidak akan berjaya jika majoriti Melayu tidak menyokong UMNO lagi.
6 comments:
Selepas 64 tahun kelahiran UMNO, sudah sampai masa UMNO mengadaikan wilayah nya kepada negara asing seperti mana LIMBANG di-serahkan kepada BRUNEI hanya keran ingin mendapatkan kontrak carigali minyak
dari BRUNEI.
salam sri tribuana,
Perpaduan sesama ahli UMNO amat penting utk kesinambungan hayat UMNO. Perkara pokoknya, kena satukan semula ahli yg berpuak-puak bermula dari cawangan-bahagian-negeri-majlis tertinggi. Setiap peringkat lazimnya ada dua group. Presiden UMNO kena mulakan penyatuan ini dan mesti semangat bersatu itu meresap sampai ke akarumbi. Presiden wajib pastikan group yg wujud di bahagian2 dimansukan dgn apa cara sekalipun. Biar bila sebut saja UMNO, ketuanya adalah satu. Dgn bersatu saja UMNO akan kuat utk terus menapak dan mengatur strategi demi memajukan agama, bangsa dan negara.
Saudara Anon 2:32, soal itu bukan UMNO melakukakannya tetapi ada pemimpin yg suka tidur. Mungkin masa tandatangani perjanjian itu dia tertidur!
Saudara Melayu Glokal saya mohon maaf terpadam comment saudara di bawah tajuk Bangsa Melayu tidak Wujud? Jika tidak keberatan, boleh saudara komen semula untuk dikongsi bersama. Tq
Salam Sri TriBuana,
Badan atau raga boleh berpadu dan disatukan, kerana ada bentuk dan rupa.
Minda atau rohani tak berupa dan berbentuk amat lah payah disatu dan di padukan, kerana apa yang keluar dari lubang mulut amat sedikit sama dengan apa dalam minda dan hati. Itu lah dilahirkan dengan berbagai masalah dan persengketaan. Atau cakap mudah buat payah jadi cakap tak serupa bikin.
Namun begitu harapan mesti di puput dan ada. Terserah kepada Ahli. Organisasi UMNO sentiasa MUDA cuma ahli nya berbagai ANGKARA.
TQ Bentayan
Salam Sribuana,
Mohon likkan blog tuan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/
Saudara Bentayan,
Mari kita sama-sama harapkan semangat dan roh perjuangan UMNO boleh dipulihkan.
Saudara ISAC saya dah linkkan blog saudara dalam blog politik.
Tq semua
Post a Comment