Seronok membaca komen disana sini mengulas kekalahan BN di Sibu. Macam-macam pendapat. Saya membaca komen di Rocky's Bru, di blog Datuk A. kadir Jasin dan sebagainya. Macam-macam kesimpulan dibuat. Oleh kerana saya dalam mood malas, maka saya tak mahu copy and paste komen mereka. Saya hanya ingin mengajukan cakap-cakap mereka mengikut versi saya
Seorang pembaca mengaku anak watan Sibu mengkritik dasar membantu orang Cina yang kebanyakkannya senang sementara pribumi dan Melayu Sarawak lebih susah. Ada yang menganalisis undi Cina seramai 60% tidak boleh memenangkan DAP jika tidak dibantu oleh undi bukan Cina. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.
Ada pendapat pula mengatakan kaum Cina tak suka disogok, mereka lebih muslim dari muslim. Pendapat yang ini paling saya nak tergelak. Jadi kita sudah ada ustaz Lim Guang Eng sebagai wannabe Umar bin Abd Aziz. Iyerla jika hati dah suka, semuanya indah belaka.
Ada pula yang berkata kerajaan BN memang dah decline jadi buat apa saja semua tidak kena. Rakyat memang dah tak suka. Beri duit tak suka, buat baik tak suka dan macam-macam. Mereka tidak kira DAP lagi teruk, atau Anwar peliwat ini semua tak relevan. Pokoknya orang dah tak suka.
Paling saya tak faham apabila PAS seronok melihat Islam dicerca dan dituduh menindas. DAP gunakan isu ini untuk memenangi hati kaum Cina Kristian dan PAS menganggap kemenangan DAP kemenangan mereka. PAS Kaduk sungguh, menang sorak kampung tergadai.
Paling menggelikan hati saya dalam salah satu komen Rocky's Bru. Katanya BN akan kalah PRU 13. Rossy kena banyak-banyak simpan duit berbillion-billion apabila BN kalah nanti. Dan dia juga meramalkan Jibby adalah PM terakhir BN. Dia sudah ingin mengisi borang PKR kerana dia meramalkan BN akan kalah majoriti kecil di sana sini dalam PRU ke 13. Dia mengajak KJ join PKR juga. Dan Malaysia akan mempunyai Perdana Menteri gay yang pertama!
Sudah bersediakah kita semua?
10 comments:
Yeap,
I am ready for that...UMNO is more worse than PKR, PAS & DAP.
Sekurang-kurangnya calon DAP bukan perompak tanah rakyat, pencuri wang rakyat dan yang paling penting tidak suka menipu rakyat seperti Gemuk Sial (GS) ADUN Tahan tu.
Kalau nak banding daripada berwakil rakyatkan GS tu lebih baik pilih calon DAP...Nama je Melayu & Islam.
No hope to BN already lur : Bagi peruntukan macam padam api bila terbakar.....Ini abad ke 21 lioa bukan zaman BN letak lulusan University Brazil pun rakyat sokong..Zaman calon batang pisang dan berakhir.
Kalau si gay boleh memakmurkan & sejahterakan negara dan rakyat..I ready for it.
The Philadelphia..
Najib harus memberi perhatian yg serius dgn yg berikut:
1. BN tidak lagi diterima oleh kaum Cina. Mereka telah nampak bhw MCA dan Gerakan tidak mampu utk memenuhi cita2 kaum Cina iaitu utk memerintah Malaysia spt Singapura. Kaum Cina tidak berpuas hati dgn hanya memegang 70% ekonomi Malaysia. Mereka kalau boleh mahu bolot semua.
2. Kaum Cina sedar bhw DAP yg berkiblatkan Singapore akan menjadikan negara Malaysia sebuah republik utk mereka berkuasa politik seterusnya. Jika ini berlaku, tak usah haraplah orang Melayu boleh bangkit semula. Pembangkang Melayu akan disenyapkan dgn tindakan memufliskan mereka spt yg berlaku di Singapore.
3. Inilah masa yg sangat sesuai utk Cina merebut Puterajaya melalui PKR dan PAS. Sebab kaum Melayu berpecah kpd UMNO dan PAS. PAS pula hanya mahu dapat peluang memerintah sahaja. PAS tak kira kalau kuasa politik yg sebenarnya akan berada di tangan DAP. Tengok sahaja di Selangor dan di Penang, bagaimana PAS bagaikan patung bisu yg tidak langsung membela kaum Melayu.
4. Perhatikan bagaimana Anwar dari PKR digunakan oleh DAP utk menekan Nik Aziz dari kumpulan Erdogan PAS supaya jangan sekali2 berkerjasama dgn UMNO spt yg diura2kan oleh Hadi dan Nasha. DAP tahu jika UMNO dan PAS boleh berkerjasama, orang Melayu akan jadi sangat kuat dan berupaya menghalang cita2 jahat kaum Cina. Melayu boleh meminda perlembagaan dan melenyapkan terus kuasa ekonomi dan politik kaum Cina dgn cara yg dilakukan oleh Kerajaan PAP Singapore. Niat jahat mesti dihalang dgn tegas dan berani.
5. Ini sekarang kaum Melayu sedang melihat bagaimana Najib sedang sangat berlembut dgn orang Cina dan membiarkan diri dipulas tangan (arm twisting) oleh MCA dan Gerakan. Kononnya nak ambil hati kaum Cina. Tak perlu lagi sebab kaum Cina sudah tak ada hati lagi dgn BN!
6. Utk kembalikan kuasa politik kpd orang Melayu di PRU13 nanti, UMNO haruslah meletakkan calon Melayu tempatan di kawasan majoriti Melayu. Calon Cina atau India hanya boleh diletakkan di kawasan majoriti Cina sahaja. Jangan beri muka kpd kaum Cina ini. Ada mereka beri muka kpd kaum Melayu?
7. Utk survival orang Melayu, PAS dan UMNO mesti berkerjasama. Tolak ke tepi segala perbezaan. Tengok bagaimana kaum Cina dari MCA, Gerakan dan DAP pun boleh bersatu utk agenda jahat mereka. Kenapa kita orang Melayu tak boleh?
8. Tengok bagaimana PR telah mainkan isu agama dan perkauman di PRK Sibu dan Najib tidak ambil sebarang tindakan yg tegas dan berkesan. Kalau zaman Tun Mahadir sudah lama petualang2 negara ini telah diISAkan. Fikirkanlah utk keselamatan rakyat. Jangan asyik berselogan shj yg rakyat akan didahulukan! Sebenarnya kaum Melayu nampak slogannya harus ditukar kpd "Cina didahulukan!"
9. Orang Melayu dan Raja2 Melayu mestilah bangun dari tidur sebelum terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur! Menyesal dahulu kedapatan menyesal kemudian tak berguna!
Allah hu Akbar.
Itulah pandangan dari seorang yg telah tidak mahu melihat kuasa Melayu bertahta....manusia yg tidak boleh melihat bangsa sendiri maju dan berkuasa... biarlah komunis yg berkuasa asal jangan Melayu... itulah pandangan dari anonymous 6.46pm di atas...
Orang yang lebih rasis melabelkan Melayu sebagai rasis. Melayu tidak lokek berkongsi apa sahaja dengan kaum lain di negara ini.
Sampaikan 8 dari 10 nama dari senarai orang terkaya di Malaysia ialah orang Cina. Adakah itu masih rasis?
Don't be insane
Yang Gambi dan Mohd,
Berdasarkan fakta dan sejarah 'komunis' dan berkubur even China & Russia malu nak mengaku mereka komunis. They are really kapitalis nowaday. Kalau ada komunis skrg saya pun nak join..kerana falsafah komunis itu agak menarik untuk kesamarataan rakyat.
I really do not understand that we always blame other people when we cant acheived something! Why we not 'muhasabah diri' and avoid to do the same mistake in the future.
Mengapakah kita harus membenci Singapura negara jiran tertangga kita yang banyak memberikan sumbangan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat kita sejak merdeka. Diakui mereka memang oppotunist tetapi kenapa kita sering tewas dengan mereka. Dan adakah kita begitu mencemburui kejayaan mereka sehingga kita sudah tidak mampu lagi bersaing dengan mereka.
Adakah kita lupa bagaimana Lee Kuan Yew pernah menangis bila Tunku keluarkannya dari Persekutuan. Sepatutnya mereka yang gentar bukan kita -'Singapore History' dan Dimanakah slogan Malaysia Boleh!
Bukankan memakmurkan jiran itu juga satu yang baik untuk kita.
Soal Malaysia nak jadi Republik bagi saya terlalu sukar dalam masa terdekat ni dan DAP nak berkiblat ke Singapora atau Timur Leste ke itu tidak perlu kita jadikan isu.
Bangsa Melayu, Pemimpim Melayu, Kerajaan Melayu yang ada sekarang yang harus membuktikan kita yang terbaik...jangan hanya pentingkan perut dan pengikut sahaja tapi rakyat diabaikan dan negara terbiar sebab perjuangan telah bertukar kepada materialistic semata2.
Saya setuju dengan Mohd, Melayu harus bangkit...tapi Raja Melayu, Kerajaan Melayu serta Pentadbir Melayu yang harus membangkitkan Melayu..
Soalannya....Adakah Mereka ini boleh diharapkan bila bercakap soal Melayu. Atau mereka juga oppotunist tetapi 'Oppotunist Melayu'
The Philadelphia
Adakala kita orang Melayu keterlaluan memberi persepsi negatif pada bangsa lain sedangkan kita kurang memberikan pandangan positif pada tindakan positif mereka. Apa sebenarnya yg saya maksudkan?
Kalau kita melihat perang politik, antara cina dan melayu terdapat parti-parti tertentu yg involve dlm perang ini. Bagi Melayu UMNO vs PAS dan cina MCA vs DAP yg mana bukanlah perang baru.
Dalam peperangan MCA vs DAP, kita sendiri dpt melihat mereka kini dgn nada berani menyokong penuh DAP. Mungkin juga sebab beberapa tindakan UMNO seperti menghunus keris, dan sebagainya. Mungkin juga mereka merujuk pada gelombang penukaran kerajaan yg sedang rancak diseluruh dunia melalui kebangkitan rakyat dan yg terbaru adalah filipina. Mungkin juga mereka melihat MCA kini sudah menjadi satu parti yg terlalu minoriti dan DAP kelihatan mempunyai performance yg lebih baik dalam pemegangan saham kuasa. Kaum cina adalah kaum yg lebih realistik dlm perkara kehidupan. Mereka hidup berpesatuan sekian lama dan survive dalam dunia perniagaan sekian lama merata dunia. Jadi mereka lebih sensitif dgn perkara berkaitan kira-kira dan nombor.
Perang UMNO vs PAS juga adalah lama yg tak berkesudahan. PAS adalah musuh kecil yg sukar dikalahkan manakala UMNO adalah bala tentera besar yg kian terhakis kuasanya. Cuma dilihat peperangan ini tidak banyak merubah saiz negara UMNO dan PAS itu sendiri sungguhpun PAS dilihat semakin membesar dengan menawan Kedah namun tidaklah sebesar mana. Jawapannya ialah Melayu sukar merubah pendirian atau dgn kata lain tidak suka digelar pengkhianat dan rela menjadi fanatik. Mereka tetap mempertahankan negara masing-masing dan tanpa melihat perang sebenar yg harus mereka sertai.
Antara MCA dan DAP, dilihat cina tetap untung berlebih2 lg DAP disaat gelombang kuasa bertiup menghala tak tentu hala. Apa yang PAS dan UMNO akan dapat? Andai BN terus berkuasa pada PRU13, mungkin isu saham kuasa orang cina tidak terbangkit memandang UMNO masih memegang saham melayu yg banyak dalam parlimen. Manakala kemenangan PR sebenarnya masih lg memberikan saham melayu tinggi dalam parlimen tetapi saham melayu kurang dalam kabinet.
UMNO telah memegang saham melayu yg tinggi baik dalam parlimen dan kabinet. Orang Melayu seharusnya berfikir jikalau mereka mahu mengekal legasi dominasi melayu dalam pegangan saham keduanya mereka juga harus bersedia spt kaum cina yg pandai menggunakan platform MCA dan DAP membentuk saham dalam kabinet. Mereka mungkin tidak banyak dpt menambah saham parlimen tetapi saham kabinet amat cerah.
Adakah PAS boleh menjadi UMNO atau UMNO menjadi PAS. Bagaimana orang melayu? Bagi saya cuma perlu mendefinisikan yang mana harus dipertahankan dengan alasan yg praktikal.
Wah banyak komen. Maaf saya tidak berkesempatan membalasnya.
Saudara Yang Gambi, Anon 6:46 tu provoke saja, sergah minda jer tu. Saudara Mohd, saya bersetuju dgn saudara tapi ada betul juga kata2 Anon 6:46, kita bangsa Melayu juga kena menilai kelemahan bangsa kita. Saya setuju dgn saudara Life is not a fairy tale dude, mmg Melayu sudah banyak mengalah. saudara El Haneef, terima sudi menjengah blog ini dan melontarkan pendapat. Saya rasa ada ketikanya UMNO dan PAS kena duduk semeja dan ketepikan perbezaan demi survival Melayu/Islam
the philadelphia..,
Saya setuju dgn pandangan utk mensejahterakan rakyat, tapi saya tak setuju lihat singapura sebagai contoh.
Benar, singapura kedepan dari segi makmurnya negara berbanding dgn M'sia. Namun kita kena lihat juga perjalanan sejarah negara itu dan lihat pula kesan jatidiri melayunya di sana. Apakah melayu M'sia mampu berubah dan rela begitu?
Kenapa kita tidak melihat brunei yg makmur namun tidak pula menggadaikan kuasa politik melayunya di rantau ini. Sebenarnya kuasa politik melayu di kepulauan melayu ini sgt penting utk survival bangsa melayu.
Bangsa cina boleh menjarah ekonomi tapi jika mereka juga ingin berkuasa memerintah, bermakna mereka menjajah politik melayu di rantau ini. Impaknya, pasti ketidakstabilan sosio politik akan berlaku.
Keamanan dan kemakmuran bukan terbatas kpd keperluan satu bangsa saja. Disebabkan pola dan pergerakan masyarakat di era global ini, semua bangsa wajib bertanggungjawab mengawal diri dgn mengetahui garis2 sempadan keperluan bangsa masing2.
Isu tetap isu. Dari masa ke semasa, isu bertambah-tambah. Rakyat banyak bertanya dan berbicara tentang apakah hala tuju melayu selepas ini. Tetapi apakah wadah yang ada untuk menjawab persoalan ini. Kutuk cina tidak berguna. Mereka cukup praktikal dalam membentuk network dan menyampaikan maklumat. Mereka ada platform untuk menyebarkan maklumat dan berbahas tetang platform politik yg perlu mereka uphold dr masa ke semasa. Melayu bagaimana? Bagi saya perlunya kita orang melayu sendiri memaksa UMNO dan PAS duduk semeja dan jelaskan mengapa UMNO perlu menjadi PAS atau PAS menjadi UMNO. Dan Melayu perlu menilai sebagai jawapan mereka sebagai Melayu islam.
Mengapa kita perlu menilai sebagai melayu islam? Sudah 50 tahun kita meneruskan legasi penilaian platform politik melayu sebagai Melayu sahaja dan dilihat Melayu masih layu. Adakah dengan memilih penialain sebagai melayu islam memberikan lebih point kepada PAS? Saya tidak rasa begitu. Masing-masing claim mempertahankan agama dan seharusnya islam itu tidak menjadi isu. Islam juga yang menukarkan bangsa melayu ditanah melayu menjadi satu peradaban yg disegani dunia.
UMNO dan PAS cuma platform yg perlu dipilih. Penonton rakyat perlu melihat secara telus dan praktikal. Kalau penyokong UMNO kata PAS itu sesat, tapi andai platform PAS dipilih, ada jalan utk diluruskan. Andai penyokong PAS kata UMNO itu sesat, andai platform itu dipilih, maka ada juga jalan membetulkannya.
Apa yang kita mahu, persyaratan itu ditetapkan rakyat, bukannya parti politik. Kalau kita kata kita mahu islam dan melayu, mereka harus beri islam dan melayu. UMNO jgn kata Islam tidak penting, PAS jgn kata melayu tidak penting. Tuhan sendiri berfirman, dia tidak akan merubah nasib kaum melainkan mereka merubahnya sendiri.
wallahualam.
STB,
Bersedia pasti bersedia bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang terjadi, sama ada mental dan fizikal. Curiga asas waspada.
Yang abadi itu alam akhirat. Yang abadi itu Roh. Lain nya adalah tidak abadi. Semalam adalah sejarah untuk dikenang dan dikaji. Hari ini adalah ketentuan dan dialami. Esok tiada siapa yang tahu, hanya dalam pengetahuan Allah.Semua empire manusia bertukar ganti, begitu lah kitaran selagi adanya manusia termasuk lah di Malaysia. Apa nak dirisaukan, hadapi sahaja lah. Apa yang diperkatakan itu ingatan.
TQ . Kuang Bukit.
Post a Comment