Seringkali kita mendengar orang pandai, atau rasa pandai atau mengaku pandai agama akan berkata, Islam syumul dan sekularisme bukan cara Islam. Saya setuju dengan ungkapan berkenaan. Saya rasa hampir keseluruhan orang Islam akan setuju. Mungkin juga keseluruhan orang Islam yang bersetuju tetapi masih ada persoalan: mengapa masih wujud apa yang dikatakan sekular itu?
Paling ketara dalam politik. Ahli politik Islam, atau yang membawa panji Islam, atau yang menggunakan Islam sebagai 'selling point' mereka akan mengatakan dalam Islam politik dan Islam bersatu dan bukan politik lain dan Islam lain. Mereka yang mengungkapkan tidak boleh pula memberi contoh dimana politik Islam selepas terbunuhnya Syadina Uthman bin Affan. Saya sudah membariskan bukti-bukti sejarah bahawa politik selepas terbunuhnya Khalifah yang ke tiga itu sudah tidak 'islamik' lagi - jika boleh dikatakan demikian.
Sekadar untuk mengulangi hujah berkenaan, mari kita ungkap semula. Fitnah berleluasa selepas terbunuh Uthman bin Affan dan banyak hadis palsu yang direka ketika itu. Ahli politik Islam seperti Muawiyah banyak menggunakan helah seperti menjunjung Quran untuk berdamai palsu. Selepas terbunuhnya peribadi gemilang Islam seperti Ali bin Abi Talib, politik Islam bertambah huru hara dengan muncul puak Syiah, Khawarij, Ummayah dan Abbasiyah yang mempunyai politik cacat cela dan sangat jauh dengan apa yang dikatakan 'politik Islam' itu.
Sudah tentu ilmuwan akan berhujah politik Rasulullah. Rasulullah merupakan rasul. Baginda telah mendapat wahyu dan ulama sekarang walaupun so called 'spiritual leader' sudah tidak mendapat wahyu lagi. Jika peribadi sehebat Ali bin Abi Talib tidak dapat menyatukan ummah seperti politik Rasulullah walaupun Ali ditarbiah oleh Rasul sendiri, apa lagi hanya sekadar 'mursyidul am' yang mendapat pendidikan di Timur Tengah atau Pakistan sahaja.
Jadi jelas politik sebenarnya memecahkan ummah. Bermula mazhab atau sect dalam Islam adalah kerana perbezaan politik. Syiah dan ahli sunnah berasal dari perbezaan politik sedangkan Islam hanya satu dan rasulullah tidak mengajar mazhab-mazhab. Apabila nature politik itu sendiri kotor dan memecahkan tidak ada sebenarnya yang dikatakan politik Islam. Semua politik adalah kuasa dan mencari pengaruh. Plain and simple.
Jika ada perdebatan dengan hadis dan nas hanya perdebatan akedemik, secara praktikalnya politik tetap keji.
Sekularisme asalnya datang dari Barat. Ini kerana sistem feudal barat memberi kuasa kepada Raja sebagai tuan tanah dan dibantu oleh kuasa rohani seperti Papacy atau kegerejaan Vatican. Ketika Zaman Gelap di Eropah, masalah apa yang dikatakan sekularisme ini tidak melanda ummah kerana dalam Islam pemikiran saintifik dan rasional adalah intipati ajaran Islam dengan Quran sebagai panduan.
Permulaan Islam seperti di zaman Abbasiyah ulama merupakan bijak pandai yang menguasai ilmu seperti Quran dan juga ilmu sains seperti fizik, kimia, biologi, geografi dan sebagainya. Memang istilah sekular tidak pernah wujud kerana ilmuwan Islam menguasai keseluruhan ilmu. Ini berlainan dengan Barat. Cleric mereka hanya menguasai hal-hal kerohanian dan sering bertelingkah dengan ilmuwan sains. Akhirnya terpisahlah gereja dan sains.
Apabila Barat meninggalkan gereja atau muncul gerakan Protestant oleh Marthin Luther yang protes terhadap monopoli penafsiran Bible oleh Vatican, Barat menjadi maju dizaman Enlighment.Mereka mula menguasai perdagangan dengan menguasai lalu lintas perdagangan, menguasai ilmu sains dan pemikiran rasional. Dalam dunia Islam pula, makin ramai ulama-ulama faqahi yang muncul dan menguasai Raja-raja Islam serta membuat fatwa yang melemahkan kebolehan berfikir orang Islam. Di sini bermula kemerosotan tamadun Islam persis zaman Gereja pula apabila Raja memberi kuasa kepada ulama untuk menafsirkan agama mengikut kehendak mereka. Dan bukan tidak berlaku penafsiran ini dibuat mengikut kepentingan politik ulama ataupun Raja berkenaan.
Kononnya orang Islam tidak boleh menafsir Quran tanpa pra-syarat ilmu seperti mereka. Dengan kuasa yang ada pada ulama berkenaan, akhirnya lumpuhlah pemikiran rasioanal orang Islam dan ummah makin terkongkong dan terkongkong dalam kepompong agama. Sebenarnya ini yang memisahkan Islam dengan keduniaan kerana apabila ulama berkenaan hanya menguasai ilmu kerohanian dan faqahi maka berlaku sekularisme. Ummah yang ingin maju dari segi keduniaan terpaksa melihat model diluar Islam kerana jawapannya tiada dalam Islam - kerana ilmuwan Islam gagal memberi jawapan.
Seperti yang pernah saya tulis dalam posting 'Persoalan Yahudi', apabila orang Islam(read Arab) ingin membuat 'Islamic Banking'(still read Arab) maka mereka terpaksa rujuk kepada Yahudi yang menguasai sistem kewangan dunia sekarang. Dan ulama faqahi pula masih bertingkah. Ada yang kata interest bukan riba(Tantawi) dan jika mengikut Mazhab Hanafi bank Islam juga haram tapi Syafie kata halal. Umat Islam diseluruh dunia sebenarnya 'lawless'.
Lebih teruk lagi apabila ulama faqahi membuat fatwa terhadap ilmu yang mereka tidak kuasai. Semasa umat Islam menutup pintu mereka daripada ilmu 'orang kafir', di luar dunia Islam telah membangun dengan pesat sistem kewangan dan banking moden, kemajuan sains dan teknologi yang bebas dari moral seperti klon, permanian beradas dan muncul ilmu-ilmu baru yang tidak difahami oleh ulama tradisional. Dan pernah seseorang bertanyakan 'ustaz' apa hukum main facebook!
Berlakunya sekularisme dalam dunia Islam bukan salah orang lain, tetapi salah ulama juga yang hanya menguasai ilmu keagamaan dan kerohanian sedangkan jika mereka mendakwa Islam syumul mengapa mereka langsung meninggalkan keduniaan? Dan lengkap bererti ada dunia dan ada akhirat, menguasai ilmu akhirat sahaja menjadikan mereka yang sekular.
Banyak yang perlu dilakukan untuk menjadikan Islam syumul semula. Dan kita memerlukan generasi ulama yang juga syumul, bukan yang hanya tahu menghukum.
8 comments:
Salam, coretan dan pandangan dari tuan amat bernas dan diterima pakai keseluruhannya. Saya amat bersetuju dengan pandangan. Alhamdulilah tuan telah luahkan dalam bentuk penulisan agar pandangan ini moga moga dapat membuka hati dan minda umat Islam yang membacanya. Alhamdullilah. Kalau ada pandangan baik yang ingin dikongsi saya pohon agar sesalinan e-mail dapat dihadiahkan kepada saya lightfromsky@yahoo.com. T. Kasih
STB,
Berita terkini yang saya terima Mahkamah di Lahore telah mengharamkan Facebook di Pakistan !!
Saya berpendapat kalau saudara STB menyentuh sedikit tentang interaksi antara timur dan barat semasa perang salib dan membawa ke peralihan zaman antara 'Dark Ages' dan 'Renaissance' serta kemudiannya 'Enlightenment' di barat maka tulisan saudara boleh saya kategorikan hampir perfect.
Maka ketika itu bertaburan ulama2 serta cerdik pandai Islam di dunia barat. Mereka menbanjiri kota2 besar seperti Florence,Venice, Milan, Genoa dsbnya.
Idea dan pendapat mereka tentang ilmu dan keilmuwan lebih diterima dan dihargai dibarat. Sementara dunia Islam menjadi semakin malap dan terus malap.
Mereka yang jumud dan tidak berfikir dengan cemerlang gagal mendapat tempat di Eropah. Yang cemerlang sahaja mampu bersaing disana.
Maka mereka2 yang gagal dan tidak diterima di Eropah itulah pernah dihujahkan oleh ahli sejarah...telah lari kedunia timur dan mengembangkan ilmu mereka disini..termasuk kepada kita semua.
Adakah benar ? Saya tidak berani untuk mengulas. Tetapi sekiranya benar pendapat tersebut maka kita disebelah Timur ini banyak dipengaruhi oleh Ulama2 yang gagal di Eropah maka terlalu malanglah kita semua.
Percambahan ilmu di kota2 besar Eropah tidak pernah berhenti. Ilmu disana berkembang dengan begitu pesat dan 'kecemerlang ilmu' itu diteruskan oleh ilmuan yang terkemuka..spt da Vinci, Michelangelo, Isaac newton, Immanuel Kant dll.
Tetapi di sebelah Timur...dunianya semakin malap dan tidak pernah menunjukkan ingin bangkit. Yang berlaku hanya perebutan kuasa, peperangan sesama sendiri, perpecahan empayar dan akhirnya apabila barat memerlukan bahan mentah di timur mereka datang dengan membawa teknologi peperangan dan strategi moden...maka kita terkial2 untuk menentang mereka.
Dimanakan ulama2 ketika itu bila musuh menyerang ? Apakah sumbangan mereka dalam menentang penjajahan Eropah diperingkat awal 'colonial era'.
Adakah mereka masih berhujah dan berfikir dengan membaca kitab2 lama tentang apakah hukumnya - 'Menggunakan cahaya elektik @ lampu elektik' di masjid atau surau itu haram atau tidak...ini kerana zaman Nabi dan Sahabat mereka tak pakai lampu elektik.
Malangnya ini berlaku sedangkan dunia barat telah menterjemah segala ilmu Islam untuk kegunaan dan kemajuan mereka termasuk mencipta berbagai2 senjata utk menyerang kita...
The Philadelphia
Salam Saudara Wan,
Saya sgt bersetuju dgn pandangan Tuan. Saya terlibat di dalam ilmu kewangan barat iaitu FOREX, KOMODITI dan CFD. Apa lagi yg mampu saya katakan jika saya hanya mampu berasa sedih apabila sesetengah USTAZ yg mempunyai beribu pengikut di Malaysia ini dengan gahnya memberi FATWA bahawa terlibat dengan bidang tersebut adalah HARAM. Sedangkan jika kita ambil sesetengah hujah oleh ilmuwan Islam yang mempertahankan keterlibatan kita sebagai umat Islam di dalam bidang yg dikuasai Yahudi tersebut untuk kebaikan ummah di masa mendatang supaya kita boleh catch up dengan perkembangan ilmu yang dicipta oleh barat.
Bukan menjadi jumud dan terus menghukum sesuatu dgn HARAM tanpa mengkaji mekanisma bidang tersebut. Inilah yg telah memundurkan kita sebagai umat Islam. Hanya kerana beliau sorang shj yg pandai menghukum, maka ramailah pengikutnya menjadi TUKANG HUKUM di alam maya.
Sedangkan kita semua telah mengetahui WANG moden bukanlah wang emas atau perak dan ianya bukan barangan RIBAWI. Anda boleh rujuk di sini: http://mashoori.wordpress.com/2009/07/04/mengenali-riba/
Salam saudara Light, Philadephia dan saudara Kingfx.
Masalahnya sesetengah yg merasa mereka ulama ni suka paksa org terima pandangan mereka. Saya selalu quote surah Az Zumar Ayat 18. kita bebas mana yang kita rasa terbaik bagi kita. Pintu ijtihad tidak pernah tertutup.
Salam STB,
Saya mencadangkan STB buat pembetulan sedikit sahaja, iaitu dalam penulisan STB itu.. bermaksud.." Permanian Beradas bukan nya " Permanian Berhadas" kerana "Berhadas" dan "Beradas" lain makna nya. Beradas adalah bermaksud alat sedangakan Berhadas bermaksud tidak bersih seumpana selepas berjimak,keluar mani, nifas dan haid, perlu di bersihkan dengan mandi.
Catatan sejarah kegemilangan ilmu islam zaman Khalifah Abbasiah telah dimusnahkan oleh Hulagu Khan, cucu Genghis Khan, dimana sungai Eupharate dan tigris hitam air kerana dakwat dokumen ilmu pengetahuan islam. Ini kehilangan sumber asal nya.
TQ, Kuang Bukit.
Terima kasih saudara Kuang Bukit,
yer mmg saya maksudkan permanian beradas bukan hadas, saya akan betulkan.
Ramai yang mengatakan punca kemunduran umat Islam kerana serangan Hulagu Khan. Rom pernah di jarah oleh orag Goth dan Hun tetapi mereka tetap muncul sebagai tamadun dunia kerana walaupun buku dibakar, kota dimusnahkan tapi sifat berpikir yg rasioanal itu perlu bagi membangunkan semula nation.
Saya tidak mengatakan serangan Hulagu ini satu2nya sebab umat Islam mundur. Saya masih berpendapat tafsiran yg kolot dan tidak universal utk sesuai dgn zaman menyebabkan kita menjadi begini
Salam Saudara STB,
Saya maksudkan Hulagu Khan punca utama zaman kegemilangan Ilmu pengetahuan hancur dan merosot dan kesan hingga sekarang akibat penjarah Hulagu khan membakar dan membuang dalam sungai buku dan kitab serta ilmuwan di sembelih. Ini kerana apa, Khalifah Abbasiah melantik pembesar/menteri orang luar (atas nama islam), pembesar ini membelot menyebab kan al makmun dibunuh dengan kejam oleh Hulagu Khan, tanpa darah jatuh kebumi. Apakah pengalaman ini tidak memberi pengajaran dan ingatan kepada kita?, maka fikir kan lah.
Assalamualaikum,
Sekiranya kita merujuk kepada zaman kegemilangan Empayar Abbasiyah, Islam merupakan satu agama yang cukup menjanjikan teknologi berbanding empayar yang lain.
Pada waktu tersebut tidak ada isu tentang kesyumulan islam berbanding wujudnya kepelbagaian konsep islam pada zaman sekarang seperti islam liberal, islam sekular dsb. Pada waktu tersebut juga, pengaplikasian perundangan islam dijalankan sepenuhnya. Ini bermaksud segala tindakan pembangunan, kajian dan perkembangan ilmu berjalan seiring antara sains dan islam.
Tetapi setelah runtuhnya empangan maarib dan setelah transkrip ilmu umat islam dicuri dan dibuang dibuang di sungai tigris, umat islam selepas itu dikatakan bermula dari ZERO. Ilmuan yg hafiz Al Quran dan pencetus ilmu banyak dibunuh membuatkan semakin sukar utk repair and regain kegemlingan yg terbentuk hasil usaha beratus tahun.
Saya bersetuju dengan penulis bahawa perlunya ada keseimbangan antara ilmu agama dan duniawi dan perkara tersebut juga merupakan fardhu kifayah bg umat islam. Tetapi kita juga tidak boleh menyalahkan ulama yg fokus dalam ilmu agama krn itu adalah bidang mereka. Cuma saya rasa perlukan dipupuk dan diterapkan orang islam yg pursue career dlm ilmu duniawi utk mengambil inisiatif memahami agama dgn lebih mendalam.
Dahulu apabila disebut ilmuan islam, ia adalah sinonim ilmuan yg mantap juga dalam ilmu fekah dan tauhid. Dizaman tersebut juga, khalifah menggaji dan memberikan ganjaran yg tinggi kepada ilmuan supaya mereka fokus dalam memperkembangkan ilmu dan teknologi. Penghargaan itu dibuat supaya ilmuan tidak susah payah memikirkan kepayahan kehidupan dan terus menerus mengkaji ilmu dan mencambahkannya. Berbeza kini yang mana para ilmuan terpaksa fokus lebih dalam menggunakan ilmu utk membina kehidupan dan mencari pendapatan. Wallahualam.
Post a Comment