Saya terilham untuk menulis posting ini setelah membaca entri terbaru Datuk Seri Dr. Khir Toyo: 'UMNO Harus Kembali sebagai Parti Siasah'. Baca sini
Terus terang saya cakap, antara punca-punca UMNO kehilangan pengaruhnya adalah kerana parti ini dilihat sebagai parti elit, parti peluang dan pintu kepada 'technically know who'. Saya pernah kenal seorang Ketua Pemuda Bahagian yang baru menyertai UMNO kurang dari lima bulan, terus bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian dan menang. Secara berterus terang dia nyatakan kepada saya, dia menyertai UMNO kerana mahu kenal 'orang atas'.
Ketika saya menjadi Ketua Penerangan Pemuda Bahagian saya dahulu, apabila saya membuat program, akan ada yang menanyakan saya 'duit minyak', elaun dan imbuhan kewangan. Saya tidak menggalakkan perkara seperti ini dan bertegas ia mesti disertai dengan ihklas. Pointnya di sini adalah, apa yang UMNO buat ia akan dilihat oleh ahlinya sebagai tempat mereka mencari 'extra income'. Dan sokongan tidak akan diberikan kepada pemimpin yang tidak mahu melakukan. Ini menggalakkan budaya 'politik wang' dan seperti virus corrupted seluruh bahagian.
Pemimpin UMNO yang sudah melabur dan 'kenal orang atas' pula akan mencari projek berjuta-juta ringgit dan akan hidup mewah dengan kereta besar dan pengikut yang nampak hebat dan ramai. Tidak ada apa-apa kebolehan dan keistimewaannya mereka membuat duit kecuali 'kenal orang atas' tadi sahaja trademarknya. Silent majority yang tidak terlibat dengan UMNO akan mencemburui dan mula merasa meluat dengan elitisme UMNO.
UMNO sudah tidak dilihat sebagai parti perjuang tetapi parti peluang. Tidak ada keikhlasan menyertai UMNO hanya ingin merebuu peluang. Bukan tidak ada langsung ahlinya yang ikhlas dan kerana sayangkan bangsa tetapi mereka ini kebiasaannya terpinggir. Boleh dikatakan hampir keseluruhan pemimpin dari bahagian hingga ke cawangan memikirkan perut masing-masing. Seperti enau didalam belukar.
Saya percaya masih ramai silent majority Melayu yang sayangkan UMNO cuma mereka sangat membenci pemimpin UMNO yang terlalu elitsme dan hidup bermewah-mewah tanpa kerja keras dan bersaing. Lihat dalam isu artkel bangsa Melayu tidak wujud, mengapa Ketua Pemuda Malaysia dan exconya tidak membuat sebarang protes sedangkan Pemuda merupakan sayap yang radikal, aggresif dan pressure group. Ini kerana Ketua Pemuda dan barisan exco datang dari generasi kepimpinan yang lembik, suka duduk dikerusi empuk, kereta mewah dan suka hang out di kelab-kelab eksklusif. Mereka sudah terpisah jauh dari masyarakat marhein kerana kemewahan mereka.Mungkin ada sesekali buat program Pemuda Masuk Kampung dan sebagainya tetapi hanya sekadar melepas batuk ditangga.
Tidak seperti pemimpin UMNO dahulu. Datuk Harun Idris, Jaafar Albar dan sebagainya.
Kemudiannya, ukhwah dalam UMNO sendiri sudah tidak ada. Ini kerana ahlinya bagaikan sudah memahami mereka menyertai UMNO bertujuan komersial semata-mata. Setiap gerik geri ahli yang lain akan dinilai, penyokong siapa mereka, jawatan apa yang hendak direbut dan apa keuntungan mereka dapat jika bersama dengan sesuatu golongan. Tidak ada soal tanya khabar, soal kebajikan atau soal silaraturahim lagi.
Saya pernah terjumpa Unit Media Baru yang turun ke bahagian-bahagian untuk mendapat maklumat tentang ahli-ahli dibahagian. Mereka mempunyai kesedaran untuk menjaga ukhwah dalam UMNO ini ingin mengumpul database ahli UMNO. Tujuannya jika ada anak orang UMNO masuk ke institusi pengajian tinggi di Kedah misalnya, UMNO Kedah akan mengambil berat kebajikan mereka tanpa menunggu masa pemilihan. Niat mereka yang baik ini tidak akan kemana tanpa bantuan pucuk pimpinan.
UMNO sudah mencecah usia 64 tahun. Seperti mana-mana pertubuhan pun, UMNO tidak lestari. Seperti mana-mana pertubuhan, UMNO juga sudah semakin hilang roh perjuangannya kerana kurang faham ahlinya sebab apa mereka menyertai parti yang banyak berjasa ini. Seperti mana-mana pertubuhan, selepas lebih setengah abad, kesucian perjuangan UMNO juga sudah corrupted.
Baca dalam sejarah, mana-mana empayar pun akan jatuh kerana bobrok dari dalam. Musuh hanya memainkan peranan yang kecil. Semua empayar runtuh kerana corrupted(bukan rasuah) dan rotten from inside. Rotten to the core.
Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan roh perjuangan UMNO yang semakin hilang. Jika roh tiada, maka badan UMNO sudah tidak bernyawa lagi.
7 comments:
STB,
Itu lah persepsi dan tanggapan massa. Persepsi ini Terlihat betul pula dengan apa yang di buat oleh pemimpin peringkat bahagian dan cawangan dan pimpinan tertinggi pun bercakap dan risau dengan apa yang berlaku : Kelompot dan komplot, %%%%,$$$, tikam belakang, pancas siapa tak memenuhi kemahuan nafsu melaui fitnah dan sebagainya. Puji di hadapan dan tikam di belakang, salam cium tangan di belakang hentam bagai nak rak. Ini lah akibat bila didominasi oleh peniaga, kontraktor dan pencari makan melalu flatfom politik. Tengok dulu masa cikgu-cikgu dan pejuang mendominasi nya.
Apa nak kata, mahu kencing pun kena bayar. Berapa ramai yang kerja untuk amal jariah. Wang Rinngit dijadikan Tuhan. Ini punca masalah nya.
Satu lagi, bila tak pegang jawatan macam DSKT dan banyak lagi baru nampak kesedaran itulah, inilah. Berkokok lah dalam blog dan Fb masing. Heran aku, masa pegang jawatan dulu kenapa tak buat, kenapa tak sedar dan nampak ?. Ini lah hakikat nya, sendiri mahu tahu.
Seperti lah Pemblog tempat awak, sekarang kutok ADUN Tahan, tak buat itu dan ini. Dulu orang ini yang di puja dan dipuji. Ini lah dia dan apa nak jadi. Ini lah fitrah manusia.
Walau bagaimana pun ini tak termasuk STB,kerana awak ada prinsip dan ikhlas,ini di lihat berdasarkan apa awak posting.Terus kan menulis.
TQ KUANG BUKIT.
Salam SriTribuana,
Heheeee....aku tertarik bila SriTribuana mempelbagai menjenamakan U(M)NO sebagai Parti Elit, Parti Peluang, Parti Pintu Kenal Siapa. Aku Tambah dua lagi: Parti Ketam dan Parti Keri ( Sabit).
Ahli pula buat kerja perlu Duit Minyak, Nak Elaun dan Imbuhan. Nak Tambah Satu: Nak Elaun Dengar.
Ahli nya ada Kulat dan dedalu api.
Untuk membersihkan nya kena guna PRINSIP BERLADANG , fIKIRKAN LANGKAH PELADANG DAN LADANG UNTUK MENGHASILKAN HIGH YIELD YANG BERKUALITI.
Dari Bentayan.
Terima kasih saudara Bukit Kuang. Orang Jerantut juga ke? Faham sangat ngan politik Jerantut. Mungkin org-org yg saudara sebut tadi tu mendapat kesedaran selepas jatuh. Seperti lagu Dato' Shake, Dari Kegagalan. Tak pe kita ambil mana pandangan mereka yang baik.
Saudara Bentayan, boleh beri cadangan racun dan baja mana yg baik utk membuang segala fungus, kulat dan dedalu yang menjadi parasit ini?
STB,
Saya bukan orang Jerantut dan bukan juga orang Pahang. Pernah duduk di Kuala Tahan, bertahun juga sebagai Pendidek. Kenal dengan Arwah Pak Engku Wan Jalil, Wan Abu bakar bekas AP Jerantut ( Di mana dia sekarang?). Cerita ini saya dengar dari orang Jerantut juga, dan saya mengikuti perkembangan. Saya faham perangai orang jerantut yang saya kira unit di Jerantut. Politik nya mana pernah aman, kecauali kurang sikit masa di bawah YBM T. Azlan. Betul ke?.
Dari Kuang Bukit.
Salam saudara Kuang Bukit,
Kebetulan saya anaknya arwah wan abd jalil, anak saudara Dato' Wan Bakar. YBM Ku Lan kira mcm boss saya lah. Tapi saya tak kerja dgn dia
STB,
Oh, gitu. Jadi dapat ilmu kuat boleh mengangkat perahu dan tarik bas lah ye. Tahniah anak nya juga seorang pejuang macam Arwah ayah nya.Syabas. Ada peluang saya ingin mengenali Sdra.
Kuang Bukit,
Senang-senang emaillah saya di alamat dlm blog ni. Boleh kita kenal-kenal.
Post a Comment