Followers

Thursday, May 6, 2010

Prelude Kepada Rombakkan Kabinet

Sudah beberapa kali kita mendengar akan adanya rombakkan kabinet. Buat masa ini ianya belum berlaku. Beberapa peristiswa kali ini menyebabkan saya merasakan akan berlaku rombakkan dalam masa terdekat ini. Beberapa blog seperti Outsyed The Box dan Sakmongkol AK47 sudah menulis tentangnya.

Perletakkan jawatan Ketua Wanita MCA, kekalahan bekas Presiden MCA dan perlantikkan Palinavel merupakan tanda-tanda kabinet perlu dirombak. Bagi saya, hint yang paling saya rasakan adalah pendedahan Tun M tentang kehilangan dua blok L dan M.

Sudah ada ura-ura Ketua Pergerakkan Pemuda, Khairy Jamaludin akan dilantik menjadi ahli kabinet. Masyarakat Melayu, seperti biasa yang mudah melupakan sudah 'mengampun'kan dosa Khairy. Terbukti juga PM Najib seorang yang memberi peluang kedua. Beberapa crony Tingkat 4 sudah mendapat tempat seperti apa yang berlaku di Petronas. Omar Ong menjadi salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Dengan meletakkan Khairy dalam 'storage' selama ini, maka 'taubat'nya sudah boleh diterima oleh kebanyakkan masyarakat, walaupun mungkin tidak kepada pembenci tegar Khairy. Di Hulu Selangor Khairy telah turun berkempen dan memainkan peranan penting - satu peranan yang tidak dapat dilakukan oleh KP ini dalam PRK yang sudah-sudah. Bagi pucuk pimpinan, Khairy mungkin sudah 'dijenama'kan semula.

Maka Tun M meledakkan semula bom dalam simpanan arsenal beliau. Tun M seorang yang resourceful. Dan maklumatnya juga tepat. Mengingatkan semula public 'dosa' Pak Lah dan peranan 'rasputin'nya ini menjelang rombakkan kabinet merupakan ciri-ciri istimewa Tun M - 'good sense of timing.' Dan kesalahan Pak Lah yang ini pula kesalahan 'unforgiven'. Dengan kecantikkan gerakkan Tun M kali ini, lagi sekali Khairy mungkin akan di 'storage'kan. Public lagi sekali tidak akan memaafkan KJ.

Outsyed The Box meramalkan Rais Yatim akan kembali menjadi Menteri Luar, menggantikan Anifah Aman. Ahmad Maslan akan menjadi Menteri Penerangan. Beliau juga mencadangkan muka-muka lama yang perlu ditukar, patut ditukarlah. Baca sini.

Ada kupasan yang menarik juga tentang rombakan kabinet dari Blog Sakmongkol AK47. Baca sini.

Kabinet kali ini perlu ada imej PM Najib sendiri. Kabinet sekarang ini beliau warisi dari Pak Lah. Kebanyakkan ahli kabinet ini sudah 'tainted'. Pak Lah mengambil alih Malaysia dalam keadaan baik, ditangan beliau banyak perkara menjadi tidak kena. PM Najib sebaliknya mengambil alih Malaysia dalam keadaan yang bermasalah. Walaupun belum selamat, hingga kini beliau dapat menangani dengan baik.

Beberapa kekalutan dalam Pakatan Rakyat juga mengubah landskap politik yang memberi kelebihan kepadanya. Tuah juga menyebelahi beliau tetapi 'fortune' kata perpatah roman, 'favour the brave.' Langkah pertama di sini DSN perlu berani melakukan perubahan dan keluar dari 'bayang-bayang adikuasa'.

Siapa yang bakal terlantik, atau gugur, menteri mana turun pangkat, timbalan menteri mana naik pangkat bukanlah sangat urusan saya. Kita hanya menginginkan 'strong goverment'. Dan perform juga.

Akhirnya, seperti kata Mingke dalam Bumi Manusia: "Soal bupati mana naik pangkat, bupati mana turun pangkat bukan soalku. Soal aku adalah persoalan bumi manusia dan seisinya."

7 comments:

Anonymous said...

STB,
Perubahan dalam kabinet bukan urusan kita. Jadi kita jangan pedulikan sangatlah siapa gugur sapa naik. Itu ada lah hak PM.

2.Sekadar pandangan boleh kita bagi diluar kelambu PM. PM Najib melantik kabinet ada dua approach: Satu, kalau dia nak orang bersih dia pasti pilih ahli Parlimen yang baik. Dua, jika nak pilih ahli kabinet yang wibawa dan kuat dia kena pilih orang kuat, bijak dan punya karisma.

3 Kalau dia pilih orang pertama baik, seperti sekarang ahli kabinet nampak lembik, nampak PM saja yang kerja kuat. Dan kabinet baik tak berani sangat buat keputusan .Kontrol oleh Isteri.Tak berani melawan musuh, x pandai berhujah. Jd Kabinet lembik.

4. Kalau dia nak nampak kuat dia kena pilih orang kuat. Ada karisma dan bijak serta berani buat keputusan. Tetapi orang ada karisma banyak penyakit 3ta. Harta,wanita,tahta. Jadi PM Plilihlah nak kabinet ada karisma atau nak kabinet nampak lembik.

Anonymous said...

KJ adalah perasuah NO.1 di Malaysia, bukan sja perlu di cold storage malah patut disingkirkan dari pentas politik Malaysia, baginya matlamat mesti menghalalkan cara, cita2 dia dan anwar sama, nak jadi PM Malaysia. Tp dia lagi hebat nak jadi PM sblm umur 40thn - lantak pi lah rakyat suka ka, tak suka ka, negara tungging-langgang, rakyat susah ka dia peduli apa.. janji matlamat tercapai.

Jadi advisor sekejap pun negara hampir tertungging (5 Negeri tumbang) apatah jadi PM kelak?

Anonymous said...

Salam Sri TriBuana,

Teman bersetuju benor dan berasa teruja dengan 2 perenggan terakhir posting mike tu. Itu lah harapan dan impian rakyat,siapa pun keutamaan nya menjaga kepentingan dan kehendak bumi dan isi nya.

2. Dalam kontek BN keputusan nya bukan mudah, segala pertimbangan di ambil kira.

3. Akhirnya "MIKE RAJA KE TEMAN RAJA".

TQ Dari Bentayan.

SG.GOMBAK said...

STB
a.Saya setuju penuh pandangan Anon 9.21am itu. mencorak kepimpinan berdasarkan keadaan persekiran dan keperluan. Jika dalam negara tidak stabil memerlukan kepimpinan kuat,bijak, pandai dan karisma.Pemimpin yang takut, merosakan lagi keadaan. Ini dikatakan kepimpinan situasi.

b. Dalam keadaan BN tak kuat sekarang memerlukan satu kepimpinan yang kuat,berani,karsima, berkemampuan dan boleh bertindak sendri, maka PM kena pilih yang sedemikian. Soal bimbang tentang penyakit2 orang karisma boleh diatasi memberi nasihat berulangkali kepada mereka nescaya mereka akan sedar diri dan mengawalnya. Itu bukan masalah.Lagipun undang2 ada.mereka diperhati.

c. Ahli Kabinet lemah sangat menyakitkan bukan sahaja kpd rakyat tetapi PM sendiri kerana mrk terlalu bergantung kepada Boss.
Jadi PM wajar pilih Kabinet Kuat.
Perasuah tegar seperti TSN itu kena palam.

STB keep up.

Anonymous said...

Apa lah kena nya melayu kutuk melayu, ada saja tak betul nya.sampai bila......sampai bila....????

2. %%%% >>> $$$$$$>>>>>>*****^^^^^ $$$$$$$>>>>>>><<<<<<<<. Ini lah Gulayu. >>>>>><<<<<<<.

tq

sri tribuana said...

Salam semua,

Anon 4:59, saya setuju dgn pendapat saudara. Jika baik, lemah pula jika karisma lebih, susah pula mengawalnnya yer. Apa pun rakyat mahu tengok yang terbaik. Sekarang bukan mcm dulu, org tidak persoalkan kebijaksanaan pemimpin, sekarang rakyat dh kritis.
Anon 9:21, saya berpendapat yang sama dengan saudara. KJ tidak tested lagi, cuma dulu naik menumpang kekuatan bapa mentua. Jika dia bukan menantuPM, masakan dia boleh menjadi KP dalam masa berapa tahun saja dalam UMNO.
Saudara Bentayan, lama tak nampak, ke mana menghilang? Byk posting saya yg lepas saya tunggu juga saudara komen. Sihat?
Anon 2:29, kabinet sekarang perlu yang firm dan bersih, lead not being led(especially by wife)

sri tribuana said...

anon 4;35, di sini semua perbincangan sihat, bukan mengutuk. Tak salah mengkiritk. kata peribahasa arab, makin sempurna seseorang, makin jelaslah dimana kekurangannya