Ada peribahasa Inggeris mengatakan, "might make right'. Sepanjang sejarah manusia, sentiasa yang kuat akhirnya benar. Tidak kira dari segi moralnya siapa betul tetapi bangsa kuat adalah betul. Bahkan dalam Islam Rasulullah dengan bantuan dan petunjuk Allah menjadi kuat dalam Penaklukan Kota Mekah. Ini titik tolak baginda menjadi 'betul' bagi bukan Islam hingga Islam diterima diseluruh semenanjung Arab.
Mari saya bariskan bukti-bukti sejarah. Julius Caesar selama 15 tahun menakluk bangsa Gaul dalam Perang Gallic adalah benar dalam sejarah. Bangsa Gaul akhirnya pupus dan berjaya diromankan. Siapa akan protes sikap Rom yang menakluk ini? Mereka benar kerana mereka kuat. Tidak ada cerita dari segi moral orang Rom tidak betul kerana menjadi aggressor. Tidak ada protes kemanusiaan pun walaupun dari sejarahwan. Oh itu kisah purba. Lihat kisah moden.
Siapa memberi hak kepada British, Belanda dan Portugis menjarah rantau Melayu? Sepanyol menjarah dan menindas kaum Inca dan tidak ada siapa kata mereka salah? Red Indian dalam cerita koboi orang jahat dan orang kulit putih orang baik. Kenapa? Kerana yang kuat sentiasa benar.
Sejarah tidak akan menangisi orang yang kalah. Malah bangsa yang kalah juga tidak akan diingati pun. Saya menulis topik ini kerana Datuk Ti Lian Ker menghentam Tun Mahathir dalam entri terbarunya. Bagi tidak menganggu kelancaran artikel saya, saya akan linkkan tulisannya di akhir artikel ini.
Dengan segala hormat memang Almarhum Tunku Abdul Rahman disenangi oleh semua kaum kerana Tunku orang yang easy going. Saya berpendapat, karakter Tunku merupakan karakter Melayu yang sebenar. Walau apapun dosa Tun Mahathir, beliau memberi makna 'harga diri' kepada orang Melayu dan Malaysia. Usah dibangkitkan darah India sesuku dan sesudu dalam tubuhnya kerana itu tidak penting. Beliau Melayu dari segi semangat dan hati nuraninya.
Saya tidak sanggup melihat beliau dituduh 'berpura-pura' menjadi ultra Malay. Memang banyak sifat Tun M yang menyalahi peribadi Melayu. Beliau menghargai masa, kerja kuat dan yang penting seorang yang teliti dan tidak cincai( Ingat remark Lee Kuan Yew tentang orang Melayu yang suka cincai). Beliau benar-benar ingin membawa Melayu ke satu mercu yang boleh dibangga walaupun beliau gagal kerana kebanyakkan Melayu tidak mahu berubah.
Memang ada tindakkan beliau yang machiavellian tetapi dalam politik menurut machiavelli tindakan sebegini merupakan 'kemestian'. Jangan naive kononnya politik Islam tidak begitu. Ini dunia sebenar bukan dunia khayalan. Dunia Melayu memang memerlukan orang kuat. Memerlukan orang yang mempunyai karisma dan boleh membuat semua orang tunduk. Saya tidak ingat dizaman Tun Mahathir kaum Cina berani mecerca Melayu seperti sekarang ini. Kuat itu benar.
Menjadi satu tradisi kepada kaum Cina mereka tidak sesuai dengan demokrasi. Kaum Cina yang biasa dengan triad, yang mementingkan nilai kekeluargaan dan patriach memang takut kepada orang yang kuat. Ini cara Lee Kuan Yew menjinakkan bangsanya di Singapura. Jangan cerita dengan saya betapa demokratiknya Lee Kuan Yew dan beliau berjaya membawa bangsanya maju dengan sikap kuku besinya. Sudah tentu bersalut dengan baldu.
Bagi saya Tun Mahathir tidak racist. Beliau bejuang apa yang perlu untuk kebaikan bangsanya. Beliau juga tidak menindas mana-mana kaum. Malah dizamannya beliau melantik Setiausaha Politik dari kaum Cina. Walaupun beliau mengakui beliau terhutang budi kepada kaum Cina kerana mengundi kerajaannya dalam pilihanraya 1999 apabila Melayu yang mengundi mengikut sentimen dan emosi dalam kes Datuk Seri Anwar, Tun Mahathir tidak tunduk kepada desakan Siqui yang menuntut banyak perkara. Mungkin ini yang tidak disenangi oleh kaum Cina.
Justeru itu layak jika beliau dikagumi oleh bangsanya, Melayu. Kami sanjung orang yang berani dan tidak lembik. Kami dalam pencarian wira Melayu yang berani untuk bangsanya. Dan berani Tun Mahathir bukan saja dari segi physical courage but moral courage.Berani beliau juga berani berakal.
Dalam dunia mangsa dan pemangsa, yang kuat adalah betul. Seperti kata Cardinal Richelieu,'dalam hal kenegaraan negara kuat sentiasa betul, dan negara lemah sentiasa perlu mengalah untuk tidak dilabelkan sebagai salah dimata dunia".
Ini rahsia diplomasi barat: Might make right. Dan soal keadilan sosial hanya untuk bangsa lemah. Tak percaya? Lihat Iraq dan Amerika. Baca artikel Datuk Ti Lian Ker disini
3 comments:
SriTriBuana,
"Kuat Itu Benar", wah! befalsafah nampak. Ayat ini menggulong kehidupan manusia, salah itu betul, khayalan adalah kenyataan, bohong itu betul tergantung dari mana ianya keluar, berapa kali ketubian nya, keluasaan menerima nya. Maka dari yang kuat itu benar, dan amat benar. Ini lah hasil pembentukan persepsi yang membentuk dunia pandangan dan akhirnya membenar belaka perkara yang dinyatakan tersebut.
TDM pernah menyatakan manusia hanya ingat selama 100 hari, lepas itu lupa. Benda yang tidak boleh dipercayai ialah otak, itu sebab diperlukan buku nota kecil. "kuat itu benar" kerana datang mya dari TDM.
Charles Darwin berteori manusia berevolusi dari berok. telah diterima benar oleh ahli biologi. " Kuat itubenar" kerana teori ini datang dari ahli sains dan falsafah ternama.
Pembohongan dan fitnah di terima sebagai benar, jika berulang - ulang diperkatakan dan diterima ramai."kuat itu benar" sebagai senjata politik untuk jatuh dan menjatuhkan.Teknik peperangan "PsyWar" digunakan Hitler dalam WWII- German Bangsa Aryan, Roket dikata kan jet fighter dan Bomber untuk menakutkan musuh.
Banyak dan banyak lagi......kesimpulan nya memang benar tajuk post STB :"Kuat itu Benar" adalah "Benar". Soal nya dimana tempat nya prinsip, Etika, Kesantunan dan Agama, adakah kepunyaan Orang "Lemah" dan "Kalah". Maka rioh lah diperkata di sana sini. Walau macam mana kena ingat hukum kesan dan akibat.
OKdanTQ
STB,
Kepalsuan itu jika disusun dengan rapi untuk menjadi benar maka "benar". Orang-orang seperti Tee Lian Ker pemimpin pusat MCA, bekas ADUN sebenarnya fikir orang tidak menilai apa yang dia susun untuk membunuh MCA itu sendiri kerana dendam tidak dipilih jadi calon bertanding lagi kpd MCA.
2. Tee Lian Ker adalah chauvenis cina yang sepatutnya mengakari DAP dari mudanya.Dia bukan nasionalis seperti Lim Ah Lek walaupun belajar pada Lim SAh lek.
3. Sedarkah Tee Lian Ker dengan banyak mempertikaikan hal-hal melayu seperti apa yang DAP buat kesannya kepada MCA. Lihat apa yang ditulis oleh melayurayadaily. Jika hendfak mengukuhkan MCA jangan ikut rentak pakatan beruk yang ingin melihat perpaduan kaum dimusnahkan demi kepentingan politik mereka. Inilah faktor tekanan dalaman yhang ketiga yang disebut oleh melayurayadaily itu bahawa bila MCA ikut sama rentak DAP alamat MCA terjun lubang dalam.
4. STB Beri tau Tee Lian Ker jangan jadi bodoh terperangkap dengan musuh nyata MCA.Jika tidak tutup sahaja MCA itu semua masuk DAP.Kalau begitulah bodohnya pemimpin MCA pusat tak mengenal punca kejatuhan mereka patutlah MCA itu ditolak oleh kaum China.
5. Tee Lian Ker dan MCA jangan lihat soal melayu lagi tumpukan kehadapan menyerang DAP. Lagi kuat serang melayu lagi lemah MCA Percayalah.
kirim salam pada Tee Lian Ker
Terima kasih Keriangacheh dan Sg Pahang,
Cuba kita fikir mengapa Rasulullah dilahirkan dalam bangsa Quraish bukan Badwi? Bangsa Quraish merupakan kaum yg paling kukuh organisasinya dibandingkan dgn kaum lain.
Post a Comment