Followers

Saturday, May 29, 2010

1World,1Love


Gambar dipinjam dari blog Outsyed the Box semasa RPK Hulu Selangor


Pada 26hb Mei, isteri saya telah melahirkan anak pertama kami di Ireland.


Selamat datang ke dunia Wan Maryam Aliyya

Baik dalam Quran mahupun sains, semua bangsa manusia berasal dari hanya seorang lelaki dan seorang wanita. Quran menamakan Adam dan Hawa. Dalam Discovery Chanel, berjudul 'Real Eve' dan 'Scientific Adam', para saintis atau pengkaji baka mendapati tanpa mengira bangsa didunia ini, semua DNA manusia dari keturunan hanya seorang lelaki dan seorang wanita. 

Kemudian atas faktor persekitaran, politik, agama dan budaya membentuk kaum, puak, dan bangsa. Manusia atas nama bangsa dan kepercayaan membunuh, menindas dan menjarah saudara semanusia mereka tanpa mengetahui mereka semua hanya asalnya dari satu bapa dan satu ibu.

Kelahiran anak saya di Ireland, disambut oleh rakan-rakan kami tanpa mengira bangsa. 

 


  



 



Alangkah indahnya dunia ini tanpa kongkongan fanatik agama dan chauvanis bangsa. Seorang sahabat menegur saya agar jangan terlalu rasis dalam penulisan blog ini. Bagi saya, saya hanya memperjuangkan bangsa saya, mempertahankan kepentingannya. Mungkin kaum lain juga akan berhujah sama. 

 Saya masih mengimpikan 1Race,1World, 1Love.....


 DEMI DIA YANG TELAH DILAHIRKAN



3 comments:

one one no belen said...

Salam.Dunia memerlukan satu MOTTO baru jika kita ingin melihat keamanan sejagat.Dimana tidak ada perkauman didalam minda kita,Cuma ada "one world" Mungkin kita perlu MOTTO "DONT MAKE WAR BUT MAKE LOVE"
....

alfian_firhan said...

Congrats! Now you're a father... Are you at Ireland presently?

sri tribuana said...

Yes PP, in Ireland now