Followers

Friday, May 7, 2010

Sultan, 'Ulama' dan Melayu Liberal

Institusi beraja merupakan institusi yang tua di dunia Melayu. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu, dunia Melayu hanya tahu sistem beraja sebagai cara berpolitik mereka. Mereka sangat menyanjung raja atau sultan mereka. Kita faham zaman itu merupakan zaman feudal. Bila ideologi barat dan pemikiran rasioanal berkembang melalui kuasa penjajah, institusi kesultanan mula dipersoalkan oleh Melayu moden atau liberal.

Kita tidak taat membutatuli kepada sultan seperti zaman Hang Tuah, tetapi ada kebijaksanaan nenek moyang kita mengekalkan institusi ini sebagai perlindung orang Melayu. Ingin saya turunkan di sini yang saya petik dari blog Tan Sri Sanusi di sini: (Baca entri penuh di sini)

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Wasiat Raja-Raja Melayu mengandungi 7 perkara yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tanda-tangan persetujuan mereka ke atas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5hb Ogos, 1957. 7 wasiat itu ialah;

i. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama Malaysia );

ii. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU, sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

iii. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

iv. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

v. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

vi. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

vii. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak )


Saudara-saudara Lautan Melayu sekelian, saya berasa sebak membaca WASIAT para banginda yang sudah mangkat menandatangani persetujuan membentuk Perlembagaan Malaysia ini. Mereka menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk mentadbir urusan rakyat sendiri dan menjadikan mereka(para sultan) hanya Raja Berperlembagaan.

Dan tindakan akhir mereka dari raja mutlak kepada berperlembagaan ialah memastikan kedudukan rakyatnya terjamin dan dimuliakan di dalam Perlembagaan. Di Malaysia ini, perlembagaan adalah lebih tinggi dari parlimen. Di England, parlimen lebih tinggi dari perlembagaan.

Kononnya pemikiran rasional sudah tidak boleh menerima raja-raja lagi. Dan nenek moyang kita yang tahu satu masa nanti kuasa mungkin akan terhakis dibumi kita ini meletakkan kuasa para banginda sebagai 'sanction' kepada kepentingan Melayu. Bukan pada parti. Bukan pada ahli politik yang boleh mengubah apa sahaja termasuk prinsip demi kelangsungan kuasa.

Isu pengunaan masjid pula dimanipulasikan oleh orang agama pula. Kononnya sultan bias dan berat sebelah, tidak membenarkan hanya pembangkang menggunakan masjid. Dan sultan yang dituduh itu datangnya dari negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. 

Saya nampak ada usaha dari Melayu liberal dan Melayu kononnya ulama memusnahkan kepercayaan rakyat kepada institusi ini. Ulama yang tidak tahu menahu politik kerana politik bukan bidang mereka. Ternyata apabila Hulagu Khan menyerang Bhagdad, tentera salib menyerang Jurusalem, Islam memerlukan tentera yang siaga mempertahankan maruah Islam, bukan ulama yang hanya tahu menjatuhkan hukum halal dan haram. (Baca sini)

Kita bukan Amerika. Kita bukan Perancis. Kita bukan Kanada. Kita bumi Melayu yang memerlukan 'kuasa' yang lebih dari hanya sekadar kuasa ahli politik. Lihatlah Thailand jika bukan kerana Rajanya, sudah lama politiknya sudah dikuasai oleh orang asing.

Malaysia merupakan 'Persekutuan'. Persekutuan bermakna setiap negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing. Bagi negeri yang bersultan, perlembagaan menetapkan Raja-raja Melayu merupakan ketua agama masing-masing. Jika ulama berkenaan tidak suka mereka boleh buat dinegeri lain. Jika Melayu liberal tidak suka dia juga boleh buat di negeri lain. (Baca sini). Menghormati titah Sultan berkenaan merupakan taat kepada ulil amri. Dalam Quran menganjurkan kita taat kepada ulil amri asalkna tidak menyalahi syarak.

Dan mereka berhujah, Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Suka saya menjawab, selepas terbunuhnya Uthman bin Affan, dalam Perang Siffin, orang Islam berbunuh sesama sendiri, menjunjung Quran bagi mengadakan perdamaian yang palsu dan menghina sahabat nabi seperti Ali bin Abi Thalib dalam masjid ketika khutbah dikira politik Islam?

Insaflah, selepas terbunuhnya Uthman, politik walaupun dalam Islam menjadi kotor dan tidak ada beza dengan mana-mana politik pun. Adakah pembunuhan keluarga Barmaki oleh Harun Aminnurasyid dan Abu Muslim Al Khurasani merupakan politik Islam? Menggali kubur khalifah Ummayah dan menyebat rangka-rangka khalifah Ummayah oleh Abu Abbas Al Saffah merupakan politik Islam?

Aliran 'politik Islam' di Malaysia ini menjadikan Iran dan syiah sebagai model. Ia tidak sesuai dengan Malaysia. Dan kepada ulama dan Melayu liberal, ikut perpatah Melayu, masuk kandang kambing, mengembek dan masuk kandang harimau mengaum. Sebagai MB, ulama berkenaan juga gagal menyelesaikan masalah Sultan dan putera-putera baginda yang sedang huru hara.

Melayu liberal pula mungkin  lebih suka peribahasa Inggeris, ingatlah "when in rome, you are roman." Di Malaysia kamu adalah Melayu. Tidak suka boleh migrate. Ulama ke Timur Tengah atau ke Pakistan, Melayu liberal ke Eropah atau Amerika. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Picture worth million words, jadi lihat sini:



Perjuang Bahasa sendiri tidak boleh berbuat apa-apa di negeri Tuan.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Sri Tribuana,

" Sultan,Ulama dan Melayu Liberal" adalah satu posting sangat informatif dan perlu di ketahui, difahami,dihayati dan di pertahankan selagi Bangsa Melayu wujud dari segi nama, sifat fizikal dan roh nya di Bumi Malaysia terutama mengenai "wasiat Raja - Raja Melayu dan perkara - perkara berhubungkait dengan nama dan identiti Melayu" supaya tidak terhakis dan hilang.

2. Sekarang ini nama yang bersendi Melayu kekal sehingga hari ini hanya tinggal TIGA sahaja ia itu RAJA MELAYU, ASKAR MELAYU DAN TANAH SIMPANAN MELAYU. Yang lain telah bertukar dari Melayu kepada Malaysia seumpama Bahasa melayu jadi bahasa malaysia, semenanjong tanah melayu jadi semenanjong malaysia, Keretapi tanah melayu jadi KTM.

3. Walaupun telah berubah Roh nya mesti dingati oleh semua LAUTAN MELAYU agar tidak ditelan zaman dan diperkotak katik kan.

4. Perkara ini perlu difahami oleh semua ahli -ahli UMNO sama ada oleh datok gajah, dato kulat, datok kurus lengkong, dato seri bendahari roti , datok dompok dan lain-lain supaya perjuangan untuk bangsa, agama dan negara tidak tergelincir dan lari dari landasan.

5. Bagi mempertahankan perkara ini tiada lain hanya PARTI UMNO sahaja boleh di letak kepercayaan dan memegang amanah untuk lautan melayu.Yang lain selain UMNO nampak kelabu,bukan wok kelabu. Kesimpulan UMNO itu MELAYU. MELAYU itu UMNO. Dengan itu Raja Melayu, Tanah simpanan melayu dan askar melayu dan otak melayu pada badan melayu berkekalan sampai dunia kiamat. Libasan liberal dan globalisasi, dunia tanpa sempadan tidak menjejaskan roh dan raga melayu. InsyaAllah.

6. Sri TriBuana "keep up" dan terus berkarya untuk membuka minda, buka mata dan celik hati serta ada kepedulian kepada LAUTAN MELAYU.

TQ dari Urang DiHUluq senu.

Unknown said...

asalamulaikum sri tribuana,

Saya setuju bahawa kuasa raja penting kpd negara kita. Kerana adanya kuasa tersebut keamanan dan kemakmuran terpelihara.

Soalnya, kenapa ada pihak yg tidak henti-henti mencabar kuasa raja atau hilang hormat pd raja?

Jika waktu dulu ada rakyat raja berkata 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah'. Jadi jika dihubungkaitkan dgn masyarakat hari ini, adakah raja hari ini dilihat tidak berlaku adil lagi sehinggakan ada saja yg berani menyanggahnya? Atau ada sebab lainkah yg membuatkan mereka hilang hormat pada raja?

sri tribuana said...

Terima kasih saudara Urang Ulu. Saudara Jalak Lenteng, institusi beraja juga diterajui oleh manusia. Batang tubuh yang kita sultan dan rajakan itu manusia biasa yg berbuat kesilapan juga. Seperti ulama dan sebagainya, mereka buat silap. Yg kita pertahankan institusi. Mmg kadang2 sultan berbuat perkara yg tak enak tetapi mereka simbol bukan ahli politik yg dipilih rakyat. Jika soalan sultan berlaku adil, sultan tidak mentadbirkan dan sepatutnya dijauhkan dari politik. Mereka campurtangan bila perlu dan seperti umpire mereka tidak memihak. Jika memihak mengikut budi bicara mereka utk kepentingan Melayu tanpa mengira parti.
Yg merosakkan institusi ini kadang-kadang orang politik, kadang2 ulama keliru yg balik dari timur tengah adopt idea mcm2 yg tak sesuai dgn budaya tempatan, merosakkan lagi ada. Itu sbb selagi ulil amri tidak menyalahi syrak kita wajib patuh kpdnya kerana tidak mahu hura hara disesebuah negeri. Saya berkawan dgn ramai juga Islam bukan melayu di Galway, mereka patuh kpd undang2 yg dibuat oleh pemerintah Ireland, walaupun org kafir. Kita hanya wajib mengangkat senjata apabila kafir menghalang kita dari jalan Allah. Jika mereka tidak ganggu kita, kita tidak perlu ganggu mereka.
Ulama yg keliru menyebabkan adanya Al Qaeda, JI dan mcm2 yg membunuh jiwa tak berdosa atas nama Islam

Anonymous said...

Salam Sri TriBuana,

GOOD POSTING and Congratulation.

Saudara urang Ulu nampak darisegi komen gaya totok melayu dan Umno, tapi di perenggan 4 itu dia menyentoh Datok di gelar itu siapa dia dan kenapa?, boleh Sri TRiBuana ulas kerana kami nak juga tahu, orang ulu macam tak puas hati aje?.

Anyway keep up Sri TriBuana, to educate and made malay people understand need courage and persistent.

TQ dari Bentayan.

sri tribuana said...

Terima kasih saudara Bentayan,
Saya kurang pasti siapa yg urang Ulu maksudkan, personal sgt kot. Maaf saya tak dpt menjawab soalan itu