Menarik juga membaca posting Dr. Maza dalam Minda Tajadid: "Ulama UMNO Bakar Kapal". Pertama beliau mengakui beliau bukan orang politik dan tidak menyebelahi mana-mana parti. Kedua beliau menuduh 'ulama' UMNO sudah menjadi lebih radikal dan extreme dari PAS. Ketiga beliau memuji Nik Aziz sebagai 'ulama' yang membawa pembaharuan dalam PAS tetapi mendapat sedikit tentangan dari 'ulama' ortodoks PAS ala UMNO.
Baca di sini
Tulisan ini boleh mengelirukan dari seorang 'ulama' yang apolitical. Jika seorang yang tidak mempunyai kepentingan politik dan ilmu politik menulis tentang politik, ini membahaya kerana selalunya dalam dunia Islam pendapat 'ulama' sangat ampuh, walaupun beliau bercakap bukan dalam bidangnya.
Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif. Menurut Dr MAZA dalam postingnya.
Saya tidak tahu tentang konservatif tetapi UMNO memang sepatutnya perkauman kerana adanya M atau Melayu dalam UMNO. Dulu, kini dan sepatut selamanya UMNO memang parti perkauman dan ini asas serangan PAS yang kononnya mereka Islamik dan tidak assabiyah kerana mereka tidak pentingkan bangsa.
Antara kritikannya yang menuduh UMNO ala Taliban adalah isu 300 ribu orang murtad. Saya akui kurang faham isu ini dan saya tidak akan ulas. Tuduhan lain merupakan isu peguam syarie dari bukan muslim. Setahu saya orang yang melompat isu ini adalah Zulkifli Nordin dan beliau bukan ulama UMNO. Ada juga media baru UMNO yang bercakap tentang isu ini tetapi mereka bukan ulama UMNO. Tentang isu Allah memang ada golongan dalam UMNO yang melompat tetapi mereka bukan ulama.
Isu orang bukan Islam masuk masjid saya tidak rasa 'ulama' UMNO mengulas tentang ini kerana mereka tidak ada kepentingan. Tentang isu sebat, Mufti Perak tidak boleh di anggap 'ulama' UMNO kerana dia ulama Sultan. Jika dia nak pro UMNO misalnya, UMNO tidak campur urusan peribadi pandangannya. Sebenarnya UMNO tidak ambil kira pandangan 'ulama' pun dalam politik mereka. Mari kira berterus terang.
Jika UMNO ambil kira sangat pandangan ulama, tentu lesen judi bola tidak akan lulus. Dan dek kerana 'ulama' UMNO tidak jumudlah maka lesen judi boleh lulus.
Beginilah. Politik adalah politik. Nik Aziz tidak membuat sebarang islah dalam PAS pun. Malah Nik Aziz berselisih pendapat sesama ulama dalam isu kalimah Allah iaitu dengan Harun Din. Seperti biasa, perkara begini membuatkan 'ulama' makin tidak dihormati dan ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ini adalah penyakit ego ulama atau golongan mengaku ulama bahawa fatwa mereka yang paling hampir dengan hukum Allah!
Masalahnya Islam diletakkan dibawah kuasa Sultan. Sultan melantik Mufti. Mufti akan membuat fatwa dan jumud atau tidak fatwa mufti tidak ada kena mengena dengan parti UMNO. Jika ada orang UMNO yang melompat isu-isu sensitif kadang-kadang terdiri dari golongan Pemuda. Mereka mungkin inginkan political mileage.
Seperti Nik Aziz, ulama atau tidak orang politik adalah political animal. Matlamat mereka adalah pengaruh. Dalam dunia yang serba liberal ini, semua parti berebut hendak menjadi liberal, termasuklah PAS untuk meraih undi bukan Islam. Islam dan Melayu menjadi yatim piatu. Pendapat Dr. Maza ini tidak membantu Melayu dan Islam pun.
Dr. Maza mungkin maksudkan penguasa agama yang saya sendiri kadang-kadang meluat. Mereka bukan UMNO dan sangat sedikit pengaruh 'ulama' dalam UMNO tentang Islamnya di Malaysia. Tolong jangan kelirukan rakyat. Jika Melayu hilang kuasa, tidak ada apa nak dibicarakan lagi.
6 comments:
STB,
Dr.Maza sepatutnya tidak mengulas banyak tentang politik. Sebab dia masih lagi orang anggap ulama'. Jika Dr. Maza buat kenyataan yang dia sendiri kurang faham budaya poltik, status ulama'nya mula dipertikaikan. Lebuh baik dia terjun mandi sama kearah politik yang dia suka. Bagi sebahagian besar umat Islam negara ini tidak mengiktiraf fatwa yang dikeluarkan oleh ulama' politik. Hanya kumpulan/partinya sahaja iktiraf tidak secara meluas. Orang UMNO tidak menganggap n ajis ulama' kucing kurap sahaja kerana mengeluarkan fatwa dimerata-rata mengikut apa yang sesuai dengan kepentingannya. Contohnya Allah mencarut, boleh berkawan dengan syaitan, kafir berkongsi kuasa dengan orang bukan Islam, halal darah orang UMNO. lni semua ulama' yang tidak layak dituruti pendapatnya oleh masyarakat Islam cara menyeluruh.
2. Satu ketika dahulu Haji Hadi agak ekstrim mungkin kerana faktor usia muda pada ketika itu. Tetapi kini Haji Hadi sudah rasional dan matang, Fikirannya pun mula diterima ramai. Lagi pun dia mengeluarkan kenyataan tidak selalu dan merata-rata seperti kucing kurap buang najis. Tetapi n ajis makin tua makin nyanyuk. Kata-katanya tidak berhaluan. Tidak ada paksi. Yang haram halal. yang halal haram. Tuhan telah terbalikan hatinya tunjukan kepada manusia bahawa mengatakan orang itu kafir, berkawan dengan cina kafir hari ini kafir itu menyekap mukanya sendiri. S/U MIC Murugesan kata kena hukum karma.
Dr. Maza tak faham politik jangan campur. Orang yang bukan bidangnya memberi ulasan akan lebih rosak.Kita kena percaya bahawa kita bukan pakar dalam semua bidang.Orang kafir memberi komen tentang Islam tidak ada asam garam. Orang Islam komen fasal budha tidak masuk note, sumbang kalau alat muzik. Jika orang tidak berilmu buat begitu orang tidak hairan. Tetapi orang berilmu cakap fasal apa yang tidak tahu sumbang.
Dulu Dr Maza semasa jadi Mufti Perlis ramai orang berminat dan membaca setiap tulisannya. Tetapi sekarang bila asyik turun naik mahkamah syariah orang mula tawar hati. Tetapi masih simpati kerana percaya satu ketidak adilan terhadap pendakwah. Tetapi jika campur politik, jadi lain. Sekarang ini tidak ramai ulama' yang nuteral lagi diMalaysia. Umat Islam di Malaysia mahu lebih ramai yang nuteral untuk memberikan pandangan dan fatwa dalam Islam. Saya mengingatkan secara Ikhlas kepada Dr Maza, Ada banyak lagi soal Islam selain dari politik untuk diperbetulkan. TQ
Salam saudara Hamba Allah UIA.
Sekarang Malaysia masih di bawah kerajaan BN. UMNO adalah tunggak. Walaupun ada cacat cela UMNO tapi terbukti UMNO masih mampu melindungi kepentingan Islam dan melayu. PAS belum berkuasa sudah tunjuk kelemahan dengan tunduk kepada DAP. Kononnya inilah namanya liberal. jika 'ulama'seperti Dr. MAZA mengelirukan majoriti Melayu, saya bimbang UMNO akan turut liberal seperti PAS untuk meraih undi bukan Melayu. Bagi saya UMNO sendiri sudah tidak cukup radikal kerana kena offer yang terbaik buat bukan Melayu. Ini menjadikan pejuangan Melayu/Islam yatim piatu. Baik UMNO mahupun PAS akan meninggalkan pejuangan Islam/Melayu ditambah ulama goblok yg tak faham politik.
Politik isu tempatan. Tidak boleh kita ambil model Syria, Damaskus, Jordan, Saudi Arabia atau Iran. Ia berdasarkan budaya dan sejarah.
Mungkin Dr. Maza muak dgn sikap 'ulama' yang menduduki JAKIM, JAIS dan sebagainya tapi tolong jgn heret parti UMNO yang dh tak berapa nak Melayu ni. Yang rugi orang melayu/islam juga nanti.
salah ke apa yg diterangkan oleh DR MAZA?
Salam saudara Anon 5:21,
Salah tidak tapi kurang tepat dan boleh mengelirukan.
1. Dia tidak 'tembak' tepat siapa yang dikatakan ulama UMNO. Kebanyakkan kerja2 propaganda ini dibuat oleh budak-budak hanyor UMNO jer.
2. Dia kena bezakan mufti2 yg mana penguasa agama seperti JAIS dan JAKIM yg selalu buat tafsiran jumud bukan dtg dari UMNO. Penulis outsyed The Box pernah tulis dlm bukunya, To Digress A Little dia pernah dipanggil oleh JAKIM yang menyifatkan tulisannya dlm SUN sebagai boleh bertentangan dgn nilai2 Islam. Ketika itu Tun Mahathir sebagai PM minta JAKIM menimbang semula keputusan itu. Sebagai PM Tun M tidak boleh buat apa2 dgn 'ulama' ini kerana selalunya mereka dibawah kerajaan negeri di bawah Sultan dan dibawah Mufti. PM hanya kuasa executive.
3. UMNO jarang membuat keputusan berlandaskan pendapat ulama.
4. Apa yg ditulis seperti isu Allah menjadi polemik antara Zulkifli Nordin dan Khalid Samad. Nik Aziz dan Harun Din, dimana ulama UMNO?
5. Pemuda Penang buat bantahan ttg isu Allah, mereka bukan ulama, mereka mencari political mileage seperti mana2 org politik pun.
6. Pasal isu peguam syarie, ada point juga lawyer seperti Zulkifli Nordin bising. Jika UMNO bising kerana menjaga periuk nasi org Melayu Islam. Jika ini juga ingin dileberalisasikan, seperti kuota kelas F, apa tinggal utk orang Islam? Isu ini purely political bukan isu agama.
Kesimpulannya artikel itu tidak tepat sama sekali sbb UMNO memang parti kebangsaaa bukan jual Islam mcm PAS jadi dia tidak buaty decision yang mmg rujuk ke Tantawi, Qardawi, atau mana2 ulama pun.
Untuk makluman saudara, ulama UMNO adalah APCO, Keynes, Ungku Aziz, Nor Yaacob dan sekarang Idris Jala.
Jadi tak betul lah artikel tu
saudara, bukankah Najib sndr yg sruh org turun protes dalam kalimah isu Allah tu?
sarkasme dalam perkataan ulama. bukannya bodoh sangat org yang baca artikel DR MAZA.
Isu kalimah Allah yg boleh kata senang utk dihandle, diasak supaya protes. mudah sungguh melatah. benar ada ulama dalam Pas yg berselisih pendapat, tapi itukan pendapat. tak salah berbeza pendapat. mereka masih tenang dan tidak pun mengasak utk protes dan sebagainya.
Najib suruh protes? Tak tahu pula saya. Sulit sgt maklumat tu. Tapi 'ulama' UMNO diam jer. Dia nk beli kapal bukan bakar kapal ulama2 UMNO ni. Tak baik tuduh dia org tak liberal. Semua ulama dh liberal sgt dah. Kalau tak Dr. Maza marah.
Post a Comment