Followers

Tuesday, May 18, 2010

Semua Kuasa Adalah Korup

"All powers are corrupt, absolut power corrupt absolutely."

Jika tidak salah itu merupakan kata-kata Lord Anton. Rakyat tidak akan suka korupsi. Sesebuah kerajaan yang kelihatan korup akan segera diguling oleh rakyat. Kemudian naik pula pemerintah baru. Mula-mula mungkin bersih, tetapi lama kelamaan dalam mercu kuasa, sudah mula berlaku korup.

Sepatutnya semua parti politik tidak boleh menjadikan ketelusan dan bersih dari korup sebagai manifesto mereka. Bukan saya suka korupsi, tetapi saya hanya ingin menjadi realist. Rasuah tidak mungkin dapat di hapuskan kerana ia hampir melibatkan semua pegawai kerajaan dan orang politik. Orang politik pula bukan hanya kerajaan BN, termasuk PR. Oh sudah tentu mereka tidak akan mengaku. Kesalahan hanya wujud jika 'terkantoi'. 

Mari kita renung mengapa DEB gagal, mengapa GLC gagal dan mengapa anak syarikat milik kerajaan negeri kebanyakkannya gagal? DEB bahkan MEB mempunyai idea dan nilai yang murni, tetapi tidak akan mencapai sasaran jika tidak dilaksanakan dengan teliti dan jujur. Seramai 1.2 juta pegawai kerajaan yang kebanyakkan Melayu, PM Melayu dan seramai 67% penduduk Malaysia merupakan Melayu. Mengapa kita masih gagal mengembeling tenaga untuk mencapai hasrat memantapkan ekonomi orang Melayu. Kita mempunyai 'gigantic Malay political dan administrative machine' untuk mencapai matlamat berkenaan. Kita ada jentera, kita ada matlamat, mungkin kita tidak mempunyai will power atau singlemindessness untuk mencapainya.

Jika Melayu sudah memenuhi pra-syarat berkenaan untuk mencapai matlamat rangka samada DEB atau MEB dan masih tidak kesampaian, in bererti pelaksanaan(atau pelaksana) sebenarnya tidak ikhlas melaksankan gagasan berkenaan. Mana-mana gagasan juga akan gagal.

Dan dengan jujur saya akui memang semua kuasa adalah korup. PR mengatakan BN korup.Namun bila PR berkuasa seperti di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan, kedengaran saja di sana sini korupsi, kroni dan juga tidaktelus dalam menangani dana awam. Mari kita baca posting terbaru Kickdefella di sini 

Dalam posting berkenaan, PAS sebagai parti berlandaskan Islam tidak bebas dari korupsi. Sebelum ini saya sudah banyak mendengar keghairahan poli-tikus PAS menjual kawasan balak dan tanah persis seperti poli-tikus UMNO yang ditentang mereka. Atas nama politik, buntut masing-masing memang hitam seperti kuali dan belanga. 

Di Selangor, seorang ADUN minta MB Khalid menyiasat kes konsesi pasir. Jadi dimana-mana ada saja isu salahguna kuasa ini. Bukan hanya kerajaan BN malah kerajaan utopia PAS-DAP-PKR juga sama. Saya rasa masalah yang paling ketara dalam isu salahguna kuasa dan korupsi ini adalah 'rule of law'. Malaysia sebuah negara yang terlalu banyak memberi kuasa kepada executive(MB atau Menteri) menggunakan kuasa budibicara. Begitu juga dengan pegawai kerajaan. Dan kuasa budi bicara ini merupakan 'blank cheaque' yang membolehkan mereka mewarnai apa saja polisi tanpa sekatan - selagi masih dalam penafsiran 'bidangkuasa' mereka.

Di negara-negara maju mereka meletakkan 'rule of law' sebagai check and balance kepada kuasa manusia. Kuasa manusia yang cenderung kepada korupsi. Untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam jangka panjang, 'rule of law' ini perlu dibaiki dan diperketatkan. Letak mereka dalam satu rangka polisi dan hanya boleh bertindak berdasarkan jurisdiction yang terbatas. Jika tidak, tindakan mereka 'ultravirus'.

Jika ini tidak dilakukan, kita akan kekal dalam politik dunia ke tiga, mungkin masa itu sama dengan Laos, Kemboja, Vietnam dan Filipina. Indonesia, Thailand mungkin lebih advance. Dan Singapore memang sudah jauh advance. 

Banggalah kita sebab masih ada dua tiga negara yang lebih teruk.


4 comments:

Wake UP! said...

Kuasa akan membutakan mata seseorang. Oleh itu haruslah ada pihak luar yang memantau. Mungkin badan bebas yang memantau salahguna kuasa kerajaan patut diadakan.

Ketuanan Melayu

SUBKL said...

STB.

Bukan Semua Pegawai-pegawai Kerajaan dan orang politik perasuah. Mereka yang rasuah adalah individu-individu yang ada kuasa dan pembuat keputusan serta bidang penguatkuasaan.Tidak juga semua orang membuat keputusan dan penguatkuasa rasuah tetapi tendensinya begitu. Oleh kerana sebilangan pembuatan keputusan dan penguatkuasa ini rasuah maka semua kakitangan penjawat awam ditangkap muat sebagai perasuah dan akhirnya dilevelkan kerajaan rasuah.

2. Mengapa rasuah?. Mereka terpengaruh dengan tekanan hidup untuk kaya seperti ahli2 perniagaan. Mengapa ahli perniagaan kaya raya sedangkan kuasa yang ada pada tangan mereka menjadikan seseorang itu jadi kaya.Daripada mereka sahaja kaya atau berduit mengapa pula tidak dikongsikan. Kecil cara kecil besar cara besar. Mereka tidak mengatakan itu rasuah, tetapi komisyen. Kata mereka komisyen halal.Hadiah halal. saguhati halal.

3. Rasuah pegawai2 kerajaan mereka selalunya tidak makan seorang, sebaliknya dalam satu team. Mereka juga melantik proksi yang boleh dipercayai sebagai"collector".

4. Ahli-ahli politik pula mereka tidak membuat keputusan sebaliknya boleh mempengaruhi keputusan. Mereka berpakat dengan ahli perniagaan. Mereka mendesak pegawai supaya membuat keputusan mengikut kehendak mereka. Jika pegawai itu tidak ikut cakap mereka tak lama akan " belayau".

5.Oleh kerana ahli perniagaan inginkan kontrak, projek, lesen, atau apa2 kelulusan maka terpaksa melabur kerana jika tidak kereta ditarik, gaji tak berbayar, pejabat kena seal dan banyak masalah lain lagi mungkin dengan bank dibawa kemahkamah. Walaupun menangis dalam hati tetapi bayar juga jika tidak macam2 hal boleh jadi. Ekor kena pegang jika melompat lari alamatnya "ciret"

5. Baik cina mereka mereka bercerita sesama mereka orang ini berapa yang itu berapa senun berapa sinin berapa.kadang2 kerja tak jalan lagi pinjam duit bank habis bayar rasuah. Bila nak start kerja wang tak ada. Payment sangkut, pinjam along. lama-lama buat bangunan tiang tak cukup sebatang mana tak runtuh.

7. Pegawai kerajaan berhentilah ambil rasuah. Malu, kita bagi makan anak bini. Tak berkat. Gaduhkan anak jadi hantu, sekolah tak menjadi, menagih dadah bila besar, isteri berpenyakit, kita juga darah tinggi, kencing manis, anak cacat, kereta accident, tiba-tiba bukit runtuh rumah kita ghaib, anak hilang dan berbagai2 lagi musibah semua ini balasan dunia kerana tidak berkat.Itu belum tanah kubur sempit lagi berair. Kononnya mati tu lambat dan balasan akhirat kemudian cerita.

8 Puak-puak cina tak boleh percaya mereka yang bagi rasuah lepas itu dalam politik mereka kata kerajaan rasuah, itu olang angkat, ini olang hantam, kopi wang, babi wang, dua mulut dan sebagainya. Dalam prosedur baru SPRM itu esuk kita pakat masukkan kedalam puak2 yang kata orang melayu rasuah tu. Umpan eluk2 lepas tu sumbat kedalam. kita dapat ganjaran dari SPRM. Ganjaran itu halal. Tapi SPRM bagilah ganjaran itu ikut peratus rasuah yang ditawar atau didakwa. Baru orang galak. Jangan kedekut, ramailah yang mencari mangsa. Tidak percaya cuba. Kita kembalikan maruah pegawai melayu kita, Mereka tahulah nasibnya bila kita tidak terima rasuah lagi.

Kabar kedepa tu, sri Tri Buana. TQ

Anonymous said...

STB,

Tiga perkara wujud bersama tamaddun manusia, ia itu : Rasuah, peperangan dan Pelacuran. Ini semua berkait rapat dengan Kuasa. Kuasa digunakan untuk mendapat dan menambah kekayaan. Bila sudah kaya, kuasa di gunakan untuk menjaga kekayaan supaya kekal. Dengan itu berlaku lah peperangan. Cuma sekarang konsep nya berbeda, berbagai nama digunakan untuk maksud sama. Dengan itu Agama wujud untuk membentengi dari berleluasa bagi mengekang kereputan tamaddun manusia. Kesimpulan nya isu korupsi akan terus diperkatakan. Sejak lahir lagi manusia diasuh dengan insentif sebagai imbalan melakukan sesuatu yang dikehendaki. Apakah ini bukan berbentuk korupsi?.


TQ Kuang bukit.

sri tribuana said...

Salam saudara Fairy tales,saudara SUBKL dan saudara Kuang Bukit,

Masalah rasuah merupakan masalah universal. Utk menghapuskannya mustahil tapi kita kena menyediakan mekanisme utk mengawalnya. Cara SPRM juga tidak akan berkesan jika masih tunduk kpd tekanan org politik. Korupsi juga bukan bererti rasuah politik tapi salah guna kuasa. Utk mengawal kuasa kena ada 'rule of law'. badan luar tak bolrh campurtangan urusan negara kita.