Followers

Thursday, May 27, 2010

Samy Inc

Selepas Mugilan  dipecat kerana mengeluar kenyataan minta Samy bersara awal dari tarikh yang diberi, MIC atau lebih tepat lagi Samy Inc mendapat liputan yang hebat. Muncul pula GAS atau Gerakkan Anti-Samy tambah mewarnai filem Tamil buatan Malaysia ini. Di anggarkan 7000 orang India menyertai GAS ini.

Anak Samy Vellu, S. Vell Paari pula menuduh GAS sebenarnya didalangi oleh pemimpin tertinggi UMNO. Beliau beranggapan UMNO berbuat sesuatu bagi mengeluarkan Samy dari kepimpinan MIC. Kemelut bermula bila Samy mahukan Palanivel sebagai calon di Hulu Selangor, sementara UMNO mahukan Mugilan dan kompromi dibuat apabila kedua-dua setuju dengan Kamalanathan.

Paari juga menuduh UMNO punca mengapa kaum India dan Cina tidak mahu mengundi MIC dan MCA. Nadanya sudah hampir sama dengan DAP. Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T.Mohan membuat statement MIC tidak akan teragak-agak keluar dari BN jika UMNO mendalangi GAS. Ini kerana GAS akan dilancarkan pada Ahad ini di PWTC. Dua orang lagi CMC atau Jawatankuasa Pusat MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy yang juga telah dipecat dijangka turut serta dalam GAS ini.

Pertama kritikan saya nanti bukan mengenai keseluruhan masyarakat India, tetapi MIC, dan bukan berkenaan MIC keseluruhan juga lebih kepada Datuk Seri Samy Vellu. Beliau tidak mahu berhenti ketika beliau dalam zaman kegemilangannya seperti kata Tun Mahathir elok berhenti ketika orang suka.

MIC yang berani mengugut untuk keluar parti dan berani menuduh UMNO mendalangi GAS sangat biadap dan duri dalam daging kepada BN.  Dalam Pilihanraya Umum 2008, MIC hanya mendapat 179, 422 undi sahaja tetapi semua MP MIC seramai 3 orang di beri jawatan kabinet. Baru-baru ini Palanivel pula dilantik senator. Sepatutnya BN perlu kaji samada MIC perlu kekal atau tidak dalam BN.  Sudahlah minoriti, undi juga minoriti.

Cara Samy Vellu menghakmilikkan MIC sebagai parti individu dan anak beranak membuatkan kaum India yang luar dari kroni membenci MIC. Sikap kuku besi beliau yang langsung tidak boleh ditegur dan dikririk seolah-olah beliau Maharajah tidak sesuai bagi mana-mana pertubuhan demokrasi. Dalam parti demokrasi mesti ada perbezaan pendapat. Jika ada perbezaan pendapat Samy akan memecat mereka. MIC sudah jadi parti diktatorship. Wajar jika GAS muncul dan tanpa perlu direncana oleh pucuk pimpinan UMNO pun.

Sejarah membuktikan, mana-mana pemimpin yang sangat lama akan jatuh akhirnya. Jika peribadi sehebat Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew faham bila masa mereka sudah tiba dan tahu bersara, apatah lagi Maharajah Samy Vellu.

Samy Vellu mungkin kecewa sebagai President beliau tidak mendapat sebarang jawatan seperti Senator atau Menteri. Koh Tsu Koon dan Shahrizat Jalil dilantik sedangkan mereka juga kalah di constituency mereka. Samy tidak faham 'silent languange' Datuk Seri Najib yang rela melantik Timbalan President MIC, Palanivel sebagai senator.

Sebenarnya UMNO tidak perlu campurtangan menjatuhkan MIC. Dan memang UMNO tidak akan membuat tindakkan demikian. Tuduhan berkenaan hanya datang dari khayalan diktator yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Samy Vellu akan ditolak oleh MIC sendiri, jika tidak dan MIC kekal sebagai Samy Inc, MIC akan ditolak oleh masyarakat yang diwakili mereka iaitu kaum India.

Bila ini berlaku, MIC sudah tidak relevan kepada BN lagi.

4 comments:

Unknown said...

salam sri tribuana,

Jika T.Mohan ada hajat nak bawa MIC keluar BN kita tak blh nak halang. Samy Vellu dan kuncu2nya ni patut sedar lama dah bahawa mereka hanya liabiliti kpd BN.

Mereka patutnya dah insaf dan berubah bilamana DS Najib merasmikan Makaal Sakti dulu. Tatkala itu jika mereka ikhlas kpd masyarakat india, mereka dah rebranding kan MIC. Malangnya perubahan tidak berlaku, malahan MIC makin kusut. Rupanya Samy dan kuncu2nya lebihkan kepentingan peribadi drpd nak membela nasib kaum india.

YANG GAMBI said...

Mereka apa susah, boleh balik India ape....... dengar cerita Samy pun dah ada Istana besar kat tanah India...

Anonymous said...

Aku mula melihat Kederhakaan MIC ini semasa Samy Vulu merestui anak buah nya nak gantung selipar kat gambar Tun Mahadir....

Ketidak Ikhlasan makin terserlah lagi, apabila anak2 Samy menuduh UMNO yang bukan2, sabenarnya itu semua lebeh kepada suara Samy sendiri melalui suara anak2nya.

Kalau dah India tu India jugalah..GAS akan membakar kamu Mr. Samy..

sri tribuana said...

Salam saudara Jalak Lenteng, Yang Gambi dan Anon 6:49.

Maaf dari Pari tidak sepatutnya diterima dgn mudah. Barisan perlu ada mekanisme utk mendisiplinkan parti komponen agar jgn ckp merapu. Jika tidak, kepimpinan BN mcm tak ada kredibiliti.