Followers

Saturday, May 22, 2010

Apa Kaum Cina Mahu?

Soalan ini subjektif. Jika kita tanya sepuluh orang Cina, kita akan dapat sepuluh jawapan. Bagi penulis artikel 'What Chinese Want', Kee Thuan Chye yang dimuatkan oleh Datuk Ti Lian Ker dalam blognya, kaum Cina tidak mahu kerajaan yang corrupted seperti BN. Pada 18hb Mei baru-baru ini, Presiden MCA bersuara mewakili kaum Cina BN. Mungkin suara kaum Cina DAP lain pula.

Saya quote kata-kata Chua Soi Lek dalam Star:

"Chinese voters now have a deeper concern for intellectual issues rather than just wanting rice-bowl problems to be addressed, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said. These intellectual issues included racial fairness, accessibility to education, scholarships, promotions, judiciary and crime, he told a press conference after a dialogue with automative parts manufacturing associations, at Wisma MCA here Tuesday."

Bagi kaum Cina, isunya bukan 'bread and butter' lagi tetapi hal yang lebih mendasar: isu-isu intelek. Ini berbeza dengan orang Melayu dan India yang masih ramai dibawah paras kemiskinan. Dengan erti kata lain, kehendak kaum Cina adalah perkara yang sukar untuk dipenuhi, tidak hairan jika cek 3juta dan 18juta diperlekehkan.

Untuk menjadi lebih fokus, mari kita bincang satu persatu. Datuk Chua berkata antara isu 'intelek' yang dibangkitkan oleh kaum Cina di Malaysia ini adalah keadilan sosial, kemudahan pembelajaran, biasiswa, kenaikan pangkat, sistem kehakiman dan jenayah.  

Kaum Cina mahukan keadilan sosial. Di sini saya tidak faham keadilan sosial yang bagaimana. Dari segi asas mereka jauh lebih berjaya dari peribumi. Saya tidak nampak orang Melayu menindas kaum Cina. Malah kerajaan BN membenarkan mereka berkongsi kuasa, kebanyakkan mereka menang di kerusi majoriti Melayu kerana jika majoriti kaum Cina sudah tentu mereka akan kalah dengan DAP. Dalam isu menindas saya rasa Melayu paling toleran, membenarkan mereka mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina, membenarkan mereka mengamalkan adat resam dan budaya Cina. 

Dalam satu artikel yang di tulis dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh yang diterjemahkan oleh seorang kawan kaum Cina mengatakan kerana tidak puas hati dengan Malaysia sudah ramai kaum Cina profesional telah migrate ke Australia, New Zealand dan United Kingdom, untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Aneh, saya rasa negara berkenaan lebih rasis dibanding dengan Malaysia dan saya tidak fikir mereka membenarkan sekolah jenis kebangsaan Cina wujud di negara mereka. Apa lagi memberi bantuan kewangan.

Dianggarkan seramai tiga ratus ribu orang golongan profesional yang telah berhijrah dan kebanyakkan dari kaum Cina.
Saya akui Malaysia memang menghadapi krisis kepimpinan baru-baru ini. Mungkin ramai golongan business dan profesional tidak berpuashati dengan cara Malaysia ditadbirkan. Saya sendiri merasakan ramai profesional berhijrah merupakan sesuatu yang tidak elok kepada negara tetapi jika mereka merasakan boleh mencari keadilan di negara-negara lain, tidak ada siapa yang menghalang mereka.

Mengenai pendidikan, saya berpendapat sistem semi meritokrasi perlu diadakan. Jika ada anak orang Malaysia yang brilliant mereka perlu dibantu hingga jaya tanpa mengira kaum. Negara membangun seperti Malaysia ini memerlukan bijak pandai. Kepandaian ini kadangkala anugerah. Jika Enstein menjadi warganegara Malaysia, dia juga perlu dibantu semaksimum mungkin walaupun dia Yahudi. Dalam soal pendidikan, saya setuju pendidikan perlu bebas dari segala prejudis.

Tentang biasiswa, JPA sudah memberi biasiswa sebanyak 45% kepada lain-lain kaum. Ini bermakna seramai 45% bantuan biasiswa yang sepatutnya dapat ke anak bumiputera telah diambil. Kaum bumiputera tidak mengamuk hingga tidak mengundi kerajaan BN atau UMNO yang tidak berdaya mempertahankan hak mereka demi keadilan kaum.

Dari segi promosi, saya kurang faham promosi apa. Jika dalam bidang kakitangan awam, saya rasa kita juga tidak mengamalkan diskriminasi.  Dari segi kehakiman dan jenayah, seperti kata Datuk A. Kadir Jasin, ini bukan hanya isu kaum Cina, ini isu semua kaum di Malaysia ini, bumiputera, orang Asli dan India. Semua warga Malaysia tanpa mengira bangsa mahu melihat Malaysis sebagai sebuah negara yang adil, saksama, tanpa campurtangan politik dalam bidang kehakiman. Kita juga mahu lihat jenayah dikurangkan jika tidak dibenteras terus.

Jika keadilan perniagaan yang dibangkitkan oleh kaum Cina, jangan kita tidak tahu, dasar patronising ini bukan hanya kepada orang Melayu atau UMNOputra, kerajaan juga ada membantu kaum Cina hingga mereka menjadi billionaire hasil bantuan kerajaan. Berbeza dengan orang Melayu, jika mereka ditolong akan datang lagi dan minta ditolong lagi. Sebaliknya bagi kaum Cina, mereka akan menjadikan bantuan itu sebagai batu loncatan.

Datuk A. Kadir Jasin membariskan antara billioanaire Cina atau India yang dibantu oleh kerajaan dalam blognya. Baca sini.

Antara yang disebut sudah tentu Vincent Tan. Beliau mula menjadi billionaire apabila Sport Toto diswastakan dan beliau mendapat hak monopoli lesen judi itu pada tahun 1980. Baru-baru ini beliau mendapat lesen judi bola yang diluluskan kepada Ascort Sport. Begitu juga dengan Ananda Krishnan. Dengan sekelip mata beliau menjadi jutawan apabila mendapat hak pengswastaan lumba kuda Jalan Ampang, beberapa lesen judi dan komunikasi. Ini diberi kepada mereka kerana hak ekslusif tidak boleh diniagakan oleh bumiputera.

Di Sibu, kaum Cina yang mendapat faedah ekonomi hasil pembalakan tetapi tetap tidak menyokong kerajaan. STAR melaporkan seramai 27 orang  'Sarawak Shakers' dari kaum Cina. Antaranya Tiong Hiew King, Ting Pek Khiing, the Lau brothers (Henry Lau Lee Kong, Stephen Lau Lee Kiong and Vincent Lau Lee Ming), Hii Yii Chiong, Ding Jack Sung, Ling Chiong Ho, Wong Kie Nai, and Yaw Teck Sen.

Pada tahun 1970an YTL Group hampir bankrupt tetapi mendapat kontrak kerajaan membina sekolah, hospital, rail keretapi dan mendapat IPP(Independetn Power Producer) hasil dari kerajaan. Robert Kuok yang mendapat monopoli AP gula juga mendapat AP dari kerajaan. Jadi jika semua yang besar-besar sudah ditelan oleh mereka, apa lagi cerita keadilana sosial. Takkan kelasF yang monopoli bumiputera juga hendak dibangkitkan.

Jadi sebenarnya, apa kaum Cina mahu? Perdana Menteri Cina yang pertama, atau Presiden CIna? Langkah mayat saya dulu.







16 comments:

Wake UP! said...

Manusia tak mengenang budi bolehlah berhijrah ke mana-mana tempat yang disukai. Dah puluhan tahun tinggal di Tanah Melayu masih mahu berpegang pada sekolah perkauman mereka. Ini Malaysia bukan China atau India.

Denial syndrome

HANG JEBAT said...

http://parti-islam-melayu.blogspot.com


salam mintak tolong link blog saya tq... salam

YANG GAMBI said...

Mudah saja, mereka mahukan kuasa mutlak macam di Singapura, hapuskan kuasa Raja-Raja dan Hak-Hak Melayu-Bumiputera......

Kalau bukan, apalagi yang mereka mahau ? boleh dikatakan semua ekonomi yang ada telah mereka miliki, tanah-tanah, pendidikan dan macam-macam lagi.... malah mereka dapat hidup dengan penuh harmoni, senang, tidur lena semua mereka miliki..... apa lagi ?

Anonymous said...

Salam,

It is not about corruption, it is not about anythings else. It is about POWER. Chinese wants POWER.

They already have everythings. Bagilah apa pun, Chinese akan terima, tapi pangkah? Pembangkang.

They need money? They already have money! BN promises development, they accept, BN promises project, they accept. Pangkah? Tetap pembangkang.

POWER is no 1 to them now. Yang tak sedar2 diri, orang MELayu, PAS.. hamPAS la..

-Art-

Ali Abdullah said...

salam,

mohon masukkan url kami ke dalam bloglist tuan,

http://rajahmas.blogspot.com/

terima kasih

Unknown said...

kaum cina tak akan puas. saya berani jamin, 20% sahaja kaum cina malaysia mempunyai semangat patriotik yang tggi. yg lain lalang atau khianat.

sri tribuana said...

Salam semua,

Saudara Hang Jebat dan Apai Ngelai, telah saya linkkan kedua2 blog saudara dlm bloglist saya.
Saudara Life is not a fairy tale, Yang Gambi dan Kayrolldin,

Saya memang rasa itu pun hasrat mereka, menguasai Malaysia seperti Singapura

Anonymous said...

Salam STB,

Selagi politik berasas dan berpaksikan kaum, selagi itu mereka mencari dan menimbulkan isu bagi menunjukkan mereka mengambil berat kaum mereka, seolah - olah nya tak bersekesudahan semata - mata strategi survival politik dan mendapatkan sokongan. Seolah mereka tidak memahami realiti sebenar atau sengaja menulikan telingga, membutakan mata dan membebalkan minda tentang Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa, berbagai adat resam dan kebudayaan, pelbagai bahasa dan dialek, dan berbilang Ugama. Adakah kerajaan yang memerintah sejak lama dulu, waima semasa empire Mallacca dulu tidak pernah menekan dan menganak tiri orang yang berhijrah. Keadialan mesti kena pada tempat nya.

2. Saya bersetuju dengan pandangan dalam komen di atas, biar lah mereka nak berhijrah dan tidak mahu jadi warga negara Malaysia, itu hak mereka dengan alasan peribadi samaada mencari padang hijau yang lebih baik di negara luar, lagi pun ini mereka yang kaya dan professinal. Bagi golongan yang setia dan marhein, tak berwang mereka tetap dengan negara ini. Bab kata bidalan " Hujan mas di negara orang tak sama dengan hujan batu di negara sendiri". Lumrah tabie manusia , sentiasa dilihat cantek jika diluar atau bukan kepunyaan kita, bila berada ditempat itu baru tahu jantan betina nya, itu sebab nya ada kedengaran ingin balik menjadi warganegara Malaysia.

3. STB, kebijakan dan kepandaian itu, 3% usaha dan 97% adalah sikap. Yang patah akan tumbuh berganti. Otak sama berat nya. Tanya siapa pemilek pusat hiburan, darimana timbul nama gangster, siapa pemberi rasuah tentu yang berwang, siapa dia?.

4. Apa pun kita-kita tetap lah di bumi malaysia, BN/UMNO adal;ah pemimpin dan tunggak kita-kita. Kalau berpengalaman melancong dan pernah tinggal dinegara orang, maka Malaysia adalah paling wahid.


TQ Kuang Bukit.

Mohd said...

Betul, kaum Cina mahu kuasa politik mutlak di Malaysia!
1. Perhatikan kaum Cina telah menolak MCA dan Gerakan dan menyokong DAP sepenuhnya. Kaum Cina yg telah menguasai 80% ekonomi negara mahu 100%. MCA dan Gerakan tidak boleh berikan mereka kuasa politik.
2. Jadi kaum Cina menggunakan MCA utk mendapatkan mereka apa yg boleh dpd UMNO. Perhatikan kaum Cina telah melantik porn star Chua Soi Lek sbg Presiden MCA kerana dia mempunyai hubungan yg baik dgn Najib. Apa dia minta utk orang Cina, semua boleh dapat!
3. Hanya melalui DAP kaum Cina akan dapat ke Putrajaya. DAP menggunakan Anwar Ibrahim dan PAS utk mencapai cita2 kaum Cina utk berkuasa penuh di Malaysia spt yg telah berlaku di Singapura.
4. Tengoklah di Selangor dan Perak disebabkan MB mesti dari kalangan orang Melayu, itulah MBnya Melayu. Tetapi MBnya hanyalah patung yg dgn mudah boleh diperalatkan oleh DAP utk kepentingan mereka. Tengok sajalah isu premium tanah di Sekinchan - tanah utk Melayu RM10 sekaki persegi, tetapi utk Cina hanya RM1 sekaki persegi! Apa PKR dan PAS boleh buat? Ternganga saja melopong. Ada mata tengok. Ada telinga dengar. Kalau buka mulut akan dikenakan tindakan oleh Kerajaan Pakatan.
5. Di PRU13 nanti, Kaum Cina melalui DAP akan sapu bersih semua kawasan bandar. PAS dan PKR akan digunakan utk menawan kawasan2 majoriti Melayu. Memang Anwar akan dijadikan PM patung. Yg berkuasa sebenarnya adalah kaum Cina DAP. MCA dan Gerakan akan menjadi musuh dlm selimut mensabotag BN utk mencapai hasrat kaum Cina ini.
6. Dgn kelebihan 2/3 di parliamen, kaum Cina dgn mudah boleh meminda perlembagaan.
7. Langkah pertamanya adalah menghapuskan Raja-Raja Melayu supaya kaum Cina boleh menjadi PM dan MB di Republik of Malaysia. Anwar atau seorang dari PAS akan dilantik menjadi Presiden buat sementara. Seperti telah berlaku di Singapura, Yusof Ishak telah dilantik Presiden yg pertama. Lepas itu sehingga sekarang kita tidak mendengar nama Melayu lagi jadi Presiden Singapura!
8. Bila kaum Cina dah berkuasa, mintak maaflah kaum Melayu can go to Hell spt yg berlaku di Singapore.
9. Ahli2 PAS berilah perhatian dan lakukanlah sesuatu sebelum terlambat. UMNO sedarlah dari mimpi.
Allah hu Akbar.

Unknown said...

cina nak perintah M'sia..???

LANGKAH MAYAT SAYA DULU..!!!

Anonymous said...

Saudara STB,

Terharu membaca tulisan saudara serta komen rakan2.

Banyak yang yang saya setuju cuma sedikit sahaja komen nak dilontarkan.

1. Ramai profesional Cina berhijrah kerana 'No Hope' kepada Malaysia. Biarkan..lama kelamaan makin kurang yang tinggal. Soalannya bolehkah kita bangunkan negara ni tanpa mereka...Saya Pasti Melayu Boleh.

Mengapa Kerajaan/Pemimpin Melayu (UMNO) masih membela Tauke Cina ? Kalau tahu mereka adalah musuh seharusnya mereka ini tidak dibantu...jadi mesti ada orang tengah @ balaci @ proksi yang merupakan pemimpin Melayu sendiri.

Seperti yang pernah saya hujahkan sebelum ini, jangan terlalu gusar dan bimbang akan mereka sehingga kita tidak boleh meneruskan Agenda Melayu.

Kita punyai Raja2 Melayu, Kerajaan Majoriti Melayu, PM Melayu & Kabinet ramai Melayu, Ahli Parlimen ramai Melayu serta pegawai Kerajaan juga ramai Melayu dan majoriti penduduk juga adalah Melayu.

2. Mungkin Singapura agak terkeluar dari scope kerana pada tahun 1965 apabila Tunku keluarkan mereka dari persekutuan...72.3 % penduduknya adalah Cina dan hanya 14.8 % sahaja Melayu daripada 3 juta penduduknya ketika itu. Saya berpendapat keputusan Tunku walaupun pahit untuk ditelan tetapi mungkin satu yang baik untuk dikenang...

Dan sejarah yang harus kita ingat pada waktu itu Singapura telah dikuasai oleh barisan birokrat dan cendiakawan hasil penjajah British dan golongan ini terlalu opportunist terhadap UMNO dan Malaya.

Politician UMNO belum tentu mampu menyaingi mereka sekiranya mereka kekal dalam persekutuan bersama dengan hampir 3 juta pengundi.

Oleh itu, cukuplah membenci dan memarahi Singapura & Lee Kuan Yew...kerana itu adalah ketentuan Allah.

LKY tinggal di Cambridge 3 tahun untuk belajar law dan lulus first class serta 1 tahun buat chambering di Tample Inn dan pulang menjadi peguam terkemuka sebelum berpolitik dan banyak bergaul dengan golongan Union Melayu. Jadi beliau tentu telah membuat banyak perkiraan untuk mengalahkan UMNO dan Melayu.

Berbanding Tunku yang tinggal 9 tahun di Cambridge tetapi gagal pulang sebagai seorg peguam...serta banyak habiskan masa bersama (maaf..sensor)....tentu jauh bezanya pemikiran mereka ini kan!!!

Jadi standar kehidupan di Singapura meningkat secara tajam. Investor asing dan perusahaan pemerintahan dalam bidang industri telah meningkatkan ekonomi dan Berdasarkan GDP (Gross Domestic Product), Singapura merupakan negara ke 14 terkaya di dunia

Meskipun Singapura memiliki wilayah dan relatif kecil, Singapura mempunyai simpanan dana cadangan sebesar US$150 billion.

Data survey dari Mercer Human Resource Consulting menyatakan bahwa Singapura menduduki urutan ke-3 di Asia dalam standard kehidupan termahal; dan dalam urutan ke-14 di dunia. Hebat bukan !!!

Dan akhir sekali..GLC mereka seperti Temasek, SingTel serta SIA tak pernah rugi.....Bukan spt Sime Darby, Proton, dll lagi (malu nak sebut banyak2).

Jadi jangan salahkan LKY kalau beliau sering menyatakan Malaysia selalunya memilih dan meletakkan orang tidak layak untuk memimpin bukan sahaja dari segi politiknya tetapi juga perundangan serta perniagaan.

The Philadelphia

anak semantan said...

'mari kita kencingkan kubur datuk nenek moyang kita ' kata anak cucu kita 30 tahun akan datang.

Anonymous said...

keadilan sosial di Singapura - meritokrasi - GLC dan pentadbiran diperingkat tinggi - membuat keputusan peringkat tinggi.Top post itulah matlamat malaysian malaysia.

We want to do it the Chinese way of life.

sama macam takshin (bangsa cina) di kalangan Sukhoi thai di benua siam

sri tribuana said...

Saudara-saudara sekelian,
dari berbagai komen di atas saya dapat simpulkan semangat juang anak Melayu masih kental. Kita mmg tidak rela atas nama demokrasi Malaysia menjadi seperti Thailand diperintah oleh bukan bangsanya. Jgn kita perlecehkan pula kelicikan politik mereka yang mempunyai jaringan niaga antarabangsa dan mempunyai asset billion ini kerana dengan duit, poli-tikus bahkan raja boleh dibeli. Kita tidak menyalahkan Lee Kuan Yew atau membenci Singapura cuma jadikan sempadan dan tauladan jika kita tidak cekap berpolitik, tidak ada yang selamat walau termakub dalam perlembagaan. Don take thing for granted.
Kata org putih, evil has many faces, mereka tetap boleh memerintah dengan membonekakan Melayu. Kita sudah lihat di Selangor dan Perak. Majoriti Melayu juga jangan terlalu mempercayai pemimpin politik mana2 parti. Melayu secara general will kena bangkit jika kepentingan Melayu terancam

Anonymous said...

Apa orang Cina mahu???

Sabenarnya pertanyaan ini sudah lam dah terjawab, mari kita kembali sekejap kepada cetusan sejarah hitam 13 Mei 1969, semasa itu mereka mahu hanya satu, Ia itu menyapu orang Melayu dengan Penyapu besar, simboliknya tak lain dan tak bukan adalah untuk menghapuskan orang Melayu diBumi Melayu ini waima hingga tidak meninggalkan cebisan2 Melayu sekalipun.

Lembaran pertama telah dibuka dan kini mereka sedang terjemahkan, Penyapu besar simbolik untuk menyapu Melayu kini telah dibina dengan menggunakan ramuan Politik, orang2 Melayu yang tidak sedar siapakah mereka digunakan sagai batang penyapu yang mereka pegang supaya senang diarahkan keruang2 dan sudut yang perlu....

MCA dan DAP adalah merupakan jenama2 yang dikeluarkan dari kilang yang sama bagi tujuan yang sama cuma peranannya sahaja dibezakan agar ketaraan nya tidak dikesan, walaubagaimanapun dengan kehendah Allah pekong mereka terburai juga dan kini kita boleh kenal MCA yang selama ini dianggap rakan seperjuangan sabenar gunting dalam lipatan...

Di akhir kata saya menyeru HUBAYA2lah wahai bangsaku bansa Melayu yang telah diamanahkan Allah untuk Memakmurkan Tanah Melayu ini dan menjaga Ksucian Ugama Islam walau dengan nyawa dan darah sekalipun.

Allahu Akbarrrrr!!!!

El-Haneef said...

Dari pengamatan peribadi saya, saya melihat kaum cina lebih mahukan keadilan sosial yg mana ia merujuk kepada pentadbiran yang korup mampu menyumbang kepada penurunan kuasa beli rakyat dan taraf hidup.

Seperti sedia maklum, peratusan besar orang cina hidup dengan perniagaan yang membawa maksud oenggantungan kepada kuasa beli rakyat dalam menentukan jumlah transaksi. Penurunan kuasa beli rakyat akan membuatkan pengurangan jumlah transaksi apabila rakyat mula kurang membeli dan ini secara tidak langsung apabila dimakan masa, isu bread and butter akan timbul.

Soal kuasa politik juga tidak dinafikan merupakan salah satu isu yang jelas tetapi samar apabila MCA dilihat hilang kuasa di dalam BN.

Dari pengalaman hidup saya berurusan dengan kaum cina baik di Malaysia atau diluar negara, mereka bukanlah satu kaum yg percaya dalam satu urusan atau urusniaga apabila tiada orang mereka yg mempunyai suara dalam jawatankuasa urusan tersebut. Sungguhpun kaum ini dikenali sebagai kaum yang paling berani mengambil risiko, mereka juga dikenali sebagai kaum yang paling bijak mengurus risiko.

Memandang kaum cina dgn fully pesimistic adalah tidak bijak. Di Tanah Melayu sendiri kita melihat kaum cina pernah menghambakan diri dan bersifat patriotik melalui MPAJA dlm menentang Jepun. Dua bangsa yang banyak bertarung nyawa dlm menentang Jepun di Tanah Melayu adalah kaum Melayu dan Cina.

Tapi ini tidaklah bermaksud kita perlu menyerahkan kuasa politik kepada mereka. Berkongsi adalah tindakan yg boleh diterima, dan dalam satu tempoh masa, saya juga melihat Melayu tidak bermasalah berkongsi kuasa dengan cina. Cuma perlu kita berkeras sekiranya diberi betis mahukan paha. Saya tidak cakap cina sekarang mahukan paha, tapi apabila saya lihat mereka sedemikian rupa, saya juga tidak akan berdiam diri.