Sudah lama saya tidak menulis tentang KJ. Sekarang ini ada sesuatu yang menarik tentang beliau.
Apabila ura-ura Ron 95 akan dinaikkan, dan subsidi akan ditarik secara beransur-ansur,tiba-tiba KJ menjadi jaguh kumpulan marhean. Bukan saya setuju minyak dinaikkan dan subsidi ditarik tetapi saya cuma rasa pelik bagaimana manusia ini masih mampu berkata-kata tentang sesuatu yang bapa mertuanya pernah lakukan - dengan lebih teruk hingga BN hilang lima negeri.
Itu belum diambil kira kerugian negara kerana kehilangan blok L dan M yang didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir sebelum ini. Dalam rundingan dengan Brunei untuk mendapatkan Limbang, Malaysia kerugian sebanyak 100 billion USD ketika era Pak Lah berkuasa(read KJ).
Shaifudin Nasution mengungkit kenyataan Khairy Jamaludin pada tahun 2008 apabila beliau menyokong dan memberi rasional kenapa harga minyak dan subsidi perlu ditarik. Beliau bersutuju kerana itu keputusan mentuanya. Dan rebate sebanyak 600++ itu juga beliau mempunyai kepentingan melalui Pejabat Pos.
Pada tahaun 2008, KJ bercakap bagi pihak elit yang memegang kuasa, dan sekarang bagi pihak marhein. How chameleon!
KJ semakin lama semakin mengarut, ditambah dengan flip flop seperti mentuanya. Pernah buat kenyataan tidak akan bertanding di Rembau dan akan sambung belajar. Pernah beri gambaran akan bersara dari politik dan tidak mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda.
Lepas tu tiba-tiba pula masih akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, dan soal parlimen Rembau, perkara antara "saya dan PM", katanya pula. Baca sini.
Terkini, KJ juga minta dalam isu kepentingan kaum iaitu Melayu, beliau menegaskan jangan terbawa-bawa dengan emosi hingga melukakan kaum lain. Dan jika soal kepentingan kaum, kaum mana yang emosinya tidak terusik jika kaum mereka disentuh. Baca sini.
Ini bukan kenyataan yang bijak dari seorang Ketua Pemuda UMNO. Mungkin ini kenyataan kenegaraan dari seorang PM, tapi bukan Ketua Pemuda UMNO yang secara tradisi adalah pendesak dalam kerajaan, dan extreme dalam menjaga kepentingan Melayu.
Begitu juga dengan isu biasiswa, KJ lebih menyebelahi Wee Ka Siong dari menuntut MARA menambah lagi dana untuk kepentingan bumiputera. Belum diceritakan soal mempertahankan Islam. KJ lebih ghairah mengenakan Big Dog yang mungkin ada permasalahan peribadi dengannya dari mempertahankan Islam.
Kejanggalan KJ berpolitik ini menyebabkan terkeluar artikel oleh Syed Hasan Ali: KJ Perjuangkan Agama Mana? Pembaca boleh baca dalam blog Big Dog Com
Dalam usaha beliau untuk kekal relevan dalam politik Malaysia, banyak usaha-usaha terdesak -dan kenyataan tidak bijak - dari Ketua Pemuda UMNO ini. Apabila mendedahkan seramai 120ribu ahli Pemuda tidak berdaftar pemilih, KJ sebenarnya menjerat lehernya sendiri kerana terbukti beliau lebih minat bermain twitter mengupdate keputusan perlawanan Red Devil dari mendaftar pemilih ahli-ahli Pemuda. Ringkasnya, selain bermain twitter dan bercakap, KJ tidak buat kerja.
Mungkin KJ sudah makin kehabisan 'minyak' agaknya.
4 comments:
Bro,
Out of topic . About Datuk Sak kita . Please go thru LKS blog . Dia paste tulisan Datuk Sak . May be you should put some arguments on his article . Datuk Sak ni pun penyokong KJ. Bukan apa cuma malu sebab LKS beri pengiktirafan dekat ahli UMNO by publishing his writing.
salam anon 1:05,
Biarla, itu pendapat dia, lagipun dia dari bahagian tok jib. pandai la tok jib mengitarnya
dalam banyak2 blogger proUMNO, blog tuan yang saya rasa agak selesa untuk membacanya. tidak dipenuhi oleh kata2 kasar,kesat,lucah dan sebagainya.
i'm very much delighted by your analytical approach to the political problem in malaysia and your sensible view.
Saya akan datang selalu.
oh...dan makin lama saya merasakan yang memang DAP tidak boleh dipercayai.
woe on to us if we ever fall for their trick.but are we strong and wily enough to counterattack it?
we do need a lot more quality representative for our malay community i'd suppose. No more those who just bark the loudest but act strongest.
salam saudara zakzak,
terima kasih atas komen. sebenarnya saya merasa bimbang dgn strategi halus DAP. mmg mereka ke depan dari ahli politik melayu - kebanyakkan Melayu. lagipun mereka bersatu. Contoh, semua parti cina respect ngo merek tapi tgk la melayu, melayu sendiri yg hentam ngo mereka.
Post a Comment