Siapakah dia?
Setelah dipecat dari UMNO, Anwar telah menjadi seperti 'barang rosak'(damage goods). Sebelum itu, Anwar, semasa menjadi pemimpin pelajar merupakan seorang yang lantang bagaikan 'loose cannon'. Dia boleh hantam siapa saja dia suka, dan mula membina image sebagai 'fighter' dan menyemarakkan imaginasi golongan muda.
Dia menyertai UMNO kerana kononnya 'terpesona' dengan kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Dia juga mendakwa dia masuk UMNO kerana 'ingin mencuci UMNO dari dalam'. Tapi dia lupa mencuci dirinya sendiri dulu.
Pemimpin yang pernah mendapat julukan 'Menteri Nawaitu' ini mula merasakan betapa lazatnya kuasa. Kuasa yang dia tentang semasa dia masih hanya pemimpin gerakan pelajar yang sering terpesona dengan retoriknya sendiri. Juga utopia.
Setelah dipecat dari UMNO pada tahun 1998, segalanya berubah.
Anwar bergelumang dengan sekian banyak kemelut. Tidak ada pemimpin yang terpalit kemelut yang begitu hebat selain Anwar. Dia menyalahkan jentera propaganda UMNO. Masalahnya UMNO sudah mempunyai musuh sebelum Anwar muncul dalam politik Malaysia lagi.
Cuba kita tanya mengapa musuh-musuh UMNO yang lain tidak ditimpa kemelut yang sama? Lim Kit Siang sudah lama mengancam UMNO tetapi tidak ada skandal yang boleh dikaitkan dengan beliau. Beberapa pemimpin PAS yang utuh seperti Haji Hadi dan Nik Aziz juga saingan yang boleh menggugat UMNO tetapi tidak isu yang 'sumbang' boleh dikaitkan dengan mereka.
Mengapa Anwar?
Mari kita senaraikan kemelut Anwar.
1. Aktiviti homoseksual yang melibatkan bekas pemandunya Azizan, adik angkatnya Sukma Dermawan, Saiful Bahari dan beberapa lelaki lagi.
2. Hubungan dengan isteri orang.
3. Hubungan dengan wanita diluar perkahwinan seperti 'Peristiwa Bukit Kenny' dan China Doll.
4. Ditinggalkan oleh pengikut-pengikut setianya seperti Ezam, dan 6 orang Ahli Parlimen PKR.
5. Masalah dalaman dalam partinya, PKR hingga membawa ke peristiwa baling kerusi dan bertumbuk.
6. Isu video seks
7. Tidak mahu bersumpah
8. Kes liwat kedua.
9. Enggan serah DNA.
10. Penipuan 'rampasan kuasa' 16 September.
Jika jawapan kepada persoalan 'mengapa Anwar' tadi diajukan kepada penyokong tegar Anwar, sudah tentu mereka akan jawab kerana Anwar terlalu kuat dan berpengaruh dan BN takutkan Anwar. Seperti jawapan saya tadi, mengapa BN tidak boleh mengaitkan apa-apa isu seperti di atas kepada pemimpin lain?
Adakah Anwar lebih berpengaruh dari Nik Aziz? Atau Lim Kit Siang?
Saya tidak berpendapat demikian. Saya berpendapat, ini kerana pemimpin lain tidak mempunyai bahkan 'prima facie' untuk dikaitkan dengan perkara sedemikian. Semua masalah Anwar kebanyakkan berpunca dari Anwar sendiri.
Soal isu moral, mengapa Anwar sebagai perjuang Islam berkawan rapat kepada Nalla Karupan semasa dalam UMNO? Nalla Karupan merupakan taukeh magnum. Mengapa Anwar berkawan rapat dengan Datuk Eskay?
Anwar kena ingat, dalam dunia umat manusia, sentiasa ada 'Judas' yang sanggup menjual 'Jesus'.
Benar ulasan Aduka Taruna, Anwar yang mencipta masalah lalu membebankan politiknya sendiri. Sekarang masalah Anwar - kebanyakkan berkisar hal peribadi - turut membebani sekutunya - PAS dan DAP.
Seperti kata seseorang, message yang ingin disampaikan oleh Dato 'T' adalah minta Anwar berundur dari politik secara terhormat. Jika mereka ingin memalukan Anwar, mereka perlu buat seperti musuh Chua Soi Lek buat - salinkan video berkenaan sebanyak mungkin dan sebarkan tanpa ada sesiapa tahu siapa dibelakang video berkenaan.
Namun Trio berkenaan masih tidak mahu mengaibkan Anwar, lalu memanggil beberapa wartawan untuk menilai sendiri. Dan umum hanya mendengar video berkenaan dari laporan wartawan.Tindakan Trio itu menyelamatkan Anwar dari aib, dan memberi ruang untuk Anwar spin cerita. Dan tindakan Dato T juga tidak memberi kelebihan kepada BN.
Konspirasi, konspirasi, konspirasi.
Anwar buat laporan polis berkaitan video seks itu dan kali terakhir Anwar minta polis campurtangan hal peribadinya dengan Ummi Hafilda, membawa malapetaka kepadanya.
Anwar tidak pernah belajar.
1 comment:
SEJIBIK!!!!! TAPI BUKAN DIA KA?
ISY! 1RUPA 1WAJAH 1001WATAK!!!!
Post a Comment