Followers

Sunday, May 8, 2011

Berfikiran Tepat.

Bila membelek-belek buku lama, terbaca Law of Succes karangan Napoleon Hill. Salah satu topik yang menarik minat saya dalam buku berkenaan adalah 'accurate thinking'. Saya berpandangan, di sini kebanyakkan orang kita lemah. Kita selalu gagal memisahkan 'fakta' dengan 'rumor'.

Berfikiran tepat ini penting. Setelah ditolak semua 'raw material' dalam mendapatkan maklumat, pemikir perlu mendapat fakta, dan bertindak berdasarkan itu. Kebanyakkan kita akan terperangkap dengan spekulasi dan khabar angin. Lebih buruk jika khabar angin itu dijadikan panduan untuk bertindak.

Fitnah akan berada dimana-mana. Akan sentiasa ada cerita tidak baik, dan tidak elok tentang seseorang. Tidak adil kita mengadili mereka jika tidak tahu hal sebenarnya. Keadilan, kata Mingke, perlu ada sejak dalam pemikiran. Dan ini membezakan orang yang 'cultured' dan tidak 'cultured'.

Dalam dunia digital dan internet, manusia menemui jalan yang lebih mudah untuk menabur fitnah. Bahasa bloggernya: spin. Hati-hati dalam spin sesuatu, kerana dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh. 'Pembunuhan' secara literal boleh menyebabkan kematian seorang insan; 'dosa membunuh' secara fitnah boleh mencetus huru hara dan ketegangan hingga beberapa generasi. 

Lihat apa yang berlaku kepada Uthman bin Affan, fitnah terbesar dalam sejarah Islam ini menjadikan ummah berbunuh-bunuh dan berpuak-puak selama beberapa generasi. 

Berlatihlah untuk berfikir secara tepat kerana ini pentng agar kita tidak terperangkap dalam fitnah.

No comments: