Followers

Monday, May 2, 2011

Blog PR Membalun Anwar.

Kita masih ingat Aduka Taruna? Blogger ini pernah ditahan polis kerana mencerca Almarhum Sultan Mahmud Iskandar, Sultan Johor sebelum ini. Sekarang, blog ini membalun Anwar sendiri. Dalam posting Menyampah gua sudah meletup:Kenapa Anwar Takut Bersumpah? blogger ini melahirkan rasa hairannya mengapa Anwar tidak berani bersumpah.

Blogger ini juga percaya, dengan berpilin-pilin masalah peribadi Anwar PR sebenarnya rugi dalam menangani isu rakyat. Masalah peribadi Anwar menjadikan PR dalam keadaan defensive, dan 90% kerja cybertrooper PR adalah menjawab isu ini.

Blogger itu juga menegaskan, semua isu peribadi ini berpunca dari Anwar sendiri. Saiful Bahari adalah 'pembancuh kopi' Anwar dan Datuk Eskay adalah rakan baik Anwar. Ini menjadikan Anwar sebenarnya memberi ruang untuk musuh politiknya mengeksploitasi kelemahan beliau.

Aduka Taruna percaya, masalah ini dapat dikurangkan jika Anwar berani bersumpah. Walau apapun pendapat ulama, namun jika Anwar berani bersumpah ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat bahawa Anwar tidak bersalah.

Selanjutnya dia bertanya jika bersumpah adakah:

1. Adakah Anwar akan murtad?

2. Adakah Anwar akan terjerumus dalam neraka kerana sumpah mempertahankan dirinya?

3. Adakah Anwar akan syirik sekiranya bersumpah mempertahankan dirinya?

Jika jawapan soalan di atas adalah tidak, mengapa Anwar takut sangat bersumpah?

Sebenarnya, bukan hanya blogger penyokong PR tegar ini sahaja yang menuntut Anwar bersumpah, beberapa ahli agama seperti Mufti Perlis dan bekas mufti Perlis Dr. Asri juga menyarankan Anwar bersumpah. Seperti biasa, Anwar enggan dan akan mencipta banyak dalil mempertahankan dirinya dari bersumpah.

Sesetengah pemimpin PAS dan ahli PAS sudah mula gusar dengan dolak dalik Anwar. Ada sesetengah mereka percaya Anwar merupakan pelaku video berkenaan. Kenyataan Mustafa Ali sebagai contoh. Jika dalam undang-undang, tingkah laku Anwar jelas menggambarkan beliau takut untuk menghadapi kebenaran.

Menangguh kes lihat semaksimum mungkin, enggan bersumpah apabila dicabar oleh Saiful, enggan bersumpah apabila dicabar oleh Datuk Eskay dan jawapan terhadap semua persoalan adalah: konspirasi, konspirasi dan konspirasi. 

Res ipsa liquitor.*

(*Things speak for itself).


4 comments:

Antibarua said...

TEMAN DAH BACA, TERUK ADUKA TERUNA DIBELASAH BLOGERS PEMBANGKANG.. ADA YG KATA DAH KENA BELI LER, TAK TAHAN PERANG SARAF LER..

TERINGAT CERITA P.RAMLEE.. SEMERAH PADI, WATAK ADUKA KENA ROTAN 100 KALI.

SEBAB APA YE KENA ROTAN? SENDIRI MAU INGAT LA..

sri tribuana said...

salam anti-barua,

ini menunjukkan blogger PR tidak rasional dan tidak demokratik. Blogger pro kerajaan kadang2 balun pemimpin BN kalau tak betul.

Anonymous said...

Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya

Dot said...

kita lebih terbuka & rasional bila bercakap mengenai moral pemimpin2 BN tapi penyokong2 pembangkang bermati-matian mempertahankan manusia yg memang dah rosak moral mrk - mat sabu, din puduraya, nwar berahi... apalah salahnya mencari jawapan kepada persoalan yg sama? buat ka tak buat? dia ka bukan dia? bersumpah sajalah kalau bukan & biarkan Allah Ta'ala turunkan laknat kepada yg bersalah...