Tajuk ini diambil dan diadapt dari filem 'All the President's Man'.
Beberapa hari lagi, PAS akan mengadakan muktamar yang akan menyaksikan beberapa pertandingan menarik di post nombor dua dan naib presiden. Presiden, kekal dan tidak ditandingi.
PAS parti yang memberati 'kepimpinan ulama'. Masalah kepada PAS apabila HANYA 'ulama' memimpin, parti berkenaan akan statik dan tidak ada progres. PAS memerlukan suntikan dari golongan yang 'bukan ulama', atau golongan dari pendidikan sekular tapi memahami aspirasi PAS.
Ini sebenarnya dilema juga. Dalam pertandingan tempat nombor tiga, kita meyaksikan 'kepimpinan ulama' bagaikan ketandusan calon. Salehudin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa dan Nizar Jamaludin bukan ulama. Walaupun Mujahid Yusuf, Nik Amar mungkin bleh dianggap 'ulama' namun jawatan naib ini mungkin bakal menyaksikan ianya dikuasai oleh 'bukan ulama'.
Bahkan sekarang hanya Tuan Ibrahim Tuan Man yang layak dikategorikan sebagai 'ulama'.
PAS mengamalkan budaya tidak berkempen terang-terangan. Namun demikian, ini bukan bererti tidak ada 'politiking' dalam PAS. Umum mengetahui, dalam PAS ada puak yang ingin bekerjasama dengan UMNO dan ada yang lebih pro-Anwar.
Ironi, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz antara orang kuat golongan yang pro-Anwar yang mendapat julukan 'Erdogan'. Bukan juga satu rahsia apabila Nik Aziz pernah membuat kenyataan yang 'bisa' terhadap Nashrudin Mat Isa kerana Timbalan Presiden itu antara tokoh dalam PAS yang kuat menyokong kerjasama dengan UMNO.
Nik Aziz bagaikan tidak dapat menerima kekalahan anak didiknya, Husam Musa yang tewas kepada Nasharudin dua tahun lepas. Husam dan Dr. Dzulkefly Ahmad merupakan orang kuat 'puak Erdogan'. Ini meresahkan Nasharudin Mat Isa yang menyandang jawatan Timbalan Presiden, dan sekutu kuat Presiden, Haji Hadi.
Haji Hadi juga tokoh yang menyokong kerjasama dengan UMNO, dan kurang senang kerjasama dengan Anwar dan DAP. 'Memukul' Nasharudin Mat Isa sebenarnya 'membahasa' Presiden PAS itu agar jangan terlalu kuat menyokong kerjasama dengan UMNO.
Nasharudin sendiri Ahli Parlimen Bachok, mengharapkan orang Kelantan pengundinya di negeri kubu PAS itu. Keretakan akibat perbezaan pendapat ini menimbulkan desas desus Nasharudin mencari kerusi di Selangor. Beliau tidak lagi di'rahmati' oleh Tok Guru.
Sepatutnya, dalam organisasi PAS Presiden merupakan orang yang memegang kuasa eksekutif. Mursyidul Am hanya berperanan sebagai 'consultative figure' sahaja. Namun dalam PAS, sebagai 'ulama besar', sudah tentu Nik Aziz mempunyai pengaruh dalam menentukan calon yang juga menentukan hala tuju PAS.
Jika kuasa Presiden merupakan 'executive in nature', kuasa Nik Aziz merupakan'divine'. Dan 'kuasa divinity' merupakan senjata yang lebih ampuh dalam PAS.
Nik Aziz ingin Husam memenangi kerusi naib presiden, dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden. Ini kerana, Nasharudin yang tidak disenangi mungkin akan kalah kepada 'the most charismatic clown in PAS history' iaitu Mat Sabu lantaran goyangnya keadaan Nasharudin Mat Isa. Kemudian muncullah tokoh 'ulama' iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai 'deus ex machina'.
Dalam muktamar yang lalu, perwakilan memilih Nasharudin Mat Isa sebagai simbol sokongan terhadap Haji Hadi,dan golongan 'ulama'. Nik Aziz berkempen secara terang-terangan untuk Husam ketika itu. Namun Husam tetap tewas.
Kita lihat antara 'ulama' Haji Hadi dan 'ulama' Nik Aziz, siapa yang lebih berpengaruh kali ini. Saya merasakan, Nik Aziz berjaya mempengaruhi pengundi agar menerima Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dan Husam sebagai Naib pada muktamar ke 57 PAS ini. Dan ini mungkin merupakan 'political masterstroke' terakhir beliau.
Semuanya orang-orang Mursyidul Am.
No comments:
Post a Comment