Followers

Saturday, May 7, 2011

Hari Ini Pilihanraya Umum Singapura.

Rakyat Singapura akan membuang undi pada hari ini - 7hb Mei 2011. Mengundi adalah wajib di Singapura. Sebagai sebuah negara yang moden dan maju, Singapura ironinya bukan sebuah negara yang demokratik dalam erti kata sebenar. Atau lebih tepat lagi, Singapura tidak mengamalkan liberalisasi. Selama 50 tahun lebih, PAP memerintah Singapura dengan disiplin dan undang-undang yang ketat. 

Ini menjadikan rakyat Singapura berdisiplin tetapi kurang kebebasan. Mereka boleh buat undang-undang yang 'personal' seperti tidak boleh mengunyah chew gum di republik itu. Kerajaan mereka pernah membankrapkan pembangkang yang lantang mengkritik dan PMnya pernah mengakui sistem dua parti tidak boleh dibenarkan berlaku.


Namun seperti halnya yang lain, tidak ada yang kekal di dunia ini. Generasi muda mungkin akan memberontak dengan pengawalan sebegini. Kerajaan bukan lagi tahu semua. Rakyat ingin suara mereka didengari. Mungkin akan berlaku sedikit kejutan dalam PRU Singapura kali ini. Namun PAP tidak mungkin kalah. 


PAP masih akan membentuk kerajaan - 2/3 majoriti - namun undi popular mungkin merosot. Mungkin tidak ada kerusia yang kalah. PAP tak akan tumbang kerana tidak ada parti pembangkang yang kuat di Singapura. Malah rakyat Singapura - walau bagaimana mengeluh dan merungut pun - tidak pernah terfikir untuk hidup tanpa PAP.

Saya nak tergelak membaca satu artikel seorang pemimpin pelajar tentang 'freedom of expression' di Singapura. Beliau percaya di Singapura mempunyai kebebasan bersuara lebih dari Malaysia hanya kerana media arus perdana memberi coverage yang baik kepada pembangkang. How naive! Baca sini.

Tahukah beliau bahawa bahkan pembangkang di Singapura terpaksa dicipta oleh PAP. Sebagai negara demokrasi, PAP perlu ada pembangkang. Belum hari membuang undi lagi, Lee Kuan Yew telah menang tanpa ditandingi. Siapa perlu takut kepada pembangkang?

Pada tahun 2006, Lee Kuan Yew berkata:

"Please do not assume that you can change governments. Young people don't understand this.Without the elected president and if there is a freak result, within two or three years, the army has to come in and stop it."

Freedom of expression? I doubt it. Baca sini.

Diramalkan PAP akan menang semua kerusi iaitu sebanyak 87 kerusi. Dari 87, hanya 82 ditandingi, lima sudah dimenangi oleh PAP.Walaubagaimanapun, protes dari golongan muda tetap akan ada dan diramalkan merosot undi popular PAP. Sebelum ini PAP mendapat 67% undi popuar dan mungkin akan merosot kurang dari 60% pada kali ini.

Sama-sama kita lihat keputusannya pada malam ini.





No comments: