Followers

Wednesday, May 4, 2011

Panggil Saya Racist!

Sejak trend undi kaum Cina hampir solid dibelakang DAP, maka ada suara menyarankan Melayu kembali bersatu. Utusan antara akhbar yang menyarankan 1Melayu,1Bumi. Lalu kaum Cina samada MCA atau DAP melabelkan Utusan Malaysia sebagai racist.

Seperti biasa, tidak salah Cina racist tetapi salah jika Melayu racist!

Sebenarnya soal Melayu bersatu bukan soal racist. Sebagai orang Islam kita perlu bersatu. Jika Fatah dan Hamas boleh mengapa UMNO dan PAS tidak boleh. Jika Arab yang keras kepala boleh mengapa Melayu yang terkenal jiwa lembut tidak boleh? Mengapa perlu membenci saudara sendiri?

Melayu memang berpecah-pecah mengikut sempadan kenegerian sebelum UMNO muncul dalam politik orang Melayu. Politik orang Melayu ketika itu dipisah oleh sempadan Raja-raja Melayu, terpisah dengan semangat kenegerian. 

Apabila Inggeris ingin menghapuskan keperibadian Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang dinamakan Malaya ketika itu, Melayu bangkit dan bersatu dibawah satu panji-panji: United Malay National Orginazation. 

Mulanya ia ingin dinamakan United Malay Organization sahaja, tetapi Pendita Zaaba menyarankan ditambah national iaitu kebangsaan. Dengan satu stroke of genius, Zaaba melupuskan semangat kenegerian orang-orang Melayu dan semua persatuan Melayu yang berbentuk kedaerahan dan kenegerian lebur di bawah UMNO.

Dalam perhimpunan pertama UMNO, bumiputera seperti Orang Asli turut hadir dan menyertai UMNO. 1Melayu dan 1Bumiputera bukan cerita baru, cuma mungkin ancaman dulu merupakan Inggeris, dan kini merupakan DAP - ketuanan Cina.

Seperti mana-mana pertubuhan, UMNO mula berpecah apabila PAS keluar dari parti berkenaan. PAS cuba untuk menjadi saingan kepada UMNO tetapi hingga kini masih gagal. Walaupun PAS enggan mengaku mereka parti Melayu kerana kononnya mereka parti Islam, tidak berasaskan bangsa namun pada jiwa dan hati, PAS merupakan parti Melayu.

Selepas 13 Mei, PAS telah menyertai Barisan Nasional demi survival orang Melayu. Kemudian mereka kembali berselisih dan PAS keluar dari BN ketika era Tun Hussein Onn.

Pada tahun 1988, satu lagi parti telah lahir dari perut UMNO iaitu Parti Melayu Semangat 46. Sudah ada dua parti Melayu sebenarnya serpihan kepada UMNO. Alhamdulillah, Semangat 46 telah kembali kepada UMNO pada tahun 1996.

Sukar bagi saya untuk melabelkan PKR. Mereka mengaku mereka bukan parti berasaskan kaum tetapi sebahagian besar penyokong mereka adalah Melayu. PKR sendiri sebenarnya boleh dikatakan serpihan kepada UMNO. 

Ketiga-tiga parti ini - jika kita menerima PKR sebagai parti Melayu kerana majoriti - lahir dari perut UMNO. Setelah kembali Semangat 46 ke UMNO, tinggal PAS dan PKR diluar UMNO. Saya kira PKR sukar untuk dibawa berunding kerana 'nature' parti itu dan juga mereka menganggap mereka bukan parti Melayu.

Tidak mengapa berbeza pendapat tetapi jangan sampai 'putus yang tak bisa disambung'. Samada PAS atau UMNO, kedua-duanya merupakan parti Melayu dan bertujuan untuk kebaikan orang Melayu. Mungkin pendekatan berbeza. Mereka seperti ikan Shiri di Korea, akhirnya sukar dibeza samada Shiri ini dari sungai-sungai Korea Utara atau Korea Selatan. Harap Melayu tidak berpecah seperti Korea Utara dan Selatan.

Sekarang, pelawaan untuk PAS menyertai BN kembali kedengaran. Kita sudah lihat bagaimana DAP begitu angkuh di Sarawak bagaikan tidak memerlukan undi Melayu lagi. Jika Melayu berjaya dipecah-belahkan sebegini, dan kerusi parlimen banyak dimenangi oleh DAP dalam Pakatan Rakyat, kuasa mereka lebih dominan. PAS perlu memilih untuk bersama UMNO atau DAP.

Jika DAP yang PAS pilih, Malaysia mempunyai peluang cerah menjadi Singapura. 

Jika trend PRU ke 13 adalah mengundi mengikut kaum, anak-anak UMNO yang bertelagah dengan ibunya perlu kembali ke rumah mereka. Demi Melayu.

Saya dengan ini bangga jika dipanggil racist kerana posting ini. 

HIDUP MELAYU!



No comments: