Followers

Thursday, May 5, 2011

Kaum Cina Tidak Mahu Diwakili Dalam Kerajaan.

Menarik juga membaca tulisan Kee Tuan Chye bertajuk No Difference With or Without dalam blog Lim Kit Siang. Secara keseluruhan, penulis menyatakan samada Cina di wakili oleh MCA/Gerakan atau tidak dalam kerajaan tidak memberi sebarang kesan kepada kaum Cina.

Walaupun ianya di tulis oleh hanya seorang manusia, namun jika mengikut trend undi kaum Cina sekarang, itu sebenarnya suara hati nurani kaum Cina. Mereka sudah melancarkan 'jihad' atau 'crusade' terhadap kerajaan Melayu yang diterajui oleh UMNO. Pembangkang Melayu boleh kata apa saja terhadap kebobrokan UMNO, namun UMNO jelas masih mewakili kekuasaan Melayu.

Mungkin Dato' Sakmongkol tidak setuju kerana beliau mempersoalkan kenyataan TPM, Tan Sri Muhyidin Yasin, apa sebenarnya prinsip UMNO yang Muhyidin kata ingin pertahankan? Menurut Dato' Sakmongkol, UMNO tidak boleh mengakui mereka sebagai juara mempertahankan Melayu lagi. Sudah banyak persaing yang berketrampilan, menurutnya dalam posting bertajuk UMNO and its principles Part 1.

Siapa persaing UMNO? 

PAS? tapi mereka parti Islam dan Mursyidul Amnya tidak bangga dan mungkin malu mengaku Melayu.

PKR? Oh terlalu ramai Tian Chua dan Sivarasa dalam PKR.

Perkasa? Mungkin tapi Perkasa masih bukan parti?

Kaum Cina perlu ingat, salah satu sebab mengapa UMNO tidak kelihatan membela Melayu adalah kerana kaum Cina, dan MCA merupakan sekutu UMNO. Parti Melayu itu perlu banyak berlembut dalam menangani isu 'kepentingan Melayu' kerana takut dilabelkan racist. Menteri-menteri UMNO mempunyai habit meminta maaf selepas menggenggam tangan tanda padu atau menghunus keris menunjukkan kejituan dalam mempertahankan Melayu.

Sekarang kaum Cina sudah yakin mereka boleh memerintah Malaysia dengan atau tanpa Melayu. Ketika DAP masih belum berkuasa, seorang penulis sudah sanggup menulis tidak ada beza samada kaum Cina diwakili atau tidak, ini bermakna sudah mula 'jihad' mereka untuk menguasai Malaysia seperti PAP menguasai Singapura. Dan mereka yakin boleh.

Do or die.

Seperti pra13 Mei, DAP menjanjikan segala 'bulan' dan 'bintang' kepada kaum Cina jika mereka boleh membentuk kerajaan. Mereka menjanjikan PM dari kalangan kaum Cina, mereka menjanjikan penghapusan affirmative action, mereka menjanjikan segala hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan dan mereka menjanjikan akan menegakkan Ketuanan Cina di Malaysia.

DAP lupa kaum Cina merupakan minoriti, dan sekarang terlalu carried away dengan kejayaan di kawasan majoriti kaum Cina. Kerakusan DAP ini juga menimbul keresahan dikalangan sebahagian sekutunya seperti PAS. Mungkin ada dalam PAS yang membenci UMNO lebih dari DAP, tapi rasa masih ramai yang 'sober' dan tidak boleh menerima Ketuanan DAP.

DAP boleh terus bermain dengan api. Mereka telah melakukannya sebelum 13 Mei 1969. Setelah berlaku huru hara, DAP menyembunyikan diri dan MCA bahu membahu dengan UMNO membina Malaysia dari puing-puing rusuhan kaum. 

Jika benar MCA akan kalah teruk dalam PRU ke 13, Chua Soi Lek sudah memberi gambaran mereka tidak akan menerima jawatan dalam kabinet. PM Najib menegaskan perkara yang sama jika MCA tidak diterima oleh kaum Cina, maka mungkin kaum Cina tidak ada wakil dalam kerajaan.

Seperti yang Kee Thuan Chye yakini, tidak ada bezanya bagi kaum Cina. Mungkin dia bercakap bagi pihak 80% yang menyokong DAP, tapi kasihan juga kepada 20% kaum Cina yang menyokong MCA.

DAP tidak faham tidak ada tempat untuk golongan extremist dalam negara bernama Malaysia.



No comments: