Followers

Wednesday, May 18, 2011

MSO Makin Hilang Kredibiliti.

Sebelum ini, Mohd Sayuti Omar merupakan salah seorang blogger pro PR yang saya hormati pandangannya. Ini kerana beliau sering nampak sedikit neutral dan rasional dalam memberi pandangan. Kadang-kadang beliau balun pemimpin BN, memang wajar kerana beliau blogger pembangkang. Kadang-kadang beliau tegur juga pemimpin PAS jika bagi beliau tidak menjalankan amanah dengan baik.

Akhirnya saya dapati, MSO akan kritik siapa saja kecuali dua orang. Pertama, beliau tidak akan kritik Nik Aziz. Kedua, Anwar Ibrahim. Kita faham jika MSO tidak akan mengkritik Nik Aziz kerana bagi orang PAS, terutama MSO, Nik Aziz merupakan wali dan kebal dari sebarang kritikan. Mengkritik Mursyidul Am PAS boleh membawa malapetaka kepada MSO.

Tapi, mengapa Anwar Ibrahim?

MSO membuat satu posting yang senada dengan pemikiran PKR, atau pengikut Anwar dalam Susupan Petang. Dalam posting berkenaan, MSO memberi maklumat yang kononnya sulit dari seorang tokoh berusia 70an. Tidak dimaklumkan pula tokoh berkenaan dari UMNO atau kerajaan. Tidak diberi hint langsung siapa tokoh berkenaan kecuali 70an, dan begitu ramai tokoh yang seusia dengan informer MSO ini. Cuma dikatakan tokoh berkenaan 'well connected' dan secara literal beliau berkata: "hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan". Masih kelabu hintnya. Terlalu umum dan meneka dalam kesamaran. 

It could be anyone. Maybe Husin Lempoyang.

Tuduhan beliau berat. Menurut MSO, pemimpin itu memberitahunya bahawa sebelum kes Anwar diputuskan PM Najib mengadakan pertemuan dengan Hakim Negara selama 6 jam. RBf telah membongkar pembohongan ini kerana ada sedikit kesilapan beliau ketika spin isu ini: beliau menyatakan pertemuan itu diadakan pada kelamrin.Baca sini.

MSO memang terkenal sering silap mengeja. Kita faham maksud beliau kelmarin. Posting MSO dibuat pada 16 Mei 201 iaitu hari Isnin. Kelmarin walaupun dieja kelamrin bermaksud hari Ahad. Malangnya, PM Najib sudah berangkat ke luar negara pada hari Jumaat, 9.30 pagi waktu tempatan.

Setelah ditegur oleh Rbf, MSO membetulkan pembohongannya, dengan menambah lebih banyak pembohongan. Beliau membetulkan ejaan, tidak lagi dieja kelamrin, tetapi kelamarin, masih silap tetapi ditambah kelamarin dulu nu, yang diniatkan kelmarin dulu nu.

Rbf membongkar makna disebalik phrase berkenaan. Kelmarin dulu nu dalam istilah Kelantan adalah tiga hari sebelum, bermakna hari Jumaat. PM berlepas pukul 9.30 pagi, jika pertemuan 6 jam ini bermakna PM bertemu Ketua Hakim Negara pada pukul 3.00 pagi. Aduyai!

Isapan jempul(dan mungkin fakta, bukan isapan jempul) bertiup, MSO menjadi penyokong totok Anwar kerana jual beli Siasah antara MSO dan PKR menjadikan MSO kaya raya. Dan kerana duit, orang boleh mengubah prinsipnya.

Tanpa segan silu, dalam posting terbaru,  Paluan Malam MSO sedikit membalun Presiden PAS, Haji Hadi yang menang tanpa bertanding kerana pencalonan Husam Musa tidak mencukupi. Menurut MSO, ini merupakan penggal terakhir Haji Hadi kerana selama 9 tahun Haji Hadi menjadi Presiden, PAS tidak ke mana(Anehnya, PAS berjaya menakluk dua negeri, Kelantan dan Kedah semasa era Haji Hadi).

MSO lebih rela membalun 'kepimpinan ulama' yang menjadi trademark kepada PAS dari membalun Anwar yang sudah banyak terpalit isu moral kerana wang. Wang adalah segalanya.

When the money talks, the truth silence.





No comments: