Followers

Saturday, May 14, 2011

Gempa 'Bumi' Blogger.

Bermula 11 Mei, kami para blogger yang menggunakan Blogger google tidak dapat mengemaskini blog kami. Admin Blogger memberi notis bahawa Blogger sedang dikemaskini. Hingga pagi 14haribulan Mei baru saya lihat beberapa rakan-rakan blogger mengemaskini blog masing-masing.

Gempa 'bumi' Blogger ini merencat sebahagian perencanaan saya untuk menulis. Saya bercadang untuk menulis tentang UMNO sehari selepas harilahirnya - 11Mei. Malah draft artikel berkenaan juga turut hilang. Beberapa draft artikel yang lain juga hilang. Gempa 'bumi' Blogger ini berskala kecil tapi masih mewujudkan kemusnahan - dan keresahan.

Akhirnya, Blogger membenarkan saya membuka akaun blog saya dan mengemaskininya. Namun saya dapati, blog saya tidak seperti dulu. Dalam posting terbaru ada tiga komen yang berharga tetapi telah hilang. Ini satu pengajaran, kita sebenarnya belum benar-benar bebas dari Ki Dalang dalam Wayang Kulit Cyber.

RBf sudah menyediakan blog back up jika ianya berlaku lagi. Dan saya rasa saya juga perlu melakukan perkara yang sama. Mungkin rakan-rakan blogger yang menggunakan Wordpress tidak terlibat. 

Pengajaran pada hari ini: jangan bergantung 100% pada internet.


No comments: