Followers

Monday, May 9, 2011

Baik PKR atau PAS, Kedua-duanya Pak Turut DAP.

Penguasaan DAP ke atas dua sekutunya makin jelas sekarang. PAS sebagai sebuah parti yang mengaku berjuang demi Islam tidak berani berganjak dari pendirian mereka untuk terus berkasih sayang dengan DAP. Walaupun beberapa blog seperti Big Dog Com, Marahku dan Utusan Malaysia melaporkan cita-cita DAP yang ingin menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia, PAS masih tidak berganjak dari pendiriannya.

PAS membenci UMNO lebih dari DAP. PAS pula menyayangi DAP lebih dari UMNO. Ini sesuatu fenomena yang pelik kepada parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Ini bagaikan Hamas membenci Fatah lebih dari Israel atau Fatah menyayangi Israel lebih dari Hamas.

Dalam hal pelawaan PM Najib agar PAS bersatu dengan UMNO, juak-juak PAS menangkap ini sebagai kononnya UMNO sudah terdesak. Bagaimana UMNO terdesak sedangkan undi Melayu sudah banyak beralih ke UMNO jika dibanding dengan PAS. Ini adalah fakta jika dilihat beberapa siri pilihanraya dari Manik Urai ke Hulu Selangor, Galas, Tenang dan Kerdau. PAS sebenarnya tersepit, makin kurang sokongan Melayu dan mengharap undi kaum Cina dikawasan bandar-bandar.

Dan undi kaum Cina akan menyokong PAS selagi mereka berguna kepada perjuangan DAP: Ketuanan Cina. Sampai bila PAS perlu menganjakkan pintu gol mereka? Dan apa sebenarnya perjuangan PAS? Adakah menumbangkan UMNO merupakan perjuangan sejati PAS dan menegakkan Islam hanya hiasan. Dengan terus-terusan menyokong DAP, nampaknya PAS lebih taksub menumbangkan UMNO dari menegakkan Islam seperti yang mereka dakwa.

PKR juga sebuah parti yang sekarang ini bergantung hayat kepada DAP. Sebelum ini, PKR merupakan mediator yang mengurangkan chauvanist Cina DAP, dan extremist agama PAS, tetapi kerana PKR menghadapi masalah demi masalah, mereka perlu bergantung kepada DAP.

Dalam kes terbaru di Pahang, PKR Pahang membuat laporan polis terhadap seorang blogger pro BN, Braveheart kerana posting Braveheart bertajuk Sarawak - DAP Ingin Mengusir Kepimpinan Melayu?

Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias sanggup menjadi barua DAP dengan membuat laporan polis terhadap blogger berkenaan. Jika ahli DAP membuat laporan polis, ianya tidak mengejutkan saya tetapi apabila Melayu PKR membuat laporan polis bagi pihak DAP, sudah jelas PKR sebenarnya hanya pencacai yang berkhidmat kepada tuan mereka DAP.

Inilah makhluk yang dengan bangga menunjukkan kesetiaannya pada boss DAP mereka.

Anehnya, DAP sendiri tidak melatah membuat laporan polis. Ini namanya lebih sudu dari kuah. Saya masih ingat inilah kisah bagaimana Melayu jual Melayu. Kerajaan British menghantar pegawai polis Melayu bagi menangkap Tok Janggut. Selepas Tok Janggut dibunuh, jenazahnya diusung dan diarak di sekitar Kota Bharu oleh orang Melayu pencacai British. 

Ini kerana jika British menghantar orang Inggeris sendiri, kemungkinan akan berlaku rusuhan kaum. Jika DAP membuat laporan polis, mungkin akan berlaku ketegangan kaum. Melayu pencacai diperlukan bagi merealisasikan cita-cita DAP. Dan makhluk Allah di atas sedia berkhidmat kepada DAP.

Saya hairan mengapa tidak ada kenyataan langsung yang dibuat oleh PAS atau PKR berkenaan isu mengKristiankan Malaysia. Walaupun ianya hanya khabar angin, tetapi Melayu perlu bertindak pre-emptive sebelum terlambat. 

Dalam hal menjatuhkan orang Melayu, Melayu dengan cepat bangkit memberi sokongan, laporan polis atau demonstrasi. Dalam hal mempertahankan Islam, Melayu(PKR dan PAS) suka tunggu dulu, lihat, siasat kebenaran dan sebagainya.

Jenazah Tok Janggut dimalukan dengan dijungkir-balikkan, lihat polis Melayu berkenaan.

Dengan penduduk Melayu dan bumputera serama 65% penduduk Malaysia, DAP perlukan orang Melayu bagi memecahkan dominasi orang Melayu sendiri.

No comments: