Followers

Monday, May 23, 2011

Sri Tri Buana.

Nama blog ini diambil dari seorang raja Melayu yang turun ke Bukit Saguntang Mahameru. Dalam buku Kesultanan Melayu Melaka, Muhamad Yusuf Hashim menyatakan raja Melayu yang membuat waadat dengan Demang Lebar Daun bernama Sang Sapurba Taram Sri Tri Buana. Maka twitter saya bernama Sang Sapurba.

Dalam Sejarah Melayu, dinyatakan tiga anak raja yang turun ke Bukit Saguntang adalah Nila Utama,  Krishnan Pendita dan Nila Pahlawan. Antara ketiga anak raja berkenaan, Nila Utama juga dipanggil Sri Tri Buana membuat waadat dengan Demang Lebar Daun dan mengahwini anak Demang Lebar Daun, Wan Sendari.

Blog gabungan Dato' Ariff Sabri dan Aspan Alias menulis tentang waadat ini dalam posting bertajuk The Ancient Covenant and Punishment. Beliau juga menyatakan bahawa Sri Tri Buana yang membuat waadat dengan Demang Lebar Daun iaitu anak cucu Sri Tri Buana tidak akan mengaibkan anak cucu Demang Lebar Daun walau sebesar mana pun salah mereka. Sebagai balasan, anak cucu Demang Lebar Daun tidak akan menderhaka kepada anak cucu Sri Tri Buana.

Saya mengambil nama blog ini hanya kerana satu sebab: Sri Tri Buana adalah Raja Melayu yang menemui Singapura. Singapura ketika itu dinamakan Temasek. Sekarang Singapura(Negeri Singa) dipanggil Lion City, tetapi sudah hilang identiti Melayunya.

Saya menamakan blog ini Sri Tri Buana kerana saya tidak mahu Melayu yang pernah kehilangan Singapura akan kehilangan Malaysia pula. Dalam Discovery Channel, History of Singapore, nama Sri Tri Buana langsung tidak disebut. Discovery Channel hanya menyatakan Stamford Riffle menemui Singapura, dan mengambil Singapura untuk dijadikan entreport dan membuat treaty dengan HANYA 'local ruler of Singapore'.

Dan sejarah Singapura moden bermula dengan Lee Kuan Yew.

Sesetengah chauvanist Cina di Malaysia merungut sejarah ditulis oleh pemenang dan peranan nenek moyang mereka langsung dikesampingkan. Saya pernah menulis, berhenti merungut, jadi pemenang dan tulis sejarah sendiri. Itu yang Lee Kuan Yew telah lakukan.

Sekarang anak PAP, DAP ingin menguasai Malaysia seperti yang PAP lakukan. Dan sesetengah Melayu merasa wajar untuk mengorbankan Malay Dominance kerana bencikan UMNO. Bukan sedikit pula yang memandang remeh keupayaan DAP untuk menguasai Malaysia dengan hujah DAP hanya mampu menang paling tinggi 40 kerusi.

Mari terus tidur wahai Melayu, jika kamu lemah, kamu tidak layak menjadi bangsa. Dunia hanya untuk bangsa yang kuat. Apabila Melayu sudah tewas nanti, maka sejarah akan ditulis semula oleh pemenang. Bapa Negarawan Malaysia adalah Lim Kit Siang. 

Baru-baru ini, apabila isu gereja dan DAP muncul, apabila Ibrahim Ali berucap tentang Perang Salib, orang Melayu sendiri yang mengutuk Ibrahim Ali. Bukan saya penyokong Ibrahim Ali, atau menggalakkan keganasan lalu menyeru pembaca melancarkan jihad. 

Dalam sejarah Perang Salib dimulakan oleh Kristian, bukan orang Islam. Isunya mengapa Melayu sangat lembik dan suka mengalah. Ada yang bersimpati dengan DAP dan minta Ibrahim Ali di ISAkan. 

Oh Melayu!

Mari kita lihat video dibawah yang saya pinjam dari blog M.I.M. Ini bukan bererti saya menyeru orang Islam membakar gereja dan membunuh orang Kristian. Orang jahat dan orang baik berada di mana-mana. Dalam Islam bersepah orang jahat, dan orang baik. Begitu juga dalam Kristian.

Namun politik yang terancang, dan mengancam keMelayuan dan keIslaman mesti ditentang.







Jika Melayu Malaysia tewas lagi kepada chauvanist Cina DAP, Sri Tri Buana akan ke Brunei atau Indonesia meneruskan perjuangan dalam Alam Melayu, di Kepulauan Melayu.







7 comments:

Anonymous said...

mana sang Nila Utama? Sekolah Sang Nila Utama di Singapura pun dah lenyap.....

Jeepers Creepers said...

masa stanford rafles dan Farquhar buka singapura, orang melayu sendiri tidak ramai di singapura..orang melayu singapura masa tu hidup terpencil..kesultanan melayu singapura dah lama lenyap sebelum rafles datang.

lepas singapura dibuka, barulah ramai orang melayu datang semula terutama daripada melaka malah rafles membawa sultan hussin dari palembang sebagai sultan orang melayu di singapura.

tapi malang sultan hussin terlepas hak sebagai sultan apabila dia tandatangani kontrak yang mengatakan dia tidak lagi ada hak keatas singapura dan hanya menerima pencen daripada british.

selepas perang dunia kedua, orang melayu tak pegang ekonomi dan politik singapura..tu sebab orang cina yang dapat.

Tunku abdul rahman pun sengaja lepaskan singapura daripada malaysia sebab singapura terlalu ramai orang cina..kalau singapura terus bersama malaysia, peratusan orang melayu tidak seimbang..untuk kekalkan orang melayu sebagai majoriti, singapura dibenarkan keluar.

dan sekarang hanya tinggal kita untuk terus menjaga tanahair ni..kalau kita gagal sekarang, anak cucu kita akan menerima kesannya.

sri tribuana said...

Jika Maharaja Manchu menangis kerana terlepaskan Hong Kong kepada British, mengapa Melayu tidak menangis kerana kehilangan Singapura. Ramai atau sikit tidak mendefinasikan Alam Melayu kerana Nusantara ini adalah Alam Melayu, yang satu demi satu telah jatuh kepada .....

BaitiBadarudin said...

Dalam genggaman, lagi kan terlepas ... pandangan orang luar tentang KL:
http://tmagazine.blogs.nytimes.com/2011/05/16/beyond-the-melting-pot/?scp=4&sq=malaysia&st=cse

Sang Guna said...

melepaskan singapura kepada bangsa pendatang merupakan satu kesilapan Allahyarham tengku, aku pun hairan kenapa melayu zaman tu tak bangkit menetang,
YB raz kau kata tengku sengaja lepaskan kerana nak mengimbangi jumlah org melayu,silap,sebenarnya ini berlaku kerana kesilapan melayu sendiri yg sejak dari dulu mudah mengalah dan tak suka pada permusuhan, maka tanah sebidang diberikan.
InsyaAllah klu berlaku lagi, maka kita tentang habis2an.
Sri tri buana,
tahukah kau pada zaman dulu siapa yg memakai gelar Sang Guna.

sri tribuana said...

Salam Sang Guna,

Malangnya saya tidak tahu siapa yang digelar Sang Guna zaman dahulu kala, dpt la kiranya tuan hamba menerangkan?

Sang Guna said...

Salam Sri tribuana,

bacalah sulalatus salatin atau hikayat melayu sehingga habis maka tuan akan tahu juga siapa dia hamba Allah itu.
kerana pada zaman dahulu, semua org kaya2, org besar2 dan hulubalang semuanya bergelar belaka. pahlawan melayu terbilang bukan hanya Laksamana Tun Tuah sahaja.
InsyaAllah tak akan melayu hilang di dunia.