Followers

Tuesday, May 17, 2011

PDO Menyiarkan Berita Menghina Mahkamah.

Dalam posting Pahang Daily Online, bertajuk Lawyers For Liberty, Keputusan Hakim Menerima Bulat-bulat 'Segala Bukti' Pendakwaraya Sunguh Memalukan dan Tidak Ada Kredibiliti. adalah sejenis artikel menghina mahkamah.

Lawyers For Liberty(LFL) jelas menghina mahkamah apabila membuat kenyataan sendiri isu berkaitan dengan bahan bukti yang diterima mahkamah. Menurut LFL, keputusan hakim menerima 'bulat-bulat' segala bukti yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah "memalukan dan tidak mempunyai kredibiliti langsung".

Dalam kes melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mat Diah memutuskan kes berkenaan mempunyai prima facie, dan Anwar perlu mempertahankan diri bermula 6 Jun 2011.

Keputusan ini menyebabkan pengikut Anwar meroyan dan merusuh, hingga merempuh sekatan polis semalam. Persoalan asas adalah: mahkamah tidak menjatuhkan Anwar bersalah lagi, mahkamah baru mengumumkan bahawa dalam kes berkenaan, tuduhan Saiful mempunyai asas berdasarkan bukti, dan sebagai badan yang impartial, mahkamah membenarkan kedua-dua pihak menyediakan bukti dan belaan diri sebelum keputusan dijatuhkan.

Baru peringkat ini saja penyokong PKR sudah meroyan. Saya tidak tahu apa akan jadi kepada Malaysia jika mereka memerintah. Demokrasi akan mati. Pengikut tegar Anwar tidak mahu menerima apa saja bentuk 'law and order' kerana sejak dari awal sudah ditarbiah 'konspirasi, konspirasi dan konspirasi'. PKR adalah parti yang dangkal.

Menurut kenyataan LFL lagi yang suka saya petik sepenuhnya:

“Jika kes ini tidak membabitkan Anwar atau pun jika beliau di dakwa di mana-mana negara lain yang mempunyai sistem perundangan berwibawa, kes ini telah lama dibuang. Pihak yang mendalangi konspirasi pertuduhan sedemikian pula akan menerima padah mereka di mahkamah, kata LFL. “Perbicaraan memalukan ini dan taktik jijik lain terhadap Anwar termasuk penggunan video lucah fitnah bertujuan mengekang penyertaan Anwar dalam pilihanraya umum akan datang,” tambah kenyataan itu. “Kes Anwar sekali lagi menzahirkan azam Umno-BN untuk berbuat apa sahaja bagi menghancurkan musuh politik utamanya iaitu Anwar dan Pakatan Rakyat walaupun ia membawa kepada kemusnahan negara dan sistem undang-undang negara,”.


Dengan kenyataan di atas, jelas LFL menghina keputusan mahkamah dan mereka sepatutnya diambil tindakan. Pahang Daily Online juga perlu diambil tindakan kerana telah menyebar fitnah dan menghasut rakyat supaya tidak mempercayai sistem kehakiman negara yang mana bebas dan terpisah dari pengaruh executive dan legislative.

Mungkin pengendali portal berkenaan dangkal pengetahuan tentang sistem perundangan. 

1 comment:

Anonymous said...

dasar parti kencing rakyat macam tu laaaaa....kita dengar ajer dah..hehehehe