Semalam, saya membaca The Star tulisan kolumnis Dennis Ignatius bertajuk In search of a better quality of life. Mengujakan juga sebenarnya apabila kita mendapati, survey yang dibuat oleh Gallup Wellness Survey, sebanyak 79% rakyat Malaysia berada dalam kedudukan 'struggling'.
Gallup membahagikan penduduk sesebuah negara kepada tiga kumpulan: 'thriving', 'struggling' dan 'suffering'. Seramai 79% rakyat Malaysia menganggap mereka sebagai dalam kedudukan 'struggling'. Dalam konteks ini, Malaysia lebih teruk dari Lebanon atau Rusia, tetapi lebih baik Mongolia, Uganda dan Mali.
Dalam masa yang sama, ramai orang dari Afrika, Asia, Latin Amerika dan Timur Tengah bergerak ke merata dunia mencari tempat yang lebih baik. Mereka melarikan diri dari negara yang kurang demokratik, kuku besi, pemerintahan Mullah dan kurang hak asasi. Walaupun mereka lebih menyenangi negara Eropah atau Amerika, tetapi oleh kerana sukar untuk memasuki negara berkenaan, kebanyakkan mereka menjadikan Malaysia sebagai destinasi.
Menurut Migration and Remittance Factbook 2011(MRF2011) Malaysia telah menjadi salah satu destinasi teratas dalam sasaran immigran dari Asia. Sekarang ini para immigran ini sudah seramai 8.4% dari penduduk Malaysia. Kebanyakkan mereka adalah pekerja tidak mahir dan bukan golongan professional. Mereka juga miskin, dan membawa keluar duit dari Malaysia dianggarkan sebanyak RM20.3 billion pada tahun 2009.
Sementara itu, dianggarkan seramai 1.4 juta atau 5.3% penduduk Malaysia telah berhijrah keluar negara. Kebanyakkan mereka golongan professional dan 'the brain'. Seramai 1,727 orang darinya merupakan doktor yang mendapat latihan di Malaysia.
Gabungan ini: ramai golongan professional berhijrah keluar negara dan ramai pula golongan tidak professional yang miskin berhijrah ke Malaysia adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada negara. Dan kebanyakkan orang-orang kaya di Malaysia menghantar duit keluar negara kerana kurang yakin dengan masadepan Malaysia. Mendahului senarai teratas, rakyat Malaysia telah menghantar wang keluar negara sebanyak RM23 Billion pada tahun lepas.
Ini merupakan cabaran kepada kerajaan yang sedia ada. PM Najib menyedari hakikat ini, dan beliau telah berusaha membawa masuk semula 'brain drain' yang telah berhijrah keluar negara. Walaupun masih ramai yang meragui kejayaan Talent Corp, namun usaha yang gigih perlu dilaksanakan dalam usaha membawa mereka kembali ke Malaysia.
Saya berpendapat, Malaysia perlu belajar dari Korea Selatan bagaimana mereka berjaya memujuk kembali 'brain drain' dikalangan rakyatnya untuk kembali membantu kerajaan dalam membangunkan Malaysia. Dan usaha ini bukan mudah: mereka tidak senang terpujuk dengan hanya gaji tinggi dan insentif potongan cukai.
Kerajaan perlu juga membaiki sistem pendidikan, telus dan yang penting kurang jurang perkauman. Kurangkan juga politiking kerana ia membuatkan kerajaan hilang fokus dalam melayani pembangkang.
Semoga kita berjaya mengatasinya dan makin ramai rakyat Malaysia berpindah dari kumpulan 'struggling' ke kumpulan 'thriving'.
4 comments:
kebanyakkan yang keluar hijrah ni orang cina kaya..biasalah puak ni bukan boleh dibuat baik.
komen yg garang. tp kadang setuju dgn YB raz.
Benar kata YB Raz, tapi adakah kau lebih suka Indon, Bangla, Paki, Mynmar, Nepali jadi jiran kau? Suatu hari nanti, kau akan mendapati immigrants ni la yang menjadi pemerintah Melayu.
Di Sabah, Filipina banyak. Suatu hari nanti dia orang ler yang jadi Chief Minister.
Melayu masih lagi dibuai mimpi.
Din
bro,
1.Masa zaman Pak Lah ramai so call genius kat Tingkat 4 but what is their contribution ?
3. Soal 'remuneration and benefit ' punca berlaku brain drain .Kalau tanya so call genius ni mereka akan tambah soal meritocracy la, affirmative actions la , corruption la bla bla .Kalau kita bawa balik so call genius ni adakah dia orang faham aspirasi negara dan adakah mereka akan menghormati Perlembagaan.
4. Adakah dengan membawa kembali so call genius rakyat Malaysia akan menjadi lebih thriving dari struggling .
5. Kat US banyak so call genius but why their economy still doom.
Tepuk dada tanya selera
Post a Comment