Sepatutnya saya tidak menulis tentang politik pada hari Sabtu, tetapi gangguan dari blogger.com yang upgrade sistem mereka menyebabkan saya terpaksa menulis hal politik pada hari ini.
Exception to my general rule.
Setelah Big Dog mendedahkan pertemuan antara pastor dan pemimpin DAP termasuk Jeff Ooi, maka tercetuslah kontroversi tentang kesahihan perkara berkenaan. Tambahan pula, Utusan Malaysia turut mengangkat berita berkenaan.
Beberapa blogger pro UMNO diterajui oleh Papa Gomo pula minta Big Dog di ISAkan. PM sudah menemui ketua-ketua gereja Kristian dalam satu majlis makan tengahari. Gereja membuat kenyataan bahawa mereka tidak berniat untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi kerana mereka faham tentang majoriti rakyat Malaysia beragama Islam dan Islam termaktub dalam perlembagaan sebagai agama Persekutuan.
Kita faham pendirian gereja tetapi dapatkah gereja menjamin politik keagamaan tidak akan menerobos dalam kariah mereka?
Saya kira fakta yang majoriti orang salah faham adalah bukan soal kita memfitnah gereja atau menghina penganut agama Kristian tetapi dapatkan kita membaca kehalusan politik DAP yang sekarang menggunakan Kristian pula untuk menumbangkan BN selain isu perkauman kerajaan Melayu(UMNO) menindas kaum Cina
Alhamdulillah akhirnya kebenaran timbul juga. Menurut Big Dog Com akhirnya telah tampil seorang ahli DAP dari bangsa Melayu membuat laporan polis.Mohd Razali Abdul Rahman mengesahkan pertemuan dan 'vow' benar-benar berlaku. Sebagai Melayu, beliau tidak tahan melihat Islam terancam lalu mengingkari partinya sendiri - DAP.
Saya bukan penyokong mana-mana puak kerana saya penyokong kebenaran. Saya juga tidak berminat dengan politik para blogger. Cuma saya hairan mengapa rakan kita melompat apabila saudara seIslam bertindak mempertahankan Islam. KDN akan menjalankan siasatan terperinci berdasarkan laporan polis berkenaan.
Wahai Melayu, anda perlu maju dua tiga tapak dari musuh bukan hanya untuk menang, malah HANYA untuk mengekalkan kewujudan keMelayuan kamu.
Caranya: use your brain more than your emotion.
2 comments:
PapaGomo menjadi bacaan harian saya kerana banyak berita Sex & video Anuwar Al-Juburit. Banyak cerita berunsur sex, termasuk cerita2 nakal atau lawak.
Saya pun tak setuju cara Blogger pro UMNO melompat, apabila saudara seagama bertindak mempertahankan Islam.
RD
papagomo cyber army = kj(senanda)
Post a Comment