Followers

Thursday, May 19, 2011

Pendedahan Terbaru Asia Sentinel: Something Fishy.

Another Brick in the Wall mempersoalkan, mengapa tiba-tiba Asia Sentinel mengeluarkan semula cerita pembunuhan Altantuya. Menurut Asia Sentinel, Amerika Syarikat mengesyaki campurtangan politik dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu. Ini berdasarkan kabel-kabel yang dibocorkan oleh Wikileaks yang dihantar kepada Asia Sentinel.

Semalam, Pahang Daily Online turut menyiarkan berita ini walaupun ianya hanya terjemahan dari artikel Asia Sentinel. 

Menurut ABITW, Asia Sentinel memang portal yang cenderung kepada Anwar. Seorang orang kuat Anwar - Kazi Ahmad - yang menjaga kewartawanan antarabangsa selalu menulis di portal berkenaan. Ini bermaksud, secara tiba-tiba artikel berkaitan dengan Altantuya ini dikeluarkan memang bermotirf politik.

Hasil dari tersiarnya artikel terbaru dari Asia Sentinel ini, beberapa 'tengkorak dalam almari' bekas Perdana Menteri ke lima, Pak Lah dan menantunya - Khairy Jamaludin - turut terdedah. Tidak ada apa yang baru dalam artikel Asian Sentinel ini. Kita sudah dengar tuduhan sebegini oleh Anwar Ibrahim dan artikel terbaru ini juga tidak ada pendedahan terbaru - kecuali 'implicate' Pak Lah yang ingin menggunakan kes ini untuk menghalang Najib dari menjadi PM.

Seperti yang pernah saya tulis, amat mustahak apa yang Napoleon Hill sifatkan sebagai 'accurate thinking' dalam memisahkan fakta dan 'khabar angin'(atau spin). Ketiga-tiga sumber berkaitan dengan kes ini: Raja Putra Kamarudin, Asia Sentinel dan Wikileaks bukan sumber yang boleh dipercayai. Banyak fakta yang bercampuraduk dengan dongeng. Atau sebenarnya banyak dongengnya.

Seperti yang didakwa oleh Asia Sentinel, mereka mempunyai kabel-kabel dari kedutaan Amerika di Malaysia melalui Wikileaks ini juga perlu dipersoalkan. Benar atau tidak wujudnya kabel-kabel berkenaan?

Walaubagaimanapun, dalam interview dengan TV3, RPK mendedahkan beberapa nama yang terlibat dalam konspirasi untuk mengaitkan  Najib dalam kes pembunuhan ini,antaranya: John Pang, Din Merican, Nik Azmi dan Kol. Azmi. Nama Khairy tidak dinyatakan, walaupun di sebut oleh RPK kepada TV3. ABITW mengesyaki ini kerana TV3 masih mempunyai beberapa juak-juak Kalimullah yang ingin melindungi bekas boss mereka.

Apa yang menjadi persoalan kini adalah, mengapa tiba-tiba Asia Sentinel mengeluarkan cerita konspirasi Pak Lah(dan menantunya) yang ingin mengenakan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya? Mengapa sekarang? Apa tujuan Asia Sentinel yang mempunyai pengaruh Anwar ini?

Seperti blogger Another Brick in the Wall, saya mengesyaki 'something big' akan berlaku. Kta tunggu lagi maklumat seterusnya.



No comments: