Followers

Wednesday, May 11, 2011

Bukan Boleh Atau Tidak Kristian Menjadi Agama Rasmi Tetapi Jangan Bawa Agama Ke Dalam Politik.

Beberapa blogger menyuarakan pendapat bahawa UMNO sangat paranoia tentang Kristian. Sebenarnya isu Kristian ini dibawa oleh beberapa blogger pro BN dan Utusan Malaysia tetapi seperti biasa UMNO terkena getahnya. Jika bukan UMNO, orang Melayu yang dituduh paranoid.

Dato' Sakmangkol seperti biasa memberi hujah dengan nombor dan matematik. Menurut beliau, mustahil DAP dengan hanya bertanding 40 kerusi mampu membentuk kerajaan dan menukar agama rasmi Malaysia. Mustahil 20% kaum Cina mampu mengubah keadaan ini. Baca sini.

Seperti yang saya ulas dalam posting sebelum ini, kita tahu DAP tidak akan mampu dengan hanya undi kaum Cina untuk berkuasa penuh. Hatta jika PR menang dan membentuk kerajaan sekalipun, namun Melayu dalam PKR dan PAS tidak akan mendiamkan diri. Tapi itu bukan isunya.

Isu yang besar di sini adalah, dalam usaha DAP memancing undi bumiputera Sarawak dan Sabah yang bukan Islam, mereka membawa atau membakar sentimen agama ie Kristian ke dalam pencaturan politik terbaru mereka. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Malaysia sudah tersilap membenarkan PAS menjadikan agama sebagai alat propaganda mereka dan itu pun sudah banyak mengelirukan ummah.

Cukup hanya PAS parti menggunakan agama dan kita tidak mahu ada lagi parti yang menggunakan agama. Tambahan pula, agama yang hendak digunakan oleh DAP ini agama Kristian dan ini isu sangat sensitif kepada majoriti rakyat Malaysia yang Islam. Seperti DAP meniup sentimen racist kepada kaum Cina, Malaysia sudah terkebelakang akhir-akhir ini kerana menangani isu yang remeh seperti Interlok, 'kependatangan', 'siapa dulu menduduki Tanah Melayu' dan sebagainya.

Itu point paling besar mengapa isu ini perlu ditangani. Kita kena akui, seperti halnya umat Islam, Kristian juga ada perpecahan. Seperti kata Tony Yew, beberapa paderi juga terjebak dalam politik yang dijana oleh DAP. Tony Yew tidak mahu mereka terjebak dalam mana-mana faction dan Kristian kekal sebagai agama neutral.

Khalid Samad melawat Church of Divine Mercy dan memberi ucapan kepada 300 jemaah, antaranya membuat tuduhan TPM(ketika itu) Najib terlibat dalam pembunuhan Antatulya. Tony Yew juga menceritakan bagaimana DAP menerusi NGO berkempen menggunakan gereja. Haris Ibrahim, Teresa Kok dan Kee Thuan Chye sering datang ke gereja berkenaan yang mana Tony merupakan ahli jemaahnya.

Seperti kata Tony, Haris Ibrahim, Kee Thuan Chye dan paderi Paulino Miranda bukan orang politik. Mereka mungkin tidak nampak gunanya mereka kepada Khalid Ibrahim dan Teresa Kok yang merupakan haiwan politik. Malah menurut Tony Yew, Fr Paulino Miranda turut ditahan dalam 'candle light vigil' yang dianjurkan oleh NGO menentang kerajaan. Penahanan beliau dan beberapa orang lagi bagi mengelakkan berlaku rusuhan.

Cuba kita bayangkan jika berlaku perarakan orang Kristian menuntut Kristian turut di iktiraf sebagai agama rasmi, dan tidak disenangi oleh umat Islam tanpa mengira parti, dan polis menahan beberapa paderi, tidakkah isu ini akan menjadi isu agama? Polis Melayu menahan paderi Kristian.

 Atau perlu kita tunggu hingga darah mengalir di mana-mana kerana rusuhan agama dan kaum baru kita akan bertindak? Malaysia dibawah Datuk Seri Najb sangat memerlukan Menteri Dalam Negeri seperti King Ghaz dalam era huru-hara ini.

Paderi sepatutnya tidak terlibat dengan politik. Kita tidak menuduh semua umat Kristian dan semua paderi tetapi mana-mana yang 'political incline'. Mengenali DAP, mereka sanggup buat apa saja untuk undermine kerajaan BN.

"Give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God" - Matthews 22:21.

3 comments:

Anonymous said...

Bro,

Secara dasarnya sekiranya DAP menang 40 kerusi yang ditandangi sememangnya parti tersebut tidak dapat menguasai Parlimen tetapi jika ditinjau dari sudut DAP sebagai centric parti dalam PR tidak mustahil DAP boleh mengubah Perlembagaan.

Terdapat 222 Kerusi Dewan Rakyat .Keputusan PRU 12 , BN 140 dan PR 82 .DAP menang 28 kerusi .Kalau DAP menang semua 40 kerusi di PRU 13 dan komponen PR yang lain mengekalkan kerusi masing masing maka kerusi PR maka Jumlah kerusi PR menjadi 94 .

Berapakah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah ? 112 kerusi . PR memerlukan 18 kerusi lagi.

PRU12 BN berada dalam keadaan yang amat parah jadi kerusi yang dimenangi PAS atau PKR mungkin tidak akan bertambah . Bagaimana mendapatkan 18 kerusi lagi?

Sabah dan Sarawak merupakan fixed deposit BN .Keputusan PRU2 , Sarawak BN 30 PR 1 ,di Sabah BN 25 PR 0 .

PR memerlukan 19 kerusi dari Sarawak dan Sabah . Dari sudut demografi penduduk mengikut agama yang dianuti , apakah isu yang terbaik untuk mendapat undi dan kerusi di Sabah dan Sarawak?

Sabah dan Sarawak mempunyai parti yang mewakilli mengikut suku kaum peribumi .Apakah yang diperjuangkan oleh PBS sekitar tahun 90an. Tidakkah ada kemungkinan PBS berpihak pada PR ?

Selepas mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan tidak kah mustahil sekiranya MP dari BN melompat ke PR dan menjadi PR menguasai 2/3 Parlimen?

Sekiranya PR membentuk kerajaan di PRU 13.Bilangan kerusi PR akan menjadi seperti berikut

DAP 40
PAS 23
PKR 31
Parti Sarawak dan Sabah 18.
Parti manakah yang paling berpengaruh?

Tepuk dada tanya selera

Anonymous said...

Ini yang susah. Untuk kita menyeru lain parti supaya jangan bawa agama masuk dalam politik dan pada masa yang sama kita sendiri melakukan atau membenarkanya seperti yang di buat PAS.

RD

sri tribuana said...

Salam anon 12:07,

saya tertarik dgn analisa saudara dan itu yg cuba saya perkatakan dalam posting ini, malangnya beberapa org Melayu seperti Dato' Sakmongkol berpendapat sebaliknya.