Followers

Sunday, May 1, 2011

Orang Asing.

Beberapa hari yang lepas, saya menghadiri makan malam dengan Ahli Parlimen Jerantut bersama beberapa orang bagi membincangkan projek sejarah yang mungkin dinaungi oleh Tengku Azlan. Pertemuan itu diadakan di Equatorial Hotel, satu hotel kegemaran Ku Lan apabila mengadakan perjumpaan.

Kami berbincang banyak hal, kebanyakkannya politik tetapi saya tidak mahu menulis hal politik pada hari Ahad. Never on sunday. 

Antara yang hadir pada hari itu merupakan seorang rakan Ku Lan dari Sabah. Antara isu yang diketengahkan oleh beliau adalah soal pendatang tanpa izin, terutama Filipino.Menurut beliau, sebagai rakyat Sabah, beliau sering dalam ketakutan dan rumahnya sendiri sudah beberapa kali dirompak. Terlalu trauma, hingga rumah beliau mempunyai banyak kunci dan hampir setiap bilik dikunci dengan berbagai jenis kunci.

Beliau meramalkan, dalam masa beberapa tahun lagi, Sabah akan dibanjiri oleh Filipino, dan mereka akan menguasai aktiviti ekonomi, dan mungkin politik jika mendapat kewarganegaraan.

Hari ini, dalam blog Syed Akbar Ali, beliau menulis tentang kecurian di Habib Jewel di Petaling Jaya yang dilakukan oleh beberapa orang warga asing. Mereka menyamar sebagai pembeli dan berjaya menyeludup barang kemas bernilai RM 3juta.

Dalam kisah lain, beliau menceritakan tentang dua orang dari Timur Tengah menyeludup dadah bernilai 1.2juta di Johor Bharu yang berjaya ditangkap polis. Baca sini. Presiden Blog House Malaysia ini menyatakan beliau tidak akan berhenti menulis tentang ini jika masih tidak ada tindakan tegas dari KDN. Dan sebelum ini beliau telah mengutarakan isu ini dalam posting An Undesirable Aliens An Election Issue.

Ku Lan sendiri memberitahu kami di Labuan, ada sebuah perkampungan Filipino yang menjalankan aktiviti jenayah boleh mempunyai senjata api, malah senjata berat seperti grenade namun pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa.

Jika kita berjalan di KLCC pada cuti umum, begitu ramai warga asing berkeliaran, dan kita tidak tahu mereka  menerobos ke Malaysia sebagai pelancong, pendatang tanpa izin atau pelajar. Beberapa tempat di Lembah Klang orang-orang dari Afrika menguasai sesuatu kawasan, bercouple dengan wanita tempatan dan mengambil kesempatan untuk membuat pinjaman atas nama teman wanita mereka.

Di Plaza Low Yat, kita dapati begitu ramai warga Pakistan atau Bangladesh menjalankan perniagaan jual dan membeli laptop. Di Chow Kit, selain pendatang Indonesia, ia sudah menjadi perkampungan orang kulit hitam dan Mymar. Begitu juga pasar Borong Selayang, penuh dengan warga Mymar.

Dan mereka ini bukan golongan 'the brain' atau 'professional' yang sangat berguna kepada Malaysia. Kebanyakkan mereka menjalankan aktiviti jenayah dan aktivit haram seperti pelacuran, dadah dan memperdagangkan manusia.

Apa sudah jadi dengan Malaysia? Seorang sahabat saya bertugas di Sudan dan saya bertanya kepadanya taraf keselamatan Sudan. Mengejutkan saya, beliau menyatakan di Khartoum dan kebanyakkan bandar besar di Sudan lebih selamat dari Kuala Lumpur atau Malaysia. Hanya di Darfur dan Selatan Sudan yang sedikit merbahaya.

Sudan yang pernah berperang saudara lebih selamat dari Malaysia?

Saya rasa sebahagian rakyat Malaysia merasai apa yang saya rasai: kebimbangan taraf keselamatan kerana begitu ramai warga asing di Malaysia. Kita sepatutnya lebih memperketatkan kemasukan mereka, terutama negara yang mempunyai rekod pengedaran dadah yang tinggi seperti kebanyakkan negara Afrika, Iran dan Rusia.

KDN perlu tegas dan lebih mengambil berat keselamatan rakyat Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

Betul Tuan. Di sini (Khartoum), kedai emas macam kedai jual suratkhabar ajer. Tak ada armed guards. Bawak duit banyak pun so far OK lagi. If we go to the local market, you can see the traders clutching ten of thousands Sudanese pound (1 Sudanese pound = 1 RM) in their hands without worrying somebody may robbed him. Sometimes waving and pointing directions with those large amount of money in their hands. Aku rasa diorang boleh buat macam tu sebab diorang masih lagi rasa selamat - Norazmi

Abang Joe said...

Tepat sekali!! Malaysia kini sudah menjadi lubok untuk kaum pendatang. Kita tidak lagi sebebas seperti dulu, gerak-geri kita sentiasa dipandang mereka. Saya sendiri pernah di herdik oleh Pendatang Indon bila tegur kesalahan mereka. Saya masih ingat katanya pada saya..."kalau bapak juga kurang ajar, saya boleh ajarkan!"

man on da street said...

Ya maulana, jangan lah cemburui kepada seseorang yang hidup senang lenang.Biar lah beliau hidup tanpa di ganggu! Kenapa mahu kacau kesenangan beliau. Kan kah beliau sepupu kepada ? Hanya kita perlu risau tentang ni semua, dik kerana hanya kita sahaja merasai ni semua. Soal ketenteraman, soal penyuludupan dadah, soal pecah rumah, soal kekuasaan teritorial, soal pendatang asing ni , bukan kerja dia. Kerja kita ada lah waktu pihanraya kelak, untuk menentukan siapa yang betul betul layak menjadi ahli parlimen kawasan beliau.Itu saja. Please enjoy while it lasts.

sri tribuana said...

Salam semua,

KDN, ATM dan Immigresen perlu tegas dalam menangani isu ini. Rakyat Malaysia perlu kembali merasa selamat. Ini tugas kerajaan menyediakan keselamatan kepada rakyatnya.

Anonymous said...

bro...gua harap cetusan idea dan pandangan pintar bro ini...dibaca dan dikaji, diambil tindakan oleh pemerintah yang dipimpin oleh UMNO...bro pun ahli umno kanan..tapi apa tindakan dan pandangan bro ini di perdulikan oleh kerajaan.....!!!!

Anonymous said...

salam, yang menjadi masaalah dan persoalaan besarnya ada pehak dalam yang memain peranan membenarkan mereka mereka masuk sewenag wenangnya, ingat dulu ?, beberapa orang kaki tangan agensi yang sepatutnya menguatkuasakan undang untuk kemasukan ke Malaysia, memberikan pendatang dengan mudah memasuki di pintu masuk yang sah dengan tidak perlu dokumen pasa lawatan atau mengunakan pasport, bayangkan jika di pintu masuk mengunakan ferri, berapa ramai pendatang masuk sehari, kalilah pendapatan mereka jika di ukurkan rm100 untuk satu kepala, kaya raya mereka, tapi negara kita tak selamat, ini saya dengar dari kawan saya sendiri yang berniaga di melawati.