Followers

Tuesday, May 10, 2011

MengKristiankan Malaysia: Kita Perlu 'Pengesahan'?

Baru-baru ini kecoh tentang pendedahan blogger Big Dog Com, Marahku dan Utusan Malaysia tentang cita-cita DAP yang ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia dan Perdana Menteri dikalangan penganut Khatolik.

Jeff Ooi menolak dakwaaan berkenaan dan membuat laporan polis terhadap Big Dog, Marahku dan Utusan Malaysia.Baca sini. Lim Guang Eng juga membuat kenyataan yang sama, dan menjamin bahawa DAP faham perlembagaan persekutuan dan menerima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. 

Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Naib Presiden PAS pula membidas blogger berkenaan dan Utusan, dan menafikan kemampuan DAP untuk melaksanakan cita-cita itu. Baca sini. Tun Dr. Mahathir membidas PAS dengan mengatakan PAS tidak seperti PAS dulu, kerana PAS sekarang merupakan penyokong tegar DAP.

Sementara PM Najib minta agar isu agama ini jangan dipolitikkan. Seorang blogger pro BN pula bagaikan bersorak apabila pendedahan Big Dog Com itu disifatkan tidak berasas dan minta Zakir diambil tindakan.

Kita boleh lihat bermacam-macam karakter dalam menangani isu paling asas buat umat Islam/Melayu.

Dalam perbualan dengan seorang sahabat karib saya baru-baru ini, kami berasa bimbang dengan tahap 'agama' - baik Islam atau Kristian - dipolitikkan. Agama sepatutnya tidak termasuk dalam agenda politik. 

Blogger Can you see it, Tony Yew menulis dia dan keluarganya pernah keluar dari mass gereja apabila paderi memberi khutbah dan menyentuh soal politik. Baca sini. Di bawah merupakan kata-katanya yang berbaloi untuk ditulis semula.

"But although I was a devout catholic (to some degree) I would often feel really uneasy when the priest in attendance would chide the Prime Minister or even the government, generalising at times. In fact all the times. How the word of god is equated to Government and Tun Mahathir is beyond me, but it seems it is a very Christian thing to do, preach against the government. When that happened, my family and I would simply walk out of church. Politics to me should be kept out of church."

Apa yang dirasakan oleh Tony Yew turut dirasai oleh saya apabila saya ke masjid dan mendengar orang berbahas tentang politik, mencari pengikut dan mentarbiahkan jemaah yang hadir untuk turut serta dalam jihad mereka. Politik patut dijauhkan dari masjid kerana ianya boleh memecahbelahkan ummah. Ingat peristiwa solat dua imam.

Apabila bertiup isu DAP menggunakan Kristian untuk menjatuhkan kerajaan BN, apa tindakan yang wajar perlu dilakukan? Lim Guang Eng menafikan perkara itu, sementara penafian Jeff Ooi pula meragukan. Dan kedua mereka merupakan 'haiwan politik'. 

Berasaskah tuduhan beberapa blogger dan Utusan? Perlukah kita abaikan sahaja berita ini dan anggap ianya rumor, atau kita perlu bertindak apabila masalah sudah benar-benar berakar umbi?

Pada pandangan saya, jika Melayu merupakan bangsa yang advance, tidak sepatutnya tuduhan itu dipandang ringan. Ini kerana DAP mengetahui bahawa dalam 60% lebih majoriti Melayu dan Bumiputera, terutama di Sabah dan Sarawak, kebanyakkan bumiputera tidak Islam dan penganut Kristian. Jika bumiputera ini berjaya dipujuk dengan isu agama, tidak mustahil ini akan dilakukan oleh DAP.

Saya mengatakan 'jika Melayu bangsa yang advance' kerana semua bangsa advance seperti Amerika, Britain bahkan SIngapura sering membuat apa yang disifatkan 'preemptive act'. Mereka tidak menunggu demi menjaga kepentingan mereka. Ini bukan bererti mereka zalim, hanya melindungi kepentingan mereka.

"It's even better to act quickly and err", kata Carl von Clausewitz, "rather than wait and let the opportunity slip". Dan kata-kata beliau merupakan sebahagian mantra suci diplomasi Barat.

Saya percaya Big DOg Com, Marahku dan Utusan tidak minta kerajaan dan orang Melayu membenci penganut Khatolik. Saya pernah berjumpa dengan Tony Yew dan beliau seorang yang baik, berhemah dan kadang-kadang lebih baik dari sesetengah muslim yang pernah saya jumpa.

Tidak ada salahnya penganut Katholik di sini, tetapi membawa masuk agama dalam agenda politik untuk meraih kepentingan politik DAP adalah bermain dengan api. DAP memang berharap bumiputera Sabah dan Sarawak membenci BN dan menyokong mereka, lalu mustahak juga DAP menonjolkan  imej mereka sebagai pembela Kristian. 

Seperti janji DAP kepada kaum Cina, DAP menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' juga kepada penganut Khatolik. 

Dalam filem 'Tora, Tora, Tora' seorang pegawai tinggi tentera sering rasa tertipu apabila ura-ura Jepun akan menyerang Pearl Habour tidak menjadi kenyataan. Memang Jepun sengaja membuat 'serangan palsu' dan Amerika rasa tertipu selama beberapa kali. Pada hari serangan benar-benar berlaku, pegawai bawahan memaklumkan pegawainya, beberapa squadron pesawat Jepun berjaya dikesan oleh perisikan mereka. Pegawai itu enggan bertindak kerana tidak ada 'pengesahan'.

Setelah Pearl Harbour diserang dengan teruk, dan Amerika gagal menangkisnya kerana diserang mengejut, pegawai tinggi itu di sindir oleh pegawai bawahannya. 

"You want a comfirmation sir?", katanya sambil menunjuk kepada ketupan aircraft, kapal perang yang dibom dan bangunan terbakar, there's your comfimation."


7 comments:

BaitiBadarudin said...

terlepasnya singapura dan pulau pinang ke tangan PAP dan DAP juga sebab tidak ada 'pre-emptive action' and 'protection of self-interests'.

Anonymous said...

Saya bukannya seorang yang tekun menjalankan routine agama Islam. Tapi saya sanggup mati menegakkan agama yang saya dilahirkan kedalamnya.
Saya juga ada beberapa kawan baik seperti yang penulis terangkan, mengenai Tony Yew. 25 tahun lalu, semasa saya berumur 26tahun, kawan Christian saya ini akan suruh pergi solat Jumaat, setiap kali saya ponteng.

Pada saya penganut Christian & Yahudi adalah saudara terdekat kepada Islam berbanding agama lain. Saya setuju: Cara yang paling selamat untuk kita kekalkan keharmonian antara agama adalah supaya jangan bawa politik masuk dalam Masjid dan Gereja ataupun Kuil.

RD

Anonymous said...

BaitiBadarudin.
Pulau Pinang terlepas dari tangan kita?
Langkat mayat kelurga saya dulu. Singapura saya boleh terima, kerana saya baru 6 tahun bila Tunku lepaskan Singapura. Mana apa bangsa di dunia ini yang begitu permurah seperti Melayu. Kalau P.Pinang pun nak bagi jugak, ini sudah melampau.

RD

sri tribuana said...

Salam semua,

Malaysia sudah menjadi makin kalut dengan hal-hal perkauman, DAP pula cuba membawa hal agama yg menyaingi Islam. Semasa saya tingkatan 5, ada seorang classmate saya bernama Tan Kim Siong dan beliau seorang Kristian. Kami sgt rapat, dan beliau selalu mengajar saya math yg mana subjek yg saya lemah. Kadang2 saya belajar dirumahnya, dan kadang2 tiba masa solat saya minta izin solat dirumahnya, kami tidak ada masalah, soal pegangan kami masing2 tidak menghalang persahabatan tetapi apabila politik campur buruk padahnya. Percayalah

BaitiBadarudin said...

Sdr RD:
Saya baru pulang dari acara makan malam amal untuk mangsa tsunami di Jepun.
Di majlis yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Cina and Inggeris itu, saya berasa seperti berada di planet atau 'pulau' yang asing di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Di lobi dan meja makan pula, pelayan dari Bangla Desh atau Nepal tak faham BI mahupun BM. Apakah negara ini masih milik orang Melayu?

Anonymous said...

Saudari BaitiBadarudin.

Mungkin penganjurnya bukan orang Melayu. Maklumlah, orang kita kurang membuat kerja2 kebajikan (FOC) diluar komuniti bangsa & agamanya.

Walaupun terasa negara ini seperti bukan negara asal Melayu, kita masih boleh bersyukur nama nya masih MALAYsia.

Untuk menampakkan citarasa Malaysia, marilah kita sokong DBP supaya seminar yang di anjurkan kerajaan, atau kalau boleh, swasta/NGO, mestilah di buat dalam Bahasa Melayu, tak kira di Malaysia atau luar negara. Papan tanda iklan, Billboard & banner juga mesti dalam Bahasa Kebangsaan. Secara tidak langsung ia boleh membuka banyak peluang pekerjaan sebagai jurubahasa.

Kegiatan keagamaan, termasuk membaca doa, mestilah di asingkan di Sekolah2, baik rendah atau menengah. Ini boleh menarik balik minat bukan Melayu ke Sek. Kebangsaan. Ibu-bapa Melayu, yang tidak setuju, bolehlah menghantar anak ke Sekolah Agama. Cukuplah membetulkan akidah dan gejala sosial orang Melayu, selama ini, yang tidak nampak seperti bertambah baik. Adalah lebih bijak kita mengutamakan akademik keduniaan yang kita ketinggalan dari semua aspek, daripada mengutamakan kewajipan akhirat yang sepatutnya diletakan di atas bahu ibu-bapa & masyarakat.

Istilah baru bagi sesuatu maksud yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu, mestilah tidak di ambil dari bahasa Arab. Di mana kita mahu memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu, tidaklah patut kita mengunakan tulisan Jawi pada nama-nama jalan atau bangunan. Sebabnya adalah kerana komposisi DNA kita, orang Melayu, lebih dekat kepada bangsa Asean (Siam, Indonesia, Orang Asli & Pribumi Sabah & Sarawak), berbanding bangsa Arab. Walaupun Islam berasal dari tanah Arab, tiada apa yang kita patut bangga, kecuali kegemilangan mereka di masa lampau. Amatlah memalukan Islam jika kita lihat yang berlaku keatas mereka sekarang.

RD

Anonymous said...

Saudari BaitiBadarudin.

Mungkin penganjurnya bukan orang Melayu. Maklumlah, orang kita kurang membuat kerja2 kebajikan (FOC) diluar komuniti bangsa & agamanya.

Walaupun terasa negara ini seperti bukan negara asal Melayu, kita masih boleh bersyukur nama nya masih MALAYsia.

Untuk menampakkan citarasa Malaysia, marilah kita sokong DBP supaya seminar yang di anjurkan kerajaan, atau kalau boleh, swasta/NGO, mestilah dibuat dalam Bahasa Melayu, tak kira di Malaysia atau luar negara. Papan tanda iklan, Billboard & banner juga mesti dalam Bahasa Kebangsaan. Secara tidak langsung ia boleh membuka banyak peluang pekerjaan sebagai jurubahasa.

Kegiatan keagamaan, termasuk membaca doa, mestilah di asingkan di Sekolah2, baik rendah atau menengah. Ini boleh menarik balik minat bukan Melayu ke Sek. Kebangsaan. Ibu-bapa Melayu, yang tidak setuju, bolehlah menghantar anak ke Sekolah Agama. Cukuplah membetulkan akidah dan gejala sosial orang Melayu, selama ini, yang tidak nampak seperti bertambah baik. Adalah lebih bijak kita mengutamakan akademik keduniaan yang kita ketinggalan dari semua aspek, daripada mengutamakan kewajipan akhirat yang sepatutnya diletakan di atas bahu ibu-bapa & masyarakat.

Istilah baru bagi sesuatu maksud yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu, mestilah tidak di ambil dari bahasa Arab. Di mana kita mahu memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu, tidaklah patut kita mengunakan tulisan Jawi atau Arab pada nama-nama jalan atau bangunan. Sebabnya adalah kerana komposisi DNA kita, orang Melayu, lebih dekat kepada bangsa Asean (Siam, Indonesia, Orang Asli & Pribumi Sabah & Sarawak), berbanding bangsa Arab. Walaupun Islam berasal dari tanah Arab, tiada apa yang kita patut bangga, mencontohi atau belajar dari mereka, kecuali kegemilangan mereka di masa lampau. Amatlah memalukan Islam jika kita lihat apa yang berlaku keatas mereka sekarang.

RD