Followers

Saturday, April 30, 2011

Bushido.

Bushido merupakan 'code of conduct' samurai. Asalnya, bushido bermakna 'the way of bow and arrow'. Kemudian di era Keshogunan Tokugawa, samurai sudah sudah tidak berlaku perang lagi selepas Sekigahara, sarjana menggali semula Bushido ini dan diberi makna: 'the way of the warriors.'

Aneh apabila satu bangsa yang mengagungkan pedang, tetapi tidak meletakkan pedang dalam 'bushido'nya sebalik lebih menghargai busur dan panah. Ini kerana pada permulaan bangsa Jepun yang sering berperang dengan bangsa Ainu, iaitu penduduk asal Jepun, mereka hanya menngunakan panah. Pahlawan Jepun masih tidak mengenali pedang. Selepas tewas beberapa kali, mereka menyedari mereka perlu senjata yang boleh 'hold' musuh seperti pedang(dan lembing); tidak seperti busur yang hanya boleh memanah.

Asalnya politik Jepun berkisar disekitar tiga suku kaum iaitu suku Fujiwara, suku Minamoto dan suku Taira. Ketiga-tiga suku ini berasal dari keturunan Maharaja Jepun, dari keturunan putera-putera yang tidak menjadi maharaja.

Pada tahun 645  Masehi, berlaku rampasan kuasa oleh Putera Naka yang dirancang oleh Nakatomi Kamatari. Maharaja menganugerahkan nama 'Fujiwara' kepada suku Nakatomi untuk membalas budi mereka. Kemudian suku Fujiwara ini berjaya mengawal maharaja-maharaja Jepun dengan mengahwinkan maharaja dengan puteri Fujiwara. 

Polisi ini sangat berjaya; dari tahun 724M hingga 1900M, seramai 54 dari 74 Maharaja Jepun beribukan keluarga Fujiwara. Sementara suku Minamoto pula berasal dari beberapa cabang keturunan maharaja. Secara umum, suku Minamoto merupakan penyokong polisi Fujiwara. Ini kerana, walaupun Fujiwara mempunyai banyak tanah dan kaya-raya, namun mereka tidak mempunyai tentera sendiri. 

Minamoto pula merupakan suku yang 'warlike' dan dikatakan 'running dog' kepada suku Fujiwara. Sementara satu suku lagi iaitu suku Taira. Suku Taira ini dari keturunan Mahajra Kammu, dan patriach kepada suku Taira ini bernama Taira Takamochi merupakan cucu kepada Maharaja Kammu. Takamochi menjadi gobenor di Hitachi, timur Jepun, dan oleh kerana mereka menguasi tanah yang subur, suku ini menjadi kaya dan bebas dari kawalan pusat lalu memberontak

Di sini terciptalah kod 'Bushido'. Taira no Masakado memberontak melawan Maharaja. Beliau yang mempunyai segala: tentera, duit, pengaruh malah keturunan Maharaja juga tidak mahu tunduk kepada Maharaja yang sah. Apabila diberi ingatan bahawa menjadi maharaja merupakan 'mandate from heaven' beliau menjawab; untuk menjadi maharaja bukan hanya perlu 'mandate from heaven'; juga memerlukan 'the way of bow and arrow.' Dan lahirlah 'Bushido'.

Namun nasib tidak menyebelahi Taira no Masakado. Musuh-musuh Masakado bersatu menentangnya dengan slogan 'Selamatkan Maharaja dari dimalukan'. Dalam satu peperangan dengan sepupunya, Sadamori, Taira no Masakado telah terjatuh dari kuda dan tertikam pedangnya sendiri. Ada yang menyifatkan beliau terkena 'tulah' kerana menentang maharaja. Kepalanya telah dipenggal dipersembahkan kepada Maharaja.

Kematian Masakado melenyapkan cita-citanya. Maharaja Jepun kekal tidak dicabar lagi, walaupun sejarah Jepun selepas itu penuh dengan tipu helah muslihat istana, dan maharaja sering menjadi tawanan, boneka dan cagaran politik. 

Namun ada sesuatu yang menarik selepas pemberontakan Taira no Masakado: munculnya kelas samurai iaitu kelas pahlawan yang akhirnya mendominasikan politik Jepun selama seribu tahun. Dan 'code of conducts' ini mejadi pegangan samurai semasa era Keshogunan Tokugawa. Selepas jatuhnya kuasa shogun semasa era Meiji, dan selepas Perang Dunia Kedua, 'bushido' kembali mewarnai peribadi Jepun.

Bagi orang Jepun, business is war.

2 comments:

Anonymous said...

PASsed Away a.k.a. fcuk PAS

In Malaysia, politic is war.
What do you think, sir.

sri tribuana said...

Salam anon 3:49,

In most country, politic also war, tht's my opinion.