Followers

Wednesday, April 27, 2011

Kita Adalah Nasionalis, Bukan Rasis.

Saya mempunyai seorang bekas rakan kongsi. Dia bangsa Arab-Lebanon, berumur dalam lingkungan 70an. Dia memberitahu saya, sudah banyak tempat dia pergi, tidak ada satu tempat pun seperti Malaysia. Baginya, Malaysia adalah syurga, kerana orang asalnya lembut hati.

Katanya lagi, setiap muslim yang lahir ke dunia ini, Allah akan beri mereka 'rahmat'. Maksud beliau, 'rahmat' adalah kemuliaan hati, sebagai Islam beliau percaya hati manusia muslim telah dilengkapi oleh Allah 'rahmat'  iaitu sikap tolak ansur, belas kasihan dan toleransi. Namun, manusia Melayu adalah paling di anugerahkan 'rahmat' dalam hati mereka lebih dari muslim yang lain.

Sebagai seorang yang datang dari negara peperangan(Palestine) beliau merasai sendiri kekejaman Yahudi terhadap bangsanya. Beliau mengahwini seorang Cina Kristian, dan memberitahu saya isterinya ahli kitab, tidak perlu menukar agama(saya tidak mahu berbahas soal pemahaman Islam beliau di sini).

Sebagai orang luar, beliau dapat melihat betapa manusia Melayu ini sebenarnya lembut, dan sering mengalah. Dalam apa-apa perundingan, Melayu suka mengalah dan memberi ruang kepada orang lain. Saya percaya beliau boleh membeza dengan tepat kerana isterinya orang Cina. 

Orang Melayu berjiwa lembut. Jika dalam bahasa zoologist, sikap territorial dominance orang Melayu sangat kurang. Orang luar ingin tuntut apa-apa, tuntut. Orang bukan penduduk asal ingin mendakwa mereka juga penduduk asal, dakwa. Orang luar ingin menguasai ekonomi, kuasailah. Orang luar ingin menjadi dominan, jadilah dominan.

Ini berlaku semasa penjajahan. Orang Melayu tidak merungut apabila British bawa masuk immigren dari India dan Cina. Orang Melayu tidak merungut apabila Inggeris bahu membahu dengan kaum asal pendatang menjarah ekonomi tanah Melayu. Orang Melayu tidak merungut apabila pendatang mengamalkan adat resam mereka sesuka hati di negara yang pernah mendapat julukan Semenanjung Emas ini. Malah orang Melayu tidak bersungut apabila mereka sendiri dikatakan pendatang; dan budaya mereka -kadang-kadang Islam - dikeji!

Kelembutan umat Melayu dianggap kelembikan oleh kaum bukan Melayu. Mereka merasakan Melayu merupakan bangsa yang senang diperkotak-katikkan. Ini mungkin punca selepas Jepun berundur, komunis yang majoritinya Cina berani berangan untuk menguasai Malaya dengan senjata walaupun mereka minoriti.Selepas merdeka, parti chauvanist Cina seperi Parti Buruh dan DAP berani berarak ke kawasan Melayu lalu mencetus 13 Mei.

Melihat keadaan politik sekarang, memang kelebihan berpihak kepada kaum Cina. Walaupun Melayu merupakan majoriti, tetapi malangnya mereka berpecah kepada tiga puak. Sudah banyak contoh dalam sejarah dan dunia ini majoriti tidak menjamin penguasaan. Kita sudah lihat betapa undi Cina teguh dibelakang DAP.

Mereka tidak mahu MCA lagi. Apa maksudnya DAP? DAP sejak dari awal menentang penguasaan orang Melayu dalam politik dan ekonomi Malaysia. Ini merupakan ideologi DAP. Seperti UMNO yang ideologinya adalah kepentingan Melayu, begitu juga DAP - ketuanan Cina merupakan ideologi mereka.

Sebagai rakan kongsi, MCA gagal. Ini realiti. Seperti Itali kepada German dalam Perang Dunia Kedua, MCA  bagaikan liabiliti kepada UMNO. Namun UMNO masih ingin wakil kaum Cina dan wakil itu sudah tentu bukan DAP.

Semasa UMNO kuat dan boleh menang kebanyakkan kerusi tanpa undi kaum Cina, UMNO masih menjemput MCA sebagai wakil kaum Cina dalam kerajaan. Terbentuk Perikatan dan seterusnya Barisan Nasional. Ini berasal dari sikap 'rahmat' dalam hati Melayu yang sememangnya Islamik. Dan bukan kebetulan lambang Barisan Nasional ini berlambangkan dacing. Kita memperjuangkan keadilan semua kaum, bukan keadilan Anwar Ibrahim, hanya seorang individu - 1 dari 28 juta rakyat Malaysia.

Tapi keadilan ini subjektif. Adil bagi orang Melayu, tidak adil bagi kaum Cina. Apabila kaum Cina sudah bersatu dibawah satu parti yang memperjuangkan ketuanan Cina, salahkah jika orang Melayu mula melaungkan slogan 1Melayu,1Bumiputera? Kami tidak minta politik ini, tapi jika dalam permainan catur, ini dipanggil zugzwang - atau force move.

Apa yang orang Melayu ada kecuali bersatu dibawa satu panji-panji bangsa Melayu dan peribumi.Jika ini membuahkan kekuatan, maka ini adalah tindakan politik yang wajar. Apabila Melayu kuat, baru mereka boleh memilih wakil dari kaum Cina dari mana-mana parti yang sanggup bekerjasama.(Sudah tentu bukan DAP). 

Kekuatan adalah asas keadilan. Kata Pascal: "Keadilan tanpa kekuatan itu sia-sia. Kekuatan tanpa keadilan itu bahaya. Jika kita tidak dapat jadikan keadilan itu kuat, kita jadikan kekuatan itu adil."

Sebagai majoriti, adalah mustahak Melayu perlu kuat dan stabil dari segi politik. Ini merupakan asas keharmonian Malaysia. Jika semua kaum dalam Malaysia gagal memahami ini, Melayu perlu bersatu untuk kembali kuat. Dan kekuatan datang dari kesepaduan.

Soal 1Melayu,1Bumi adalah soal survival orang Melayu. Ini bukan soal agenda Muhyidin v 1Malaysia Najib. Walaupun orang Melayu lembut, tetapi saya pernah menulis, dibawah tekanan mereka boleh menjadi berani. Ini berlaku dalam hal Malayan Union, Bukit Kepong dan Perang Bukit Candu.

Tentang tuduhan rasicme, ini adalah momok atau boogeyman yang sengaja dicipta oleh musuh orang Melayu bagi melumpuhkan semangat juang mereka. Melayu akan kalah jika mereka merasa mereka menindas. Ini apa yang rakan saya maksudkan sebagai 'rahmat' dalam hati Melayu/Islam. Ianya seperti 'holocaust' untuk mewujudkan rasa bersalah German terhadap Yahudi. Baca posting saya bertajuk: Racism dan Holocaust.

Tindakan MCA memboikot Utusan adalah tindakan tidak matang kerana kononnya akhbar itu racist. Adakah akhbar Cina tidak racist? Kami, bangsa Melayu hanya nasionalis, bukan rasis. Period.

1 comment:

Unknown said...

100% SETUJU. SAYA MAKIN MUAK DENGAN PERANGAI DORANG. MELAYU MUDAH MELNGALAH...(3M)