Dalam bahasa Indonesia, saya terdengar 'isapan jempol' bahawa ada ura-ura DAP sedang mengurat 28 wakil rakyat dari keturunan Dayak yang menang dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Isapan jempol yang bermaksud khabar angin ini menyatakan juga, segala berpunca dari rasa tidak puas hati jika Pehin Sri tidak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
Jika ini benar berlaku, wakil-wakil dari Melayu/Melanau yang beragama Islam akan terancam. Hanya 22 wakil DUN dari Melayu/Melanau yang beragama Islam. Nasib BN Sarawak akan menjadi seperti nasib PR Perak. DAP boleh mengukuhkan kedudukan lebih awal dari yang saya sangka. Scenario politik juga akan berubah. Mitos 'fixed deposit' BN akan berakhir. 31 kerusi Parlimen dari Sarawak bukan lagi 'fixed deposit' BN.
Namun isapan jempol ini telah disangkal oleh rakan blogger saya dari Sarawak, Apai Ngelai. Dalam blog beliau, Rajahmas, beliau menerangkan ini salah satu usaha pembangkang untuk mewujudkan huru hara di Sarawak. Kita masih ingat Anwar menyatakan dalam blognya bahawa BN hanya akan menang 21 kerusi, dan PR akan memenangi 31 kerusi.
Beliau cabut sehari sebelum mengundi dan PKR hanya menang 3 kerusi. Satu lagi '16 September'. Mungkin isapan jempol atau rumor 28 wakil Dayak ini akan menyeberang dan join force dengan 15+1 pembangkang ini hanya satu lagi '16 September' dan 'we have the numbers' a'la Anwar.
Walaupun saya yakin ini hasil kerja mesin propaganda PR, namun setiap pohon yang bergoyang mesti ditiup angin. Jika tidak pun mungkin digegar beruk. Kerajaan harus berhati-hati juga.
Soalan cepumas: Pehin Sri, bila Pehin Sri akan meletak jawatan?
2 comments:
Aaa
Pak Pehin mintak maap bebanyak, bilalah mau bersara tak semestinya dah kahwin baru, nak terus sambung sampai mati? Cukup-cukuplah jangan ulangi sejarah Pak Lah dulu. Berundurlah segera sebelum semuanya rebah dan rakyat mula menyampah dan menyumpah. Dengarilah denyut nadi rakyat bawahan, 30 tahun kejayaan akan lenyap hanya kerana satu kesilapan membuat keputusan!
Mintak ampun cakap, dalam PBB hanya 3 orang yang menyerlah dan boleh mengantikan Pehin!,Adnan Satem mesti ditolak awal-awal lagi sebab laki bini ego tak sesuai utk Sarawak!
ini Yellow Ops nampaknya. sebab Yellow Rajah tak puas hati nak rampas Sarawak. utk dikongsi dengan Singapura.
Post a Comment