Followers

Tuesday, April 5, 2011

Prelude PRN Sarawak.

Segala-galanya bermula, atau berakhir di Sarawak.

PRN Sarawak sangat penting kepada BN dan sama penting kepada PR. Mitos bahawa Sarawak merupakan kubu kuat BN terjawab selepas keputusan PRN Sarawak pada 16hb April nanti. Masih kubu kuat BN ke Sarawak ini, atau sudah rabak sebahagian benteng yang mungkin turut menyumbang kebinasaan master of the castle iaitu BN sendiri?

PR mempunyai beberapa peluru untuk dilepaskan. Paling ampuh sudah tentu isu berlegar di sekitar Ketua Menteri sendiri, Tan Sri Taib Mahmud. PR memainkan isu Taib Mahmud yang terlalu lama berkuasa, kroni dan kekayaan keluarga beliau. Anehnya, revolusi untuk menjatuhkan Taib Mahmud sedang kuat bergoncang bukan dibumi Kenyalang, tetapi di London. Revolusi Bolsover, kata Rocky's Bru.

Tan Sri Taib Mahmud sendiri sudah mengumumkan persaraannya selepas PRN ini. Kesan pengumuman beliau ini kepada PRN masih tidak dapat diramal.Namun masalah dalaman PR, iaitu antara PKR dengan parti native Sarawak iaitu SNAP menggusarkan Barisan PR. 

SNAP mengumumkan akan turut bertanding di 27 kerusi walaupun kawasan berkenaan ditandingi oleh samada PKR atau DAP. Ini memberi kelebihan kepada BN jika benar-benar berlaku kerana undi pembangkang akan berpecah kepada dua.

Dalam masa yang sama, penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng tidak dicalonkan semula oleh PKR. Dominque yang asalnya dari SNAP, menyertai PKR tetapi tidak dicalonkan semula telah mengumumkan keluar dari PKR. Beliau memberi hint akan bertanding samada di Padungan atau Batu Lintang sebagai calon bebas. Ini memberi tamparan kepada PKR.

DAP dan PKR perlu berhati-hati kerana sebagai parti dari Semenanjung Malaysia, mereka tidak mahu dilihat sebagai 'pembuli' atau master yang terlalu mencorak politik Sarawak. Namun SNAP bersendirian tidak akan mampu mengugat PBB dan komponen BN yang lain.

Malang buat mereka, belum pun gendang perang bermula, PR sudah berbalah soal kerusi dengan SNAP dan seorang wakil rakyat dari PKR telah mengumum keluar dari PKR - menjadi duri dalam daging sebagai calon bebas. Ini sudah bagai pertanda yang buruk. Bad omen, kata orang putih.

Pakatan Rakyat sudah menjadi 'Ketidakpakatan Rakyat'.


No comments: