Hari ini merupakan hari ke enam saya di Bumi Kenyalang. Sebenarnya, kedatangan ini merupakan kali pertama saya menjejak kaki ke Sarawak. Di Semenanjung, tidak ada negeri yang tidak pernah tidak saya lawati. Hatta Labuan pun pernah saya jejaki.
Sarawak dan Sabah saja belum pernah saya kunjungi. Kini, list ini berkurangan, hanya tinggal Sabah saja yang belum saya kunjungi.
Orang-orang Sarawak merupakan 'peaceful folks'. Mereka tidak suka huru hara dan kecoh-kecoh. Selama enam hari pilihanraya berlangsung, keadaan masih tenang. Kecuali di Kuching, hampir semua kawasan pilihanraya bagaikan tiada pilihanraya.
Semalam saya ke Sibu. Perjalanan dari Kuching ke Sibu dengan memandu kereta sewa mengambil masa lima jam. Jaringan jalanraya di Sarawak ini juga sangat baik. Dan tidak ada tol, kecuali hanya satu tol yang saya temui dengan kadar RM 3 ketika memasuki bandar Sibu.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat, BN akan menang besar di Sarawak. BN akan membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3. Namun demikian, saya juga menjangka akan ada penambahan kerusi dari pembangkang. Sekarang ini pembangkang mempunyai lapan kerusi.
Sekembali saya dari Sibu, kami singgah minum di simpang Sri Aman-Kuching. Ada sebuah tempat semacam RnR, ada restoren, tandas awam dan surau. Jam sudah pukul 12:30am ketika itu. Perjalanan masih mengambil masa dua jam lagi untuk ke Kuching, kira-kira 185 KM.
Kepenatan memandu saya hilang apabila saya terserempak dengan YB Datuk Seri Zahrain, blogger APANAMA dan anak-anak Datuk Seri. Kami berbual-bual sambil minum kopi dan makan.
Bersama YB Datuk Seri Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru.
Datuk Seri merupakan bekas Ahli Parlimen PKR yang keluar bersama-sama ramai lagi gerombalan 'hilang kepercayaan' kepada Anwar dalam 'Great Exodus'. Beliau memberikan pendapat peribadi bahawa sampai masa Anwar perlu bersara dari politik untuk tidak mengaibkan dirinya, dan keluarganya lagi.
Bersama blogger APANAMA, Firdaus Abdullah.
Dan kami sependapat, Anwar makin kehilangan kawan-kawannya. Yang tinggal bersama beliau hanya segelintir pengikut yang fanatik dan pencacai yang mungkin mendapat imbuhan material jika bersama beliau lagi.
Kami bertiga masih berpendapat, walaupun ada unsur-unsur pemberontakan, akhirnya Sarawak tetap akan dimenangi oleh BN dengan majoriti 2/3. Walaubagaimana pun, segalanya akan ditentu pada endgame pencaturan PRN ke 10 Sarawak iaitu pada 16hb April ini.
Segalanya akan terjawab, termasuk siapa bakal Ketua Menteri.
No comments:
Post a Comment