Followers

Friday, April 8, 2011

Mari kita hapuskan SPRM!

Dua kejadian yang di ekploitasi oleh pembangkang memualkan saya. Kematian, seperti yang pernah saya tulis, tetap menyedihkan. Kematian Teoh Beng Hock menyedihkan, begitu juga kematian Ahmad Sarbini. Oleh kerana dua kematian ini, yang masih dalam siasatan puncanya, pembangkang akan buat kecoh dan menyalahkan kerajaan.

Pembenci UMNO dan BN sering menggambarkan kedua mereka dibunuh oleh pegawai SPRM. Mereka tidak bunuh diri. Kematian mereka mungkin tidak dengan cara bunuh diri, mungkin ada unsur-unsur foul play tetapi dengan tidak mempunyai bukti yang tuntas, berani pembangkang menuduh terus ini kerja SPRM.

Blogger Penarik Beca menggambarkan demikian walaupun tema penulisannya dari dulu, kini dan selamanya adalah menyatakan kebenciannya terhadap UMNO yang tidak ada tolok bandingnya. Kebencian yang melampau selalunya mengundang ketidakwarasan dalam berhujah, dan berfikir. Orang marah - seperti orang mabuk - selalunya tidak rasional.

Dua kejadian ini memang misteri. Mengapa kedua-dua yang terbunuh mati di pejabat SPRM? Penarik Beca kata tak mungkin Allahyarham Sarbini bunuh diri, kerana dia seorang imam. Namun dia juga imam yang sedang disiasat kerana rasuah. 

Sekarang SPRM telah diperlekeh dan di panggil berbagai nama antaranya Siapa Pergi Ramai Mati, Suruhanjaya Pengurusan Rumah Mayat dan berbagai yang terfikir dek minda mereka. Ini memberi imej yang buruk kepada SPRM sedangkan kejadian berlaku apabila SPRM sedang rancak menjalankan tugas, menumpaskan kegiatan yang merugikan negara sebanyak 108billion itu.

Sekarang, kebaikan SPRM sudah tenggelam kerana peristiwa 'terjun bangunan' lagi. Sebelum ini, sebelum tertubuhnya SPRM dan ketika ianya dikenali dengan Badan Pencegah Rasuah, pembangkang juga yang bising kerana kuasa BPR terletak pada Perdana Menteri. Tun Abdullah dalam usaha untuk menjadi telus mewujudkan Suruhanjaya yang mana menyerahkan kuasa PM kepada Parlimen.

Menyerah kuasa ini bukan tidak merugikan parti yang memerintah tetapi demi untuk ketelusan SPRM telah dibentuk. Apabila diletak dibawah suruhanjaya ini bererti SPRM tidak 'answerable' kepada PM lagi tetapi kepada Parlimen. Parlimen ini yang turut dianggotai oleh pembangkang. Malah Salehudin Ayub juga turut dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

SPRM menghadapi tekanan dengan bajet yang besar tetapi hasil yang sedikit. Tidak ramai yang ditangkap berjaya didakwa dan dikenakan hukuman. Namun semua kita akui rasuah sedang membarah sekarang dan lambat laun akan menjahanamkan negara. Tapi kita juga yang tidak boleh menyokong usaha murni kerajaan menubuhkan SPRM dan menuduh kononnya SPRM tidak telus. Kalau tidak telus apa kerja YB pembangkang tercokoh sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM?

SPRM sangat perlu bagi menangani rasuah yang teruk di kalangan ahli politik - tanpa mengira parti - dan penjawat awam. Jika tidak diperangi habis-habisan kita akan jadi negara mundur lagi. Namun jika rakyat duk memekak dengan isu yang remeh temeh, kita bubarkan saja SPRM, biar rasuah bermaharajalela. Begitu juga dengan PDRM, kita bubarkan. 

Ini kerana seperti kes Kugan, mata lebam dan sebagainya yang sering dipolitikkan, kita tak perlukan polis juga. Biar Malaysia kembali jadi undang-undang rimba, siapa kuat dialah kudrat. 

Kalau itu yang rakyat Malaysia inginkan, dan pembangkang inginkan.

9 comments:

fre da said...

pelik.saya terfikir kemungkinan ini.

cctv mungkin boleh memberi jawapan kalau dipasang dibilek itu.
memang bodohlah.kalau membunuh ditempat sendiri.
kemungkinan ada jiwa mati.dalam sprm yang menjadi dalang untuk menjatuhkan imej sprm.dan tujuan menghilangkan kepercayaan rakyat.
siapa dia...?Atau orang luar yang menyamar sebagai pegawai sprm ...
semua kemungkinan boleh berlaku kalau diteliti perancangannya..

Anonymous said...

Bila Anwar didakwa atas tuduhan liwat, mereka kata UMNO yg fitnah.

Bila ada orang mati di pejabat SPRM, mereka fitnah SPRM yang bunuh.

Alangkah senangnya jadi pembangkang.....

Anonymous said...

Siasat lah dengan teliti..

Anonymous said...

selepas ke teo beng hock semua pemimpin dan boss sprm kata akan pasang cctv lah itu ini ..apa kah da pasang? pasang dari mula masuk tingga bawah tangga kecemasan ke lobi tangga. lif dan sebagainya...dan buat lah pejabat rendah2.. pasang gril atau sensor alarm.. bila buka tinggap akan on cctv atau alram kecemasan....Kerajaan kerap tak ada duit.. hang pi tanya.. lah jabatan lain yg berursuan dgn publik...bila jadi kes Raja Lawak (Pemimpiun atasan ) akan cafdang itu ini bila da sejuk.. senyap aja...alasan Kerajaan tak ada Baget.. Patutlah Nama kerajaan BUsuk..Tak perlu PM walkabout juma org ramai.. Masalah jabatan Kerajaan/ Polis/Immigresen/Kastam /SPRM/Pejabat Peguan Negara akan cemarkan Imej Kerajaan Memerintah.. Jangan cakap aja.. BUat.. beri baget.. abis cite

Mohd said...

SPRM sudah tidak boleh berfungsi dgn baik lagi sebab banyak orang2 PAS dan PKR telah menyeludup masuk ke dlmnya.
Tengok saja SPRM Kelantan apa yg dibuat terhadap penyelewengan Nik Aziz dan menantunya!

Yb Raz said...

betul jugak..takkan pihak sprm xde buat apa apa tindakan susulan lepas cina tu bunuh diri..

paling kurangpun pasang ler jeriji besi untuk cermin tingkat atas..

sedangkan rumah flat pun orang pasang, takkan pejabat kerajaan tak ada duit nak pasang benda tu..pelik aku weii.

Anonymous said...

kepada semua yg bangang tuduh sprm tak bertanggungjawab memangbangang..

kalau dah nak bunuh diri tu mcm2 cara diorang boleh buat.. ingat kalau tunjuk alim tu tak makan rasuah..???

macam anwar juga tunjuk alim tapi pelacur pun tibai..

korang sedar tak 2 2 yg terjun tu sebenarnya kena ugut dgn samseng DAP?? Kalau tokei yg bagi rasuah dah ugut ko nak bunuh anak bini ko kalau dedah nama diorang apa yg korang akan buat??

wan tiruan.. said...

YB DUN TAHAN mcmcna?

Anonymous said...

bagi aku la kan..kalau si ahmad tu nak bunuh diri, xpayah le dia susah2 start motor..tempuh jem..kene honk lagi dengan lori..pastu gi pejabat SPRM semata-mata nak bunuh diri..gila la wei..menyusahkan je gi pejabat sprm semata-mata nak bunuh diri. aku sebagai rakyat..ermm...xtau la nak cakap.,