Followers

Tuesday, April 5, 2011

Doktor Dalam Rumah.

Saya mendapat jemputan makan malam di Crowne Plaza sempena sambutan buku 'A Doctor in the House' Tun Dr. Mahathir pada malam 3hb April 2011. Majlis ini dianjurkan oleh MPH.

Menakjubkan sekali, memoir ini terjual sebanyak 35ribu naskah dalam masa dua minggu. Hingga kini, memoir berkenaan telah mencecah 40ribu naskah terjual. Ini bererti, memoir berkenaan telah menjana sebanyak RM4juta jualannya.

Saya menemui beberapa blogger lain antaranya blogger APANAMA, blogger As I See It, Husin Lempoyang, Parpu Kari, Syamsul Marahku, Big Dog dan Syed Akhbar Ali a.k.a blogger Outsyed the Box. Blogger Braveheart juga hadir bersama-sama saya. 

Bersama favourite blogger - Syed Akhbar Ali.

Saya pernah beberapa kali berada dalam function yang sama dengan Tun Dr. Mahathir semasa beliau masih PM. Ketika itu, bapa saudara saya Dato' Wan Abu Bakar merupakan Timbalan Menteri. Perasaan saya dalam function sambutan 'A Doctor in the House' ini sangat berlainan.

Selang beberapa meja dari meja kami, Tun Dr. Mahathir bersama Tun Dr. Hasmah berada. Auranya masih kuat, lebih nostalgik. Itu dia, orangnya, a living legend yang masih menjadi perhatian media massa. Beliau bukan lagi PM, tiada kuasa tapi masih berpengaruh. 

Malam itu,  kami dihiburkan oleh Adibah Amin yang turut menyanyikan lagu kegemaran Tun Dr. Mahathir - My Way. Datuk Johan Jaafar memberi ucapan, sangat kemas, tersusun dan witty ucapan beliau. Kali ini beliau benar-benar berucap berdasarkan teks ucapannya kerana, menurut beliau, kali terakhir beliau berucap tentang Tun tanpa teks beliau 'carried away' dan tersasar lalu kehilangan pekerjaannya.

Tun sendiri tidak bercakap panjang. Antara isi ucapannya yang saya ingat beliau berharap memoirnya tidak sekadar menjadi cenderamata. Saya tidak tahu pembeli lain tetapi saya menamatkan memoir Tun dalam masa seminggu. Menurut Big Dog, bapanya menamatkan memoir itu dalam masa tiga hari. Memoir Tun merupakan sebuah buku yang setelah mula, sukar untuk berhenti.

Saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada Mao, seorang blogger yang menjemput kami ke majlis berkenaan. 

Kembali ke rumah, akhirnya saya disambut oleh isteri saya, doktor dalam rumah saya sendiri

No comments: