Followers

Monday, April 18, 2011

PRN Sarawak: Aftermath dan Analisa.

PRN Sarawak sudah berakhir. BN kembali membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3. Pehin Sri telah memenangi kerusi Balingian dengan majoriti besar. Kedua-dua pencabarnya hilang wang pertaruhan. Ada banyak signal dan message yang boleh dipelajari dari PRN Sarawak ini. Walaupun BN menang, namun pembangkang  menggambarkan seolah-olah berlaku tsunami di negeri yang mendapat julukan 'fixed deposit' BN ini.

Sebenarnya, tidak ada apa yang luarbiasa terhadap keputusan PRN Sarawak ini. Selama 50 tahun lebih berkuasa, BN perlu belajar beberapa realiti baru dan trick baru. Di Sarawak sendiri selama ini kadang-kadang masih kedapatan kerusi boleh dimenangi tanpa bertanding. Ini bukan sesuatu yang baik untuk demokrasi.

Sekarang 'penguasa' BN Sarawak perlu belajar demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Nothing new. Demokrasi bererti memberi kembali kuasa kepada rakyat untuk menilai kepimpinan kita setelah diberi mandat. Selama lebih dari 50 tahun, bagaimana kita berharap keadaan kekal status quonya seperti dulu.

Dunia disekeliling makin berubah. Kita tidak perlukan pembangkang untuk membuat rakyat berasa tidak selesa dengan kita apabila 'demokrasi terpimpin' ini sebenarnya 'kuku besi' bersalut baldu. Akhirnya akan ada golongan yang sedar. Dan ini terjadi kepada Sarawak.

Generasi pemimpin Sarawak selepas ini perlu belajar demokrasi - atau hak rakyat - dalam ertikata yang sebenar. Raja Mongkut dan Chulalongkorn dari Thailand menyuburkan pembelajaran dan membuka mata rakyatnya, seterusnya membuat rakyatnya memberontak terhadap sistem beraja. Mereka inginkan demokrasi.

Ini hukum alam. Pembangkang tidak perlu mendabik dada kononnya undi popular BN telah merosot. Mereka juga diadili oleh rakyat. Mereka juga tidak akan dipilih oleh rakyat jika mereka tidak mendalami demokrasi dalam erti kata sebenar.

Dan kepada pembangkang, bukan soal undi popular yang penting tetapi menang. Menang adalah kuasa, kalah adalah sengsara. Seperti kata Jose Maurinho dalam bolasepak tidak ada istilah 'almost'. Samada anda champion atau tidak. Memasuki final bukan kejayaan.

Ada sesuatu yang menarik di Sarawak ini adalah undi kaum Cina. Mereka sepakat menolak BN dan mengundi DAP. Saya percaya trend ini juga akan menyaksikan kekalahan teruk MCA di Semenanjung. Cina akan tetap mengundi DAP, walau apapun kerajaan BN buat.

PM sudah memberi hint beliau sedia mengorban beberapa perkara yang tidak disenangi kaum Cina. Tindakan PM ini juga mengundang rasa tidak senang hati kaum bumiputera. Namun kaum Cina masih tidak berganjak dengan keputusan mereka.

Jika dalam BN UMNO adalah tunggak, makin jelas sekarang dalam PR DAP merupakan tunggak. PR adalah cerita kejayaan DAP, bukan PAS dan PKR. PAS dan PKR memain peranan pelakon tambahan saja. DAP merupakan abang besar atau taiko yang sebenar. DAP bukan lagi 'bogeyman' untuk menakut-nakutkan pengundi bumiputera. Di Sarawak, segala sudah jelas. DAP benar-benar hantu yang mengancam penguasaan Melayu(saya tak mahu guna perkataan 'ketuanan Melayu').

Dalam ucapan tidak bijak seorang calon DAP dari DUN Pending, Violet dengan jelas berucap mengapa Sarawak diperintah oleh Melanau dan Melayu, mengapa kaum Cina tidak boleh jadi Ketua Menteri. Beliau mendapat tepukan gemuruh dari kaumnya, dan menang besar mengalahkan calon SUPP, seorang cardiologist. 

DAP menang 'battle' tapi sentimen perkauman sebegini membuat pengundi bukan Cina kurang selesa dengan mereka. Pehin Sri pernah berkata, kaum Cina merupakan orang yang mendapat banyak faedah dari dasar ekonominya. Walaupun beliau dikatakan mengumpul kekayaan, namun segala projek hanya mampu dilaksanakan dengan kekuatan ekonomi kaum Cina.

Ironinya, sumber kekuatan beliau dan kekuasan beliau adalah dari orang-orang Melayu, Melanau, dan bumiputera yang miskin yang tetap menyokong beliau selama ini. Mereka tidak mendapat banyak faedah dari sebarang projek mega, mungkin hanya rumah panjang mereka di cat baru. Mereka terus juga mengundi beliau, dan parti beliau.

Secara collective, kaum Cina menolak BN. Hanya dua wakil SUPP dari kaum Cina yang menang. Dan DAP tidak boleh memerintah dengan hanya partinya menang. Sekutu mereka sangat lemah. Wajar Pehin Sri tidak melantik sebarang menteri dari kalangan Cina kerana itu yang kaum Cina inginkan.

Wabak ini akan berjangkit ke Semenanjung. Mungkin tidak separah SUPP, namun  MCA juga menghadapi risiko 'kepupusan'. BN perlu fikirkan strategi untuk menangani undi kaum Cina. Saya setuju analisa Outsyed The Box.

Beliau berkata BN mempunyai dua pilihan. Jika undi kaum Cina ingin dimenangi, perlu ditanya mereka apa yang sebenarnya mereka inginkan. Jika tidak, tinggalkan terus dan ini juga bukan sesuatu yang elok. BN tidak boleh lagi menentukan apa yang terbaik untuk pengundi mereka. Sudah sampai masanya pemimpin BN - UMNO terutamanya - menjadi lebih 'good listener' dari 'good talker'.

Dan yang teramat penting selepas kemenangan BN di Sarawak adalah peralihan kuasa. Pehin Sri perlu mengotakan janjinya secepat mungkin. Jika tidak, ini akan memberi kesan kepada PRU ke 13 kepada BN. Jika Sarawak merupakan indicator, PRU ke 13 tidak perlu diadakan segera. Ini kerana rakyat biasa masih belum merasa pemulihan ekonomi.

Walaupun menang 2/3 di Sarawak, BN masih memerlukan masa untuk membaiki di sana sini kelemahannya. 

Seperti kata motto Augustus Caesar: Festina Lente.*

(*bahasa latin: Make haste slowly)

1 comment:

Anonymous said...

There are many scapegoats for our sins, but the most popular is providence.