Followers

Friday, April 29, 2011

Kematian Teoh Beng Hock, Keuntungan Buat DAP.

Masih orang Melayu tidak takut kepada DAP? Saya ulangi, pertama ianya merupakan parti kaum Cina, oleh kaum Cina untuk kaum Cina. Walaupun ada dua singh(Karpal dan Deo) dalam arus perdana DAP tapi ia seperti D. J Dave dan Aziz Mat Rempit dalam UMNO. DAP tetap parti berhati dan berjiwa Cina.

Terbaru dalam RCI(Royal Commission of Inquiry) semakin banyak misteri dan rahsia gelap DAP yang tersingkap. DAP memanipulasikan kematian Teoh Beng Hock, kononnya kematian mendiang angkara SPRM. DAP yang kononnya mahu ketelusan dan menghapuskan rasuah tetapi memburuk-burukkan nama institusi pencegahan rasuah itu.

Mengapa perlu dicerca SPRM kerana SPRM bukan UMNO, ia adalah suruhanjaya dibawah parlimen yang mana dibawah pengawasan ahli-ahli parlimen termasuk pembangkang. Adakah DAP takut kepada SPRM kerana sebenarnya kebanyakkan ADUN dan AP mereka juga mengamalkan rasuah?

DAP yang selalu mendesak kerajaan mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja dalam banyak kes, tapi kali ini DAP melalui peguam mereka menasihati keluarga TBH untuk tidak memberi kerjasama kepada RCI. Adakah DAP cuba menyembunyikan 'tengkorak dalam almari?'

Kerana adanya RCI, satu-satu tembelang DAP terbuka. Lee Wye Wing mengaku di mahkamah dia memberi dana kepada DAP dan menggunakan syarikat bumiputera kelas F bagi mendapatkan projek. Memberi dana kepada sebuah parti politik untuk mendapat kontrak adalah rasuah yang jelas. Dan ini parti yang memberi harapan kepada rakyat Malaysia, terutama kaum Cina, mereka akan hapuskan kerajaan BN kerana 'corrupted'.

Mungkin maksud DAP tidak mengapa DAP 'corrupted' asalkan yang mengamal dan mendapat faedah dari dasar itu adalah kaum Cina. Tidak boleh Melayu(UMNO) corrupted tetapi tidak mengapa kerajaan dari kaum Cina pengamal rasuah. Chauvanist!

Kita tentang rasuah tanpa mengira kerajaan mana. Dan ini sebab Tun Abdullah memberi kuasa BPR kepada parlimen lalu tertubuh SPRM.

DAP juga menggunakan lesen kelas F bumiputera. Belum memerintah tetapi DAP sudah memperkudakan kaum bumiputera. Memang tuan lesen itu juga patut dikecam kerana menyerahkan hak lesen kelas F mereka namun di Selangor DAP antara parti yang memerintah. 

Kedua-dua isu diatas - memberi dana kepada DAP dan menggunakan lesen kelas F - merupakan bukti atau elemen bukti DAP mempunyai keburukan yang ingin ditutupinya. Balik ke soalan asal: siapa sebenarnya mempunyai motif untuk membunuh TBH? Apa faedah kematian TBH kepada SPRM?

SPRM mendapat tekanan hebat kerana mereka jarang dapat membuktikan kes di mahkamah, dan wajarkah SPRM bertindak membunuh saksi yang sangat berguna kepada mereka? Jawapannya tidak. Masih DAP sebenarnya 'usual suspect'. Namun DAP mula memainkan isu perkauman.

Kematian TBH dieksploit oleh mereka seperti kematian pemuda Cina dari Parti Buruh menjelang 13 Mei. Pemuda berkenaan diarak di Kepong dan dihadiri seramai 3000 orang untuk membakar semangat kaum Cina kerajaan Malaysia tidak adil.

DAP memainkan sentimen kematian 'orang Cina' ditangan 'penguasa Melayu' dan ini mendapat sokongan majoriti kaum Cina yang selama ini 'tertindas'. Apa saja yang Lim Kit Siang hamburkan, kebanyakkan kaum Cina telan bulat-bulat. Wahai kaum Cina, nabi kamu sudah turun, dan jika berlaku rusuhan kaum, nabi kamu akan menyorok selama 40 tahun dan kembali menghasut apabila masyarakat melupai perbuatan mereka.

Dalam siasatan RCI ini juga mendapati tidak ada bukti yang boleh mengaitkan kematian TBH dengan ADUN Seri Kembangan yang sedang disiasat iaitu Ean Yong Hian Wah. Lim Kit Siang terus menuduh kematian TBH angkara SPRM kerana fakta ini. 

Lim Kit Siang lupa(atau buat-buat lupa) kematian TBH ini sebenarnya memusnahkan segala bukti yang dapat mengaitkan tuduhan rasuah ADUN berkenaan. Lagi sekali: siapa yang mempunyai motif untuk membunuh TBH? Siapa yang beroleh faedah dengan kematian TBH?

Kita perlu ingat hubungan Ronnie Liu dengan kongsi gelap. Dan jika terbongkar segalanya jika TBH tidak mati, DAP dan kongsi gelap akan menemui kehancuran. Untuk melindungi empayar gelap mereka, tidak mustahil seorang saksi perlu dihapuskan. Sebagai parti politik, DAP segera meletak salah kepada SPRM. 

Thick face. Black heart.

SPRM berhadapan dengan cabaran yang getir. Seperti yang pernah saya tulis, bukan senang bagi SPRM untuk menghapuskan rasuah kerana rasuah sudah berakar umbi. Jika hati mereka tidak cekal dan rakyat Malaysia yang ingin lihat Malaysia bebas dari rasuah tidak solid menyokong SPRM, SPRM hanya akan tinggal nama saja.

Jelas, kematian seorang saksi penting SPRM ini menguntungkan DAP, parti yang dalam siasatan.



No comments: