Followers

Sunday, April 24, 2011

1st Malaysian-ASEAN Regional Bloggers Conference.



Hari ini saya menghadiri perjumpaan blogger Malaysia dan ASEAN yang dianjurkan oleh Blog House Malaysia(BHM), iaitu sebuah persatuan blogger yang berdaftar dengan ROS.

Ada dua sessi conference, pada sebelah pagi dibahagi kepada lima workshop dan peserta boleh pilih workshop mana yang ingin mereka sertai. Saya memilih workshop 'Parameters - The fine line between what's allowed and what's not'. Workshop ini di kendali oleh Anirudh  Bhati(lawyer IT dari India), Irwan Abdul Rahman blogger Hasan's Skodeng dan Datuk Zaini Hassan, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

Blogger Hasan's Skodeng menceritakan pengalaman peribadi beliau berhadapan dengan authority apabila beliau menulis satira tentang Earth Hours. Workshop ini bertujuan untuk memberi panduan kepada blogger-blogger apa yang boleh ditulis dan apa yang mungkin mengundang padah. Dari segi perundangan, Anirudh Bhati memberi penerangan dari sudut undang-undang.

Majlis menjadi meriah ketika acaran yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan patron kepada Blog House Malaysia, blogger Che Det iaitu Tun Dr. Mahathir. Presiden Blog House Malaysia adalah blogger Outsyed the Box, Syed Akhbar Ali dan Rocky's Bru merupakan penasihatnya.

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi para blogger Malaysia. Buat julung-julung kali mereka tidak lagi formless. Mereka sudah menjadi entiti yang diiktiraf - oleh kerajaan dan ahli-ahli politik. Tun Dr. Mahathir sendiri menceritakan pengalaman beliau mula berblog kerana dinafikan haknya oleh media arus perdana. 

Tun turut memberi pendapat bahawa berbeza dengan media arus perdana, blogger merupakan medium 'public opinion'. Tidak seperti media arus perdana yang menyebelahi tuannya iaitu kerajaan, blogger bebas memberi pendapat tanpa prejudis.

PM memberi ucapan yang mengiktiraf warga blogger. Beliau menamakannya sebagai 'digital democracy'. Dalam ucapannya beliau tidak menganggap blogger sebagai musuh tetapi sebagai rakan kongsi dalam membentuk negara.

Bersama YB Kalamanathan, AP Hulu Selangor.

"We do not fear bloggers, we want you to be our partner", kata PM. Dan PM mengiktiraf kecepatan internet di Malaysia adalah jasa Tun Dr. Mahathir kerana beliau memandang jauh ke hadapan dengan mencipta Malaysia Super Coridor. Tun Dr. Mahathir pernah berjanji tidak akan mengenakan sekatan terhadap internet di Malaysia ini semasa pentadbirannya, dan PM Najib memberi jaminan pentadbirannya juga akan meneruskan polisi berkenaan.

Alhamdulillah Malaysia berada dalam track yang betul dalam dunia 'digital democracy' ini.


3 comments:

dzimba MMIM said...

aku tidak pi kerana tidak mahu dikenali haa haa

sri tribuana said...

rugi la hang

BaitiBadarudin said...

Salam sdr,
Syukur Alhamdulillah kita beruntung bertukar-tukar fikiran sewaktu jamuan tengah hari. Semoga sdr terus gigih memblog.